Tuesday 11 October 2016

THE PROMISED LAND : ISLAM ANUTAN PEMIMPIN UMNO vrs ISLAM AJARAN NABI MUHAMMAD

Bismillahirrahmannirrahim.

Islam itu indah, Islam itu mudah, Islam itu berserdahana, Islam itu menolak keganasan, Islam hanya akan bertindak sekiranya ajaran Baginda diseleweng. Tetapi yang paling utama adalah melakukan kebaikan  sesama makhluk Allah swt walaupun terhadap musuh. Itulah keindahan Islam yang sepatutnya ditanam dijiwa umat yang mengaku Umat Muhammad s.aw.

DIMANA ANDA INGIN DINILAI
JANGAN SALAHKAN SYAITAN KERANA BERJAYA MENEROBOS HATI ANDA

Masih ada lagikah ajaran Nabi Muhammad  yang tertanam dijiwa Pemimpin Islam masakini?

Berbohong, menipu, mencuri, menyeleweng, rasuah, mengambil harta yang bukan hak, bersubahat serta tegahan lain yang memudaratkan , semuanya berdosa . Apakah kita mahu terjebak sekali?

Terdapatkah golongan  Pemimpin yang anda  pilih itu terpalit atau tergolong dalam dalam kategori diatas?

Kalau ada dikalangan yang disebut, apa patut anda buat? Adakah anda tetap mendiamkan diri ?

Baru baru ini seorang Ketua Bahagian UMNO yang  mengetuai  Kumpulan Baju Merah dan mengasari seseorang . Mangsa yang dikasari secara fizikal itu adalah seorang Melayu dan beragama Islam. Patutlah mangsa ditendang dan dikasari hanya kerana tidak sehaluan dan berbeza pemikiran?

Adakah Islam yang dianuti geng baju merah itu berbeza aturannya dengan kitab yang diimani olih mangsa? ATAU geng ini sememangnya "pengganas" yang dibela oleh Jamal Ketua Bahagian UMNO?  ATAU sememangnya UMNO yang membela geng ini?

Perbezaan pendapat sememangnya dibenarkan didalam agama Islam tetapi kekerasan dan permusuhan sesama agama adalah dilarang.

Firman Allaah swt yang mana satu yang mahu dinafikan oleh kumpulan ini?

Atau adakah kerana duit atau imbuhan dunia yang dijanjikan membuatkan kelompok ini mengingkari tuntutan agama .

Satu lagi yang amat ketara, adakah keborosan Perdana Menteri Malaysia serta keluarganya mencerminkan mereka menurut tuntutan agama yang dibawa olih Baginda Rasullulah saw.

Segala perilaku serta sokongan moral yang anda berikan kepada mereka yang tidak menjunjung ajaran RASULLULAH S.AW, yakinlah..Baginda sendiri tidak akan sekali kali mengaku bahawa pelakunya adalah dari golongannya.

               Cahaya Al Majid


No comments:

Post a Comment