Tuesday 24 October 2017

THE PROMISED LAND: 1MDB UNTUK SELESAIKAN MASAALAH ATAU BANYAKKAN MASAALAH ??

Bismillahirrahmanirrahim.

    SENDIRI YANG BANGANG
    TAPI!!! SALAHKAN ORANG
    LAIN!!!!

Telah bertahun kes atau isu IMDB dipertikaikan rakyat sehinggakan kerajaan pimpinan Najib meng"OSA" kan segala dokumennya dari pengetahuan rakyat.

Hujan tidak ribut pun tidak tup tup hari ini Najib mengatakan bahawa penubuhan 1MDB adalah untuk menyelesaikan masalah kepimpinan terdahulu.

Chuup..Chuup..Dulu..Nak gelak niii
Kakkakkak!!!!!!

Amat kelakar dengan penyataan Najib aka Presiden UMNO ni..

Nak tanya gak.."dana yang di hutang 1MDB" tu dah selesai ke atau telah bertambah dari hutang atas hutang???

Mengaku telah beli banyak IPP menggunakan ' dana hutang 1MDB" samaada yang berada didalam negara mahupun yang diluar negara tetapi kenapa pulak jual semua "harta harta" tu kepada China Komunis .

Kalau boleh jana keuntungan dari semua IPP tu untuk menebus hutang kepimpinan terdahulu, MASAALAHnya kenapa dijual semua kepentingan itu 100%?

Nak tahu jugak, Beratus Billionkah hutang yang ditinggalkan olih pemimpin dahulu?? Kepada Najib???

Hai.najib?!!! jangan.nak gelembung lah..Kalau.kawan you sendiri Razak Baginda bolih dapat komisyen ratusan juta dalam pembelian Scorpene dengan harga yang melambung-lambung..Salah siapa??
Salah Pak Lah kah ? Atau salah Dr Mahathir  juga??

Beratus juta duit Felda FGV kena songlap dan kena seleweng..Adakah ini juga salah Pak Lah dan Dr Mahathir juga???
Adakah hutang FELDA berbillion ini juga hasil ciptaan kepimpinan terdahulu??

Kalau benarlah.1MDB tu dah menjana berbillion keuntungan sehingga dapat hantar orang pergi Haji berpuluh puluh orang, kenapa hutang dengan IPIC terpaksa ditunda sehingga kena bayar panelti pula? Kenapa tak bayar ikut time??
Tak ke.gila namanya tu?

Ni kalau benar lah tiada sesen pun dana dari 1MDB terseleweng seperti yang didakwa  Najib dan Kerajaannya  kenapa MAS Singapura serta beberapa lagi.institusi kewangan luar negara menyiasat dan mengklasifikasikan " rantaian dana 1MDB" yang melalui sistem mereka sebagai " pengubahan wang haram" ?

Kenapa tidak diambil tindakan mahkamah kalau.Najib dan 1 MDB yakin bahawa mereka telah difitnah seperti yang didakwa olih penyokong UMNO dan Kerajaan sehinggakan.kepimpinan kerajaan Najib juga telah dilabel sebagai KLEPTROKASI?
Tak malu.ke atau tiada maruah lagi di mata dunia.

Cukup cukup lah Najib!!!

Berhenti lah dari menghalalkan segala salah laku sendiri.
Berpijak lah dibumi yang nyata.

Cukup cukup lah .
Meletak dan menuduh orang lain diatas kelemahan dan kegagalan diri sendiri hanya akan menyerlahkan kebodohan sendiri.

Orang nogori cakap "jangan jadi bangang"

Cahaya Al Majid




No comments:

Post a Comment