Thursday 13 April 2017

THE PROMISED LAND : ADAKAH INI KES ANTARA DUA DARJAT?

Bismillahirrahmanirrahim.

 DAPATKAH INSTITUSI BERAJA
 MENEGAKKAN  UNDANG UNDANG    NEGARA???

Hari ini kecoh satu Malaya bahawa pegawai Khas Zuraida Kamarudin iaitu Ahli Parlimen PKR , telah ditahan serta digari oleh SPRM kerana didakwa rasuah.

Seorang anak muda yang bergelumang dengan politik dan berkiblatkan pembangkang telah mula mendapat perhatian Jamal Ikan Bakar apabila diberitakan bahawa anak muda ini iaitu Adam Rosly memiliki kekayaan yang luar dari kebiasaan.

Adam sebelum ini  merupakan seorang usahawan yang mempunyai perniagaan tetapi kerana Jamal Ikan Bakar sanggup menghabiskan wang ringgit nya sendiri dengan menyewa helikopter semata-mata mahu menujukkan keadaan sebenar bungalow milik anak muda ini, maka ,.Akta pengubahan wang haram ditakrifkan terhadap kemampuan beliau.

Wah wah wah..Hebat SPRM .

Benar kata kata Ketua Pengarah SRRM , beliau akan cuba sedaya upaya untuk membenteras kegiatan rasuah waima orang politik ataupun yang berkait dengan politik.
 
Baiklah...Satu dunia telah menuduh dan mengatakan bahawa anak tiri Najib aka Perdana Menteri Malaysia terlibat dalam pengubahan wang haram di Amerika.
Dan dana yang digunakan itu didakwa didapati melalui syarikat yang ditubuh dimana bapa tirinya Najib Razak aka Perdana Menteri berkuasa penuh keatas nya.

Berbillion dollar Amerika telah berpindah tangan dari akaun 1MDB ketangan Jho Low  RIZA Aziz dan kengkawanya. Dan didalam pertuduhan DOJ Riza Aziz didakwa menggunakan ratusan juta dari dana 1MDB untuk membeli hartanah mewah bernilai ratusan juta  dolar Amerika serta menerbitkan filem-filem.spara lucah juga bernilai ratusan juta dollar Amerika.

Semua rakyat tahu bahawa Riza Aziz bukanlah jutawan mahupun mempunyai rangkaian perniagaan bertaraf dunia. Jadi..Dari mana punca hasil pendapatan beliau.
Adakah punca kewangan itu berpunca dari bapa tirinya Najib Razak aka Perdana Menteri Malaysia? atau adakah dia dari keturunan Millionaire ATAU bangsawan.

Dalam hal kedua dua entiti ini Adam Rosly dan Riza Aziz, kita tidak mahu ada dua set undang undang. Kita mahukan SPRM tegas dan telus dalam kedua dua kes ini kerana kedua duanya melibatkan " maruah' dan ' kedaulatan' undang undang yang perlu ditegakkan tanpa mengira siapakah ,'watak atau wajah''  dibelakang mereka ini.

Jangan hanya kerana Jamal Ikan Bakar yang merupakan seorangpun Ketua Bahagian UMNO dan bertindak sebagai ' hulubalang Najib" telah membuka " lukah" Adam Rosly dan SPRM terpaksa " menyelongkar" dari mana punca kekayaan Adam Rosly maka perkara yang serupa juga perlu dilakukan terhadap Riza Aziz juga.

Kita tidak mahu ada double standard didalam menegakkannya undang undang.

Sedikit sebanyak Adam Rosly  telah mencalarkan kewibawaan diri nya serta imej partinya PKR walaupun belum di bukti kan kesalahanya tetapi nama Riza Aziz lebih memburukkan.

 Nama beliau bukan saja dituduh malahan dakwaan tentang pengubahan wang haram serta pencurian dana 1MDB juga di buktikan alirannya mengaitkan diri beliau dan juga bapa tirinya iaitu Najib Razak aka Perdana Menteri Malaysia.

Olih.itu siapa lebih membusukkan maruah dah imej negara?

Adakah negara kita yang dipayungi olih Yang DiPertuan Agong tidak berasa malu dengan gelaran yang diberi dunia iaitu "KERAJAAN KLEPTROKASI'

Kita harapkan agar Yang Di Pertuan Agong serta Raja Raja Melayu berdiri bersama agar Kedaulatan Undang Undang di tegakkan demi kelangsungan negara ini.

                Cahaya Al Majid


2 comments:

  1. Kewajaran siasatan dan dakwaan SPRM perlu dihargai walaupun ada kes utama yang belum diambil tindakan..
    Lambat laun, masa akan menentukan.

    Tunas2 kaki kencing, kaki rasuah, pelahap dalam pembangkang wajar dicantas sekarang.. Jika tidak mereka juga jadi bapak penyamun dan ibu lanun puaka dalam kerajaan jika pemnangkang memerintah

    ReplyDelete
  2. Dah lama give up dengan Raja-Raja Melayu. Kena terima kenyataan they are not there for the rakyat.

    ReplyDelete