Wednesday 12 October 2016

THE PROMISED LAND : MANA SATU PILIHAN : PARTI MAHATHIR ATAU PARTI NAJIB

Bismillahhirrahmannirrahim.

         Bahagian Pertama

MAHATHIR TAK DENDANG APA YANG DIBUAT
NAJIB SUKA MENWAR WAR KAN APA YANG DILAKUKAN.

PEMIMPIN MANA YANG LAYAK DIIKUTI?

Allah swt membekalkan manusia dengan akal dan fikiran namun bagi manusia yang tidak mahu berfikir dan tidak mahu menggunakan akal fikiran dan hanya mahu mengikut tanpa berfikir, samalah kategorinya seperti seekor keldai mahupun seperti seekor lembu atau kerbau yang dicucuk hidung.

Mana satu pilihan anda, terpulang.

Dr Mahathir , berusia 91 tahun dan telah memimpin negara ini selama 22 tahun. Dari kepimpinannya maka transformasi besar besaran telah berlaku dalam negara kita.

Dari negara yang berusurkan pertanian telah diubah kepada negara berunsurkan perindustrian. Walaupun pada mulanya perubahan itu dilihat janggal namun melalui perancangan yang teliti dan diselia oleh kaki tangan yang berintrigeiti dan bermoral, hala tuju negara dapat dilihat secara jelas.

Perubahan yang dilakukan dapat dilihat secara fizikal oleh rakyat dan menafaatnya dapat dirasai dan dinikmati. Sebagai contoh, negara kekurangan dana untuk melakukan perubahan tetapi dengan idea pengswastaan dengan bantuan kerajaan maka semua impian untuk mempercepatkan pembangunan infrastruktur bagi memudahkan pembangunan sektor industri maka kemudahan rantaian jalan raya atau lebuhraya adalah satu keperluan bagi sesuatu perhubungan direalisasikan.

 Itu adalah salah satu dari apa yang telah dibangunkan. Dan kini rantaian kemudahan tersebut digunakan setiap rakyat dinegara ini didalam urusan seharian. Walaupun kos pembinaannya menelan lebih dari 3 billion pada ketika itu namun pulangan yang dinikmati rakyat tidak terkira jumlahnya.

Walaupun kini, jika dikaji semula, yang bermenafaat dan mengaut keuntugan dari Projek ini tetap anak syarikat Kerajaan dan mungkin beberapa peratus saja dimiliki oleh beberapa konglomerat yang memegang syer sebagai nominee kepada pemimpin tertentu.

Walaupun kita tidak tahu siapa dia tetapi semestinya mereka mereka ini terdiri dari proksi dari parti pemerintah iaitu BN. Oleh itu menafaat sebenar adalah Parti yang menjadi tonggak utama dalam BN. Saya rasa semua tahu.

Tetapi semua tahu dan maklum akan kejayaan Dr Mahathir dalam membangunkan negara bukan saja didalam negara malahan luar negara juga amat kagum dengan perubahan drastik yang berlaku dinegara ini.

Perbelanjaan berhemah serta perbelanjan kerajaan  mengikut keperluan dijadikan kunci utama walaupun terdapat sini sana kelopongan kerana ketamakkan beberapa orang manusia yang rasuah namun skalanya tidaklah menggila.

Walaupun ramai yang berkata Zaman Dr Mahathir hanya segelintir Melayu yang dapat menafaat dari dasar beliau namun kebanyakkan yang jadi kaya raya adalah Melayu yang bernaung dibawah UMNO samaada sebagai proksi atau nominee kekayaan mereka ini amat nyata sekali.

Berlainan  pula kini, Dr Mahathir menjadi musuh utama bekas Parti yang ditubuhkan selepas UMNO lama dibatalkan pendaftarannya gara gara pertembungan dengan Tengku Razaligh. Semuanya kerana masing masing mahu menjadi juara didalam Parti UMNO.

               ....bersambung...

P/s: Nanti kita singkap pula apa yang Najib bangunkan atau apa menafaatnya terhadap rakyat dan negaram


No comments:

Post a Comment