Bismillahirrahmanirrahim.
MAHATHIR TETAP UTUH
DAN TAK RUGI PUN
Berjuang demi bangsa dan agama dan berjuang demi kuasa untuk kepentingan diri serta kelompok sendiri tidak akan sama ganjaranya disisi Tuhan.
Semenjak Dr Mahathir menjadi pengkritik utama Najib dan UMNO, kerana isu USD 681 juta atau RM2.6 billion masuk keakaun peribadi Najib yang dinafikan Najib pada mulanya membuatkan Dr Mahathir hilang kepercayaan terhadap Najib.
Mengikut sejarah nya sememang Najib lah yang diharapkan Dr Mahathir untuk memertabatkan semula UMNO dan memperbetulkan kesalahan Pak Lah , namun semua itu tidak menjadi malahan apa yang rasakan Dr Mahathir, keadaaan dibawah Najib pula menjadi haru biru pula.
Bukan setakat Najib dan UMNO yang terpalit malahan seluruh kepimpinan BN serta Penjawat Awam juga terheret sama kerana kebebalan Perdana Menteri .
Kerana tindakan Dr Mahathir yang didakwa keterlaluan terhadap Najib maka seluruh jentera UMNO dan BN serta media propaganda Kerajaan digerakkan bagi mencalar imej Dr Mahathir.
Dari surat khabar sehingga kemedia elekteonik, semuanya bertumpu bersengkokol dalam cubaan untuk mencemar nama dan intergriti Dr Mahathir.
Begitu lah takutnya Najib dan UMNO dalam menghadapi isu yang di bentang Dr Mahathir.
Dalam keadaan keterdesakan ini isu 25 tahun dahulu pun dikorek juga bagi memastikan Dr Mahathir diheret . Kerana dakwaan orang yang pernah didapati bersalah iaitu Murad , yang mendakwa BNM kerugian berbillion ringgit seperti yang war war , DENGAN harapan nama Dr Mahathir akan terpalit sama atau mahu di sangkut kan dengan elemen 'pengsubahatan', namun, kini, dibuktikan olih Anwar Ibrahim bahawa Dr Mahathir tiada tiada sangkut paut dengan skandal yang berlaku itu.
Peeergh....Adakah Najib dan UMNO mahupun gerombolan mereka dapat menelan kemaluan ini?
Sememangnya manusia yang kurang iman dan kurang keyakinan terhadap Allah SWT, akan bertindak mengikut hawa nafsu Musuh musuh kebenaran akan mencuba sedaya upaya untuk mencemar kemuliaan insan yang bernama Dr Mahathir , namun sekali lagi Dr Mahathir dilindungi Allah SWT.
Ingatlah sesiapa saja yang berjuang demi menegakkan kebenaran dan melawan kebatilan, inshaallah Allah SWT tetap bersama dan dilindungi.
Cuba jangan buta hati, lihat lah tubuh yang berumur 92 tahun itu masih utuh tegap dan waras.
Cuba tanya diri kita kenapa Allah SWT berikan kesihatan yang baik jauh sekali nyanyuk seperti yang didakwanya pemimpin UMNO dan dengan kekuatan sebegitu kepada beliau walaupun beliau tidak pernah berjubah mahupun berserban.
Olih itu jangan sekali kali kita mencemuh mahupun menghina manusia ini kerana beliau merupakan insan yang mencuba untuk menyelamatkan negara ini.
Cuba tanya diri anda , siapakah diantara Ketua Negara Negara , negara Islam yang benar benar mengangkat Islam?
Kebanyakan dari mereka semuanya terlibat dengan rasuah dan pro Barat. Jauh sekali unruk membela nasib umat Islam melainkan Dr Mahathir .
Itupun rakyat Malaysia buta???
Tetapi kalau rakyat Malaysia serta umat Islam dinegara ini masih lagi mahu berkiblat kan kepada Hj Hadi dan PAS serta Najib dan UMNO, tiada siapa yang mampu merubahnya melainkan tunggu lah .
Cahaya AL Majid
No comments:
Post a Comment