Friday 14 April 2017

THE PROMISED LAND: ADA PUN TAK MENAMBAH

Bismillahirrahmanirrahim.

"BUAT LAH APAPUN
KEPUTUSAN RAKYAT MAJORITI
DAH TETAP" HANYA TUNGGU MASA
UNTUK DI LAKSANAKAN SAJA.

Kalau dah mereput buat apa pun tak meninggalkan kesan.

Catur lah, olah lah, atau apapun  tak akan memberi kesan.

Kononnya dengan mengujudkan jawatan Menteri Untuk Tugas Tugas Khas buat Hishamuddin dijangka tidak akan ada perseption lain terhadap Najib dan UMNO tetapi sebaliknya bukan pujian diterima tetapi hati hati yang kecewa dalam pertubuhan itu mula menunjukkan reaksi yang berbeza.

Bagi rakyat , kita  tidak berapa kisah dengan kejutan Najib ini, tetapi yang terkesan dan yang terkedu adalah kelompok yang mengharapkan Zahid Hamidi untuk menaiki takhta jawatan PM tanpa diganggu gugat bagi menggantikan Najib ,tetapi keadaan menjadi sebaliknya.

Bagi rakyat samada Najib atau sesiapa saja yang dipersiapkan olih Najib atau UMNO bagi menerajui parti mereka , bukan lagi keutamaan untuk rakyat ambil "pot'.

Menukar Kerajaan sedia ada merupakan keutamaan paling penting bagi menyelamatkan masa depan negara ini dari dijual.

Apa yang utama buat rakyat kini adalah bersatu hati dan berusaha bersungguh sungguh demi menyelamatkan masa depan dan kelangsungan masa depan anak cucu.

Setelah 60 tahun dibelenggu dan dibodohkan oleh parti Melayu bernama UMNO, kini, generasi baru lebih memahami dan lebih bertanggungjawab lebih lebih lagi berhubung kesinambungan kuasa politik.

Rakyat tidak lagi bergantung harap kepada UMNO semata tetapi keterbukaan pemikiran serta sanggup berubah bukan lagi mitos.

Menakut nakutkan dan cubaan menanam kebencian terhadap bangsa lain serta ancaman tentang keburukan parti pembangkang serta permainan emosi bahawa Melayu akan hilang " keistimewaan" dinegara ini tidak lagi termakan olih orang Melayu.

Kerana kezaliman dan penindasan terhadap bangsa Melayu serta terhadap rakyat dengan mengenakan berbagai bagai cukai serta dibebankan dengan berbagai kenaikan harga barangan serta dibebankan hutang yang dicipta olih Najib dan diletakkanya  dibahu rakyat untuk membayarnya membuatkan rakyat tiada pilihan melainkan  " tukar kerajaan' menjadi ajenda.

              Cahaya Al Majid






2 comments:

  1. saya beranggapan kita melayu ni kalau dikhianati ditipu dan ditindas oleh melayu sendiri amatlah pedih lebih dari ditipu bangsa lain

    ReplyDelete
  2. Sakam. Kecewa kerana Melayu tu beragama Islam dan kita berpandukan pada Rasul yang sama. Itu yang menyakitkan.

    ReplyDelete