Bismillahirrahmanirrahim.
APA AKAN JADI
SIAPA YANG MENGUNDANG BALA
RAKYAT ATAU PEMIMPIN???
SEMUANYA KAIT MENGAIT??
Bumi Melayu masih bergolak. Bukan kerana bermusuh dengan jiran mahupun berperang dengan komunis mahupun ada ancaman pelampau pelampau agama tetapi bumi ini bergolak kerana rakyatnya yang tidak sealiran dengan parti pemerintah.
Rakyat dan orang Melayu yang tidak menyokong parti mereka dijadikan musuh olih Kerajaaan UMNO mahupun PAS.
Samaada Melayu UMNO mahupun PAS serta Melayu PKR dan Parti Peribumi atau PPBM dilihat amat berlainan ideologi dan pegangan maka ini akan membawa implikasi besar kepada bangsa Melayu sekira nya Perang Meletus .
Jika ditakdirkan Allah SWT bahawa peperangan diantara Amerika dan Korea Utara meletus dalam masa.terdekat ini , bangsa Melayulah yang paling terkesan.
Melayu Malaysia, Melayu Brunei dam Melayu di selatan Filipina, yang paling terkesan dan terjejas.
Melayu Singapura dan Melayu Indonesia tidak terjejas .
Indonesia dengan umat Islam yang ramai dan tanah yang luas dengan keazaman rakyatnya yang tinggi dalam pertanian membuatkan mereka selamat sementara Melayu Singapura pun bertuah juga kerana Kerajaan nya amat bertanggung jawab terhadap rakyat.
Yakinlah semua lapangan terbang dan pelabuhan samaada yang komersial mahupun milik tentera pasti sibuk dan digunakan olih sekutu Amerika dalam memerangi Korea Utara.
Suka atau tidak setiap negara di.bumi ASEAN pasti akan dibabitkan sekali.
Dengan kelemahan pemimpin sedia ada serta kurangnya daya tahan diri pemimpin negara kita pasti terjejas teruk dari segi ekonomi .
Kekurangan bahan makanan serta kelewatan tiba bahan impot terutama makanan kedalam negara pasti membelenggu kesejahteraan rakyat.
Tetapi yang paling beruntung adalah bangsa bangsa lain dan segelintir melayu yang kaya. Mereka ini pasti keluar negara bagi menyelamatkan diri serta membawa sekali kekayaan mereka.
Yang bakal mengharungi kegetiran dan kesusahan adalah umat Melayu yang hidup dalam serba serdahana ini.
Tiada pemimpin yang akan mempertahankan rakyat lagi dan kehidupan rakyat adalah berpegang pada diri sendiri saja.
Dikala ini guru agama bukan politik serta mahaguru silat dijadikan pelindung dan menjadi tempat tumpuan masyarakat Melayu mahupun orang Islam untuk berlindung.
Permulaan yang bakal meletus ini bakal membahagikan rakyat antara Melayu dan bangsa bangsa lain. Keharmonian serta perasaan curiga mencurigai pasti menghantui setiap jiwa dibumi ini.
Rumah rumah ibadat terutama Gereja akan menjadi tempat orang ramai menagih makanan. Dan tempat inilah yang paling selamat untuk berlindung dari kebuluran. Samaada Melayu, India mahupun Cina marhean tempat ini bakal menjadi tempat mengisi perut .
Ini kerana Gereja mempunyai dana yang besar dalam misi pendakwahan yang didanai oleh Pertubuhan-pertubuhan mereka yang berpusat diluar negara.
Masjid mesjid bakal tersiseh kerana tiada dana untuk menyempurnakan hasrat dan keinginan untuk membantu masyarakat Islam dan orang Melayu.
Kebanyakkan dana zakat atau sedekah adalah milik pusat pertubuhan Islam dinegara ini . Jumlahnya amat terhad dan kebanyakkan nya dikuasai atau dikawal olih jabatan agama mahupun Majlis. Tambahan pula simpanan tunai yang dimiliki amat sedikit berbanding umat Melayu yang ramai.
Disini lah keharuan dan kecelaruan tentang masyarakat Melayu dan Islam bakal tercetus.
Siapa dan kepada siapa mahu mengadu.
Nampak nya kecondongan untuk Amerika berperang dengan Korea Utara amat tinggi
Walauapapun berserah dan menyerah bukanlah jalan terbaik tetapi berikhtiar adalah yang sempurna.
Adakah 'SANG PENYELAMAT' BAKAL MUNCUL??
Cahaya Al Majid
No comments:
Post a Comment