Friday, 28 April 2017

THE PROMISED LAND: REJAB MASUK SHAABAN : PUTARBELIT DAN KEJIAN JADI AMALAN

Bismillahirrahmanirrahim.

TIADA BULAN YANG HARAM
SEMUA NYA HALAL

Macam macam ada. Ingatkan bolihlah mereka mereka ini bersabar dan meluahkan kata kata baik sesama Islam tambah tambah DIBULAN yang diberkati ini .

Tetapi ungkapan yang digunakan lebih buruk dari kata kata orang bukan Islam .

Inilah anutan terbaru ahli ahli politik yang mengejar harta rampasan samaada UMNO mahupun PAS, semuanya demi kelangsungan politik, pangkat dan harta. Semuanya berpuak puak.

Menjahanamkan satu puak yang lain kerana tidak sealiran politik dijadikan landasan untuk melafazkan kata kata cercaan walaupun yang dijahanamkan itu seagama dengan mereka dan bertunjangkan kepada Kitab yang sama, namun demi kepentingan Politik aturan agama dan kemuliaan bulan bulan Allah SWT diketepikan juga.

Begitu juga dengan parti pemerintah, melalui Menteri Kewangan II, juga berbelit belit juga dalam menjawab persoalan yang dibangkitkan rakyat mengenai keterpaksaan melunaskan bayaran kepada sekutu nya IPIC.

Kalau sebelum ini beriya iya mengatakan ada surat sahih dari IPIC yang BOLIH menyangkal dan menafikan syarikat palsu BVI  ada menerima dana USD3.5 billion..

Bohong tetap bohong bayaran masih terpaksa dibuat kepada IPIC. Sanggup buat bayaran walaupun ada pengesahan.

Untuk jaminan yang sama juga Kerajaan atau Kem Kewangan terpaksa membuat double payment kesudahanya.

Tipu tetap tipu. Kalau dahulu Kerajaan kata hutang dan tanggungan IMDB diserap sebagai entiti dibawah Kementerian Kewangan dan segala permasalahan hanya IMDB dan Kem Kewangan saja yang akan menyelesaikan.

Tetapi.. Pembohongan tetap makan harian mereka.. demi kuasa dan pangkat.

Melalui pegawai 1MDB dan pegawai di Pejabat Perdana Menteri semestinya atas arahan Najib persetujuan untuk membuat bayaran kepada IPIC diputuskan.

Bayaran yang dikata pernah dibayar kepada AAbar atau IPIC iaitu Aarabr BVI merupakan syarikat palsu dakwa IPIC dan tuntutan melalui timbang tara di London dibuat olih IPIC.

Kini sekali lagi rakyat akan terbeban dengan hutang tambahan lagi .

Nampaknya hukum Allah SWT mahupun sunnah Rasulullah bukan saja tidak dipedulikan malahan dijadi kan mainan olih kelompok ini.

Fitnah, bohong, belit, cerca dan keji adalah dibibir mereka, wajibkah umat Islam memilih mereka lagi , sudah terbukti bahawa kelompok ini amat jahil dan mempergunakan ayat ayat Al-Quran dalam menghalalkan perbuatan mereka?

Agaknya bangsa Melayu ni hanya akan sedar diri bila malapetaka dah sampai. Selagi tak nampak..Selagi itulah mereka akan selesa.

Eloklah Melayu ni..jadi satu bangsa yang tiada pendirian kerana agama bagi mereka hanyalah ajaran tok nenek yang tidak perlu diamalkan. Memadai dengan menjadi pengikut saja.

                    Cahaya Al Majid


No comments:

Post a Comment