Friday, 21 April 2017

THE PROMISED LAND: SIAPA JANTAN ???

Bismillahirrahmanirrahim.

  ADAKAH NAJIB KEBAL DARI
  UNDANG UNDANG

Sepatutnya semua rakyat tidak mengira pangkat mahupun darjat terlepas dari tindakan undang undang.

Pengkelesan sepatutnya tidak terjadi apabila undang undang mahu pun keadilan yang mahu ditegakkan.

Tetapi ini tidak berlaku dibumi ini sekiranya sesuatu jenayah berlaku terutama dari parti Kerajaan . Selalu nya yang kerap dan diheret adalah 'penentang' kerajaan.

Tapi nasib tidak menyebelahi Exco Johor kerana kesalahan yang dilakukan amat ketara di mana kesalahan itu melibatkan kepentingan Melayu dan Bumiputera , maka, untuk menyelamatkan reputasi EXCO  UMNO itu tidak berbaloi untuk di sorokkan.

Walaupun SPRM dilihat amat galak dalam membenteras rasuah namun dari apa yang dilihat sifat berpilih masih lagi ketara.

Adam Rosly didakwa olih SPRM kerana tidak melaporkan secara benar apa yang di miliki dan dipunyai walaupun dia melaporkan segala harta miliknya dan dari mana puncanya kewangan tersebut namun SPRM tetap tidak berpuasa hati.

Adakah kerana Adam Rosly merupakan seorang Ketua Pemuda PKR dan mempunyai kekayaan yang mencurigakan pihak SPRM maka menukar Akta lain dari Pengubahan Wang Haram tidak dilekatkan ketubuhnya?

Nampaknya Adam Rosly amat jantan dalam menyenaraikan punca kewangan atau kekayaaan yang dimiliki dan punca kewangan itu pula di panjangkan kepada media sosial dan akhbar untuk tatapan umum.

Tetapi bagi Najib pula, sehingga ke hari ini dana yang masuk keakaun nya yang berjumlah RM 40 juta dari SRC International dimana Najib.bukan siapa siapa mahupun benefisiari kepada SRC International, TETAPI telah menerima dan membelanjakan wang tersebut.

Kebenaran kemasukkan wang tersebut diakui olih Najib sendiri mahupun olih AG Apandi , namun ianya ditakrifkan sebagai tidak salah. Undang undang mana yang dirujuk ni.

Rakyat hendak tahu samaada Najib telah memulangkan wang RM40 juta tersebut tetapi Rafizi pula mendakwa bahawa dana RM40 juta itu telah diagihkan kepada 17 individu mahupun kepada orang bukan peseorangan.

Jadi siapa yang menyembunyikan kekayaan. Adakah Adam Rosly atau Najib.

Najib adalah Perdana Menteri merangkap Presiden.UMNO manakala  Adam Rosly hanyalah Ketua Pemuda PKR.

Nak tanya kenapa SPRM tidak buru Najib seperti mana mereka memburu Adam. Adakah kerana Najib itu seorang berjawatan Perdana Menteri dan berada diatas undang undang?

Sedangkan Raja Raja atau Sultan pun tertakluk kepada undang-undang, tetapi kenapa tidak kepada Najib aka Presiden UMNO???

                   Cahaya Al Majid









No comments:

Post a Comment