Thursday 13 October 2016

THE PROMISED LAND : MANA SATU PILIHAN : PARTI MAHATHIR ATAU PARTI NAJIB : BHG 2

Bismillahhirrahmannirrahim.

  SIAPA PILIHAN ANDA
PANAS LAGI MEMANASKAN
Dizaman pemerintahan Dr Mahathir, walaupun rakyat atau ramai Melayu marhean berpendapatan kecik seperti kerani sekolah , askar mahupun Polis waima pekebun kecil atau pun bekerja disawah bendang namun kesusahan atau ketidakcukupan untuk menyara keluarga tidaklah dirasai sangat.

Sekurang kurangnya tambahan pendapatan melalui perniagaan kecil kecilan seperti menjual kuih muih bolih mencukupkan perbelanjaan. Walaupun harganya 10 sen sebiji namun tambahan pendapatan ini sekurang kurangnya bolih menampung perbelanjaan anak kesekolah waima 3 orang sekalipun.
Itu aku saksikan didepan mata dan bukan mereka reka cerita.

Barangan keperluan harian samada yang basah atau kering tetap murah dan mampu dibeli.  Sayur sayuran mahupun ikan dan ayam harganya amat berpatutan dan peristiwa kehabisan barang keperluan dipasaran tidak pernah berlaku.

Sudu, gula tepung serta beras harganya amat berpatutan dan murah. Itu adalah diantara beberapa kesenangan yang dihadiahkan oleh pemerintahan UMNO dahulu ketika Dr Mahathir.

Tetapi kesenangan yang dihamparkan oleh UMNO dibawah Dr Mahathir, sedikitpun tidak mengheret rakyat apabila krisis matawang dan kemelesetan ekonomi berlaku.

Walaupun kerajaan dikata menghadapi situasi ekonomi yang tidak menentu namun kemaslahatan rakyat tetap menjadi keutamaan Dr Mahathir serta Kabinetnya.

Walaupun terdapat segelintir rakyat tidak berpuas hati tetapi itu adalah dalan hak politik dan kebanyakkannya mereka ini kebanyakkannya berada dikem parti pembangkang, samaada PAS mahupun DAP. Lain lain isu kebanyakkan rakyat bersama parti pemerintah. Itu adalah hakikat.

Kini semua scenario  itu telah bertukar Kalau dahulu parti memerintah yang dinaungi UMNO amat perihatin dengan kemaslahatan bangsa Melayu tetapi keadaan kini amat berlawan sekali.
Kebanyakkan Melayu yang kaya raya kebanyakkannya bernaung dibawah bendera UMNO. Walaupun hanya berstatus Ketua Pemuda Bahagian atau setidak tidaknya Ajk Bahagian, namun kekayaan yang dimiliki, melebihi Cina yang telah berniaga 20 tahun.

Ketua Pemuda UMNO yang tidak berkerja pun bolih hidup macam jutawan. Semuanya kerana apa..terlalu banyak duit free..

Menteri Kabinet tidak lagi memikirkan perasaan rakyat apabila menjawap beberapa isu yang berkepentingan terutama terhadap rakyat. Sehinggakan ada Menteri yang sanggup berkata "kalau ayam mahal jangan makan ayam , makan ikan je". Tidak ke "tolol" namanya .Adakah itu standardnya Menteri Kabinet ? Bukan seorang Menteri yang berperangai macam tu, tetapi ada ramai . Kebangangan kelompok yang membarisi Kabinet Najib amat terserlah.

Kini negara sedang dipimpin oleh Najib Razak, namun, apa yang ketara dan jelas dimata rakyat, kos sara penghidupan bukan saja tinggi dan mengerunkan malahan harga barangan keperluan seharian semakin mahal kekadang bekalan juga terputus atau susah didapati.

Kos kenaikan barangan ini bukan baru malahan kosnya telah mendadak naik yaitu sebelum GST  lagi. Tetapi apabila GST dikenakan maka kenaikan kos barangan bertambah lagi bukan sedikit tetapi amat membebankan setiap jiwa yang berkeluarga malahan orang bujang juga terkesan kerana kos penghidupan.

Yang peliknya cukai GST dikenakan pada setiap rakyat .Yang miskin atau golongan kurang upaya juga dikenakan GST. Dimana kita nak kata kerajaan Najib perihatin terhadap kesusahan golongan ibi. Untuk GST atau untuk memenuhkan kantung Kerajaan Najib, maka tiada siapa terkecuali melainkan jin dan iblis saja.

Yang membebankan dan yang membuatkan rakyat sakit hati, Perdana Menteri dan isteri berbelanja mewah . Shopping sakan sana sini, beli handbags beratus riban itu tak termasuk intan berlian serta jam tangan. Juta juga kosnya.

Isteri yang tiada kena mengena dengan pentadbiran kos sekali dandan rambut mencecah RM1000 ringgit itu tak termasuk kos cucuj anti penuaan mahupun botok. Hai..cukup ke gaji Najib....itu baru sikit..kita sambung lagi..kasi hangat..era Pemerintahan Najib....

P/s : Kita dedah lagi..

Siapa rasuah siapa makan suap...

                Cahaya Al Majid




1 comment:

  1. @ .... Thursday, 13 October 2016 THE PROMISED LAND :
    MANA SATU PILIHAN : PARTI MAHATHIR ATAU PARTI NAJIB : BHG 2 Bismillahhirrahmannirrahim.

    SIAPA PILIHAN ANDA PANAS LAGI MEMANASKAN

    @ .... Siapa rasuah siapa makan suap..??

    ** KEDUA MEREKA SAMA DUA KALI LIMA.....

    KEPADA RAJA DIKATAKAN PERSEMBAH.
    KEPADA VVIP DIKATAKAN ITU HADIAH.
    KEPADA PENYOKONG DIKATAKAN ANUGERAH.
    KEPADA HAMBA RAKYAT DIHUKUMKAN RASUAH..


    ReplyDelete