Bismillahirrahmanirrahim.
Tanda tanda ketakutan Najib serta kegusaran Pemimpin UMNO bahawa UMNO pasti hilang kuasa pada PRU 14.
Sanggup memperlekehkan "keturunan dan darah" bekas Presiden UMNO.
Rasuah projek ketempat yang dilawati.
Jual beli rakyat sedang dilakukan
Najib mahu BTN atau ahli kumpulan perang sarafnya kerja keras dalam mempertahankan kuasa UMNO dalam PRU 14 demi kelangsungan kuasa dia.
Zahid Hamidi pula mengatakan bahawa kapal ada 3 nahkoda ini pasti tenggelam.
KJ pula kata DAP adalah kuasa penentu dibelakang Harapan.
Sahidan pula kata macammana Bersatu nak berkuasa sedang kan mereka hanya ada 1 kerusi berbanding Parti lain dalam Pakatan.
Begitu juga dengan Mahathir Khalid tetap menafikan kebangkitan dan sokongan Melayu terhadap Bersatu.
Peergh...
Yang bercakap dan yang cuba menepis kenyataan ,semuanya pemimpin bermasaalah juga.
Najb dituduh bermacam macam skandal yang terburuk kes Altantuya dan SCORPENE dan terbesar duit 1MDB dan SRC
Zahid pulak kes pukul dan dizaman Mahathir berkuasa dia dituduh Kroni Anwar dengan berpuluh puluh syarikat dan terbaru kes impot pendatang..
KJ pulak master mind masa Pak.Lah berkuasa sehingga dipanggil Geng Tingkat 4. Penganggur yang paling kaya dan bergaya.
Kes 100.juta Kementerian Belia pun tak settle.
Shahidan. Dari Menteri Besar jadi Menteri. Kecoh satu Perlis. Istana pun tak kenan.
Mahadzir Khalid. Kedah hilang kuasa dia hilang jawatan Menteri Besar. Banyak kelompongan berlaku.
Semua pemimpin UMNO berkotak macam ayam dicabut ekor. Riuh rendah semua dalam majlis perjumpaan Bahagian.
Kalau tak takut dengan Bersatu atau Harapan kenapa sibuk sibuk mencari seribu alasan.
Biarkan lah..Kan kata Bersatu atau Harapan tak kemana..Jadi kenapa " GABRA"?
Kalau Najib tak klepet 2 .6 Billion duit 1MDB dan 40 juta duit SRC dan tidak dikreditkan keakaun personal Najib, adakah Mahathir nak "lingkupnya" UMNO?
Saban kali Mahathir tuduh Najib pencuri dan merosakkan imej negara,kenapa sehingga hari ini Najib tidak berani berdepan dengan Mahathir untuk menafikan apa yang dituduh?
Kenapa Mahathir secara lantang menghentam dan menuduh Najib dan UMNO serta barisan pemimpin UMNO sebagai "pembelot" terhadap perjuangan parti UMNO .
Kalau benarlah Najib mendakwa bahawa RM2.6 Billion tu adalah "derma" dari keluarga di Raja Arab Saudi..Tak kan Najib tak berani nak tunjuk dokumen tersebut..kepada Mahathir bagi menyelamatkan UMNO?
Setidak tidaknya Mahathir itupun bekas Presiden nya.
Ketidakberanian Najib menyanggah dan membuktikan dengan fakta apa yang dituduh dan dinyatakan oleh pengendali undang undang negara dunia, menguatkan lagi keyakinan rakyat bahawa sememangnya dana yang diterima dan dibelanja olih Najib adalah dana dari 1 MDB.
Berfaktakan dari dapatan dapatan dari luar negara terutama dari Mahkamah di Singapura serta dapatan dari Switzerland mahupun DoJ , Amerika, yang menuduh MOI dan beberapa individu yang telah dinamakan namun sikap berdiam diri Najib memburukkan lagi keadaan.
Cuma mereka mereka yang cuba menafi dan membenteng "MOI and the Gang" adalah mereka mereka yang tidak ada kena.mengena dengan 1MDB waima " tidak tahu bila dan macammana" hutang tetiba menjadi RM42 billion.
Muhyiddin Yassin yang ketika itu sebagai TPM pun tidak tahu akan penubuhan dan pengurusan 1 MDB. Yang dia tahu hanyalah apabila *hutang 1MDB" meledak dan duit RM2.6.billion masuk keakaun peribadi Najib.
Apa yang Najib dan gerombolan nya mahu menipu lagi?
Semua nya terang dan nyata.
Cahaya Al Majid
No comments:
Post a Comment