Saturday 21 October 2017

THE PROMISED LAND : KUD 2017 YANG GAGAL??

Bismillahirrahmanirrahim.

KARNIVAL YANG GAH PADA NAMA

Karnival Usahawan Desa sedang berlangsung dan hari ini adalah hari kedua. Ismail Sabri selaku Menteri KKLW dirasakan gagal dalam mencapai matlamat matlamat , kenapa dan mengapa KUD  diwujudkan.

Walaupun terdapat lebih 700 vendor bumiputra atau Melayu yang menyertai nya yang didatangkan dari seluruh pelusuk desa dinegara kita ternyata kurang sambutan dari warga kota mahupun yang berdekatan dengan Kuala Lumpur.

KKLW perlu tahu bahawa tujuan vendor menyertai Karnival ini bukan untuk membuat pameran barangan tetapi sebaliknya mereka mahukan agar barangan yang dijual vendor dapat dibeli olih pengunjung.

Kehadiran warga negara yang secara suka hati mahupun secara suci hati untuk datang dan memeriahkan karnival ini dilihat amat sedikit walaupun setiap hari publisiti Meletop diradio.

Walaupun anggaran pengunjung yang disasarkan adalah 1,000,000 orang namun sehingga ke saat ini sasaran itu amat jauh untuk dicapai.

Berbas bas warga luar bandar didatangkan berserta duit poket dibekalkan.
Tujuan hanya satu iaitu untuk meramaikan pengunjung.Duit poket antara RM30 ke RM50 seorang diberikan kepada mereka mereka ini, kehadiran mereka hanyalah untuk meramaikan saja dewan PWTC ini.

Namun " kuasa membeli" dikalangan yang didatangkan secara " dedak" ini  gagal merancakkan penjualan dibooth booth.

Juga pada hari pelancaran sewaktu kehadiran Najib, lebih kurang 12 bas dipenuhi dengan orang asli samaada dari BERA mahupun Banting yang diberikan " duit poket" atau " dedak sebanyak RM50 ringgit seorang telah memenuhi dewan pelancaran dan selebihnya adalah anggota dari berbagai ajensi kerajaan serta beberapa vendor saja.

Dan pada hari ini pula 4 buah bas lagi dipenuhi dengan orang asli dari Mantin dan Lenggeng N. Sembilan dengan duit poket yang diberi sebanyak RM40 memenuhi ruang legar PWTC. Namun sasaran vendor untuk membuat penjualan tetap masih sama atau lemah.

Majoriti vendor hanya berjaya mengutip jualan antara RM100 ke Rm 500 sehari pada hari pertama dan bagi hari kedua juga dikatakan lemah dan ini amat tidak berbaloi jika diukur dari waktu pembukaan jualan iaitu dari jam 10 pagi hingga 10 malam. Terdapat juga dibeberapa ruang niaga vendor yang lengang dari pengunjung.

Dari apa yang dilihat kesungguhan KKLW hanya lah terjurus kepada " show FREE" dari Artis artis tempatan. Dari ruang aras dua hingga aras empat berbagai corak persembahan diadakan tetapi artis yang diundang untuk cuba memeriahkan ruang booth makanan hanya artis kelas 3 disaji kan.

Berbanding dengan artis kelas A, konsert mereka diadakan didalam dewan tetapi yang menjadi masaalah,  PAS percuma telah diedarkan namun mereka mereka yang dapat PAS konsert ini hanya berminat untuk menyaksikan konsert berbanding untuk melawat booth booth.

Seawal 8.00 malam laluan dibooth booth terasa lengang dan kosong dan ini membosankan vendor vendor kerana pengunjung malam kebanyakkannya lebih berminat untuk tengok konsert.

Apabila acara konsert bermula kelihatan banyak ruang niaga vendor lengang dan kosong. Dan dari pengkongsian luahan luahan hati vendor, ramai dikalangan mereka mengambil keputusan untuk menutup booth seawal jam 8 malam walaupun waktu yang di galakkan menutup booth adalah jam 10 malam. Kerana kekurangan pengunjung maka booth ditutup awal.

Pada lewat petang pula kebanyakkan pengunjung yang datang hanya berminat untuk menyaksikan konsert percuma artis tanpa sudi melawat booth booth peniaga.

Vendor tertanya tanya atau KONFIUS  tidak tahu yang mana satu keutamaan KKLW, samaada nak tonjolkan konsert artis atau pun nak meningkatkan jualan vendor diKarnival KUD.

Walauapapun ramai vendor yang tidak pulang modal ataupun mengeluh kerana kurangnya jualan, maka, bolihlah disifatkan, hari pertama dan kedua sudah menampakkan kegagalan KKLW dalam mengendali dan mengelola program mereka sendiri.

Samaada KKLW sedar atau tidak akan kelemahan mereka ini,hanya vendor saja yang merasainya kerana terlalu banyak kelemahan dipihak penganjur.

Sebaiknya eloklah KKLW belajar dari Penganjur Expo Johor Bekemajuan yang berlangsung dua minggu lepas.
Penganjuran selama 9 hari yang amat berjaya.

Cahaya Al Majid


1 comment:

  1. Pada bangunan yang sama di adakan Pemukiman Jentera BN untuk PRU14 bagi tampak meriah.

    Rata rata mereka di peringkat DUN dan Parlimen tidak sabar menunggu PM istiharkan pilihanraya.

    Hakikatnya mereka tidak tahu di peringkat atasan tidak begitu yakin untuk menang dan tidak ada tanda² akan di adakan pada 2017.

    ReplyDelete