Wednesday 26 April 2017

THE PROMISED LAND: PUSING TETAP PUSING

Bismillahirrahmanirrahim.

PENIPUAN DEMI PENIPUAN

Belit belit dan membelit tidak pernah henti.

Mula mula berkokok macam ayam jantan , ibarat satu Malaysia boleh dikejutkan. Alih alih kata " tidak terlibat dalam penyelesaian" antara 1MDB dan IPIC. Itulah kokokkan Johari KFC atau Menteri Kewangan II Malaysia.

Dulu kata kes timbang tara di London akan memihak kepada negara atau 1MDB kerana ada surat pengesahan bahawa BVI adalah anak syarikat IPIC dan didakwa pernah melihat surat itu yang dibekalkan 1MDB.

Alih alih timbang tara tak diteruskan tetapi diselesai diluar penghakiman. Sorok punya sorok meletup lagi ..

1MDB terpaksa bayar IPIC USD 1.2 billion atau RM 5.3 billion.

Kalau ikutkan data yang dikeluarkan bayaran yang dibuat terdahulu iaitu sebanyak USD 3.5 billion telah dilunaskan tetapi kata IPIC dana yang dibuat bukan kepada mereka mahupun kepada anak syarikat mereka.

Peeergh...

Kalau dahulu Kerajaaan Najib telah menyerapkan 1MDB dibawah Kementetian Kewangan dan Menteri Kewangan serta beberapa kerat kaki tangan Kerajaan seperti Irwan Siregar dilantik...Dan ...Tidak disebut pun bahawa Pejabat Perdana Menteri mahupun sesiapa saja di Pejabat Perdana Menteri yang dilantik .

Hairan bin Ajaib juga..Pemutusan bahawa 1MDB terpaksa membayar IPIC diputuskan olih Pegawai di Pejabat Perdana Menteri dan 1MDB tanpa pengetahuan Menteri Kewangan II..biar betul bai....

Apa yang dilihat  dan diamati hanya Najib seorang saja yang memutuskan semua perihal tentang isu 1MDB  Pinjam dan hutang ini adalah idea beliau ..Kepada siapa dibayar untuk apa dibayar dan kepada akuan siapa perlu dibayar hanya Najib yang memutuskan.

Kalau Najib masih lagi  nak menafikan salah-laku ini, minta lah Najib bersumpah diatas nama ibunya dan Bapanya , menafikan diri beliau tidak terlibat dalam kes penipuan  1MDB ini.

               CAHAYA Al MAJID







No comments:

Post a Comment