Monday 23 October 2017

THE PROMISED LAND: "KERETA KEBAL SABAH" BAKAL MEMBEDIL UMNO DAN BN

Bismillahirrahmanirrahim.

SABAH MENUKAR LANGSKAP

Nampaknya kemaraan dan kemarahan rakyat Sabah terutama mereka yang mendukung perjuangan Parti Warisan yang diterajui olih Shafie Afdal terhadap Kerajaan Pusat yang ditunjangi UMNO semakin membuak buak dan terserlah.

Nampaknya penyokong Parti Warisan yang mana penerajunya sedang ditahan reman olih SPRM tidak 'bisu" didalam mempertahankan ketua mereka.

Mereka sanggup beramai ramai berkumpul di perkarangan pejabat SPRM Sabah bagi.memberi semangat mahupun hadir bagi menunjukkan sifat 'kesatuan" bagi membuktikan kepada UMNO Kuala Lumpur bahawa apa yang sedang dilakukan olih SPRM terhadap ketua mereka sedikit pun tidak akan merubah persepsi mereka terhadap Shafie Afdal.

Apa yang terjadi , keyakinan mereka terhadap perjuangan Shafie Affal yang cuba "melepaskan Sabah" dari pengarian olih UMNO dan Kerajaan Pusat terhadap Sabah dapat dirungkai mahupun dibuka.

Sekarang UMNO Pusat mahupun Pemimpin Tertinggi UMNO dan BN sedang "mentertawakan' apa yang sedang dilalui olih Shafei Afdal namun disebalik gelak ketawa tersebut mereka alpa dan lupa bahawa yang diheret sekali adalah adik atau keluarga Shafei Afdal.yang mana mereka ini adalah Ketua UMNO Bahagian dan juga Wakil rakyat UMNO yang masih sah.

Walaupun Shafei Afdal belum lagi didakwa di mahkamah namun apa yang berlaku sekarang ini  cubaan untuk menampakkan sifat rasuah Presiden Warisan sedang ditampilkan .

Walaupun UMNO dan BN pusat menafikan keterlibatan mereka  dalam mengolah " kes rasuah" Shafei Afdal ini, namun persepsi orang Sabah terhadap watak Shafei Afdal berbeza sekali dengan pandangan orang Semenanjung.

Itu sebab Rahman Dahlan, Salleh Said Keruak mahupun Bung Mokhtar tidak berani untuk " menyampuk" mahupun" memberi komen pedas " terhadap kes Shafei Afdal ini.

Sebabnya mereka tahu dan nampak apa kelebihan yang mampu  dan bakal dizahirkan olih orang  orang Sabah terhadap UMNO Pusat dan BN. Dan mereka juga takut  akan "kekuatan" Shafei Afdal serta gerombolan nya.

Kalaulah dibuat perbandingan diantara semua pemimpin pemimpin UMNO Sabah di Pusat, " kekuatan akar.umbi" Shafei Afdal diibaratkan seperti akar.pokok balak dan inilah yang merungsingkan Musa Aman serta pendokong-pendokong Najib di Sabah.

Walau.apapun keputusan SPRM terhadap Shafei Afdal,.Dua malapetaka perlu UMNO depani.

1. Jika Shafei Afdal Hilang kuasa
2. UMNO terkubur di Sabah.

Sebabnya orang Sabah telah hilang peluang untuk menduduki jawatan  kedua tertinggi dalam negara mahupun UMNO iaitu jawatan Timbalan Perdana Menteri mahupun sebagai  Timbalan Presiden UMNO..

Untuk Rahman Dahalan atau Salleh Keruak mahupun Bung Mokhtar untuk menaiki tangga  sebagai Naib Presiden UMNO amat jauh atau sukar sekali buat mereka .

               Cahaya Al Majid

No comments:

Post a Comment