Wednesday 4 October 2017

THE PROMISED LAND : DIAKUI ANNUAR MUSA : PAS DAN UMNO - DNA YANG SAMA

Bismillahirrahmanirrahim.

DNA SAMA YANG KAFIRKAN UMNO
PATUTLAH SEMUANYA HAMLAU!!!!

Annuar Musa pemimpin kelahiran Kelantan ini mengakui bahawa PAS dan UMNO adalah dari DNA yang sama.

Berkemungkinan kata kata atau pandangan Annuar Musa ini hanya merujuk kepada kesepakatan atau persamaan mereka ketika ini.

PAS diterajui oleh Haji Hadi manakala Najib pula menerajui UMNO.

Sewaktu Nik Aziz masih hidup, hala tuju dan perjuangan PAS dilihat amat fokus dan jelas terutama didalam memerangi " kejahilan" UMNO sehinggakan PAS  sanggup bergabung dengan DAP dan PKR dalam membentuk pakatan Rakyat demi memerangi pemimpin UMNO dan BN.

Tetapi selepas Nik Aziz meninggal dunia PAS dilihat semakin hilang arah dan lari dari ajenda yang pernah di sepakati ketika arwah masih hidup.

Kenapa dan mengapa Hj Hadi bertukar arah tiada siapa tahu niatnya.

Walauapapun akhir akhir ini percambahan rasa ingin mendampingi pemimpin UMNO dan BN semakin ketara dan nyata .

Kenyataan yang keluar dari mulut Presiden PAS juga dilihat agak senada dengan Presiden UMNO dan tidak menyengat lagi seperti dahulu.

Samaada tujuannya ingin mengail hati pengundi UMNO atau memenangu hati pengundi atas pagar, hanya masa yang yang menentukan.

Tetapi melalui kenyataan yang dibuat Annuar Musa , menggambarkan bahawa kelompok PAS dan UMNO adalah dari DNA yang sama , banyak kebenaranya.

Disebabkan dari asal DNA yang sama, patutlah Presiden PAS Hj Hadi berani membuat Amanat yang mengatakan bahawa Ahli UMNO itu kafir dan UMNO tidak melompat, sebab kelompok mereka dari asal DNA yang sama, dua dua 'khafir".

Cahaya Al Majid










2 comments:

  1. Ali Imran 103 memperjelaskan tentang berpegang teguh dengan tali Allah.

    Perkara yang baik teruskan.

    Tetapi jika bersekongkol dalam maksud dan tujuan cenderung kepada kezaliman tunggulah dengan balasan Allah (Hud 113)

    ReplyDelete
  2. Tahniah!
    Pemikiran anda berdua sebaiknya dihayati dgn pengertian yg mendalam.
    Bukankah kedua puak ini sedang menuju kehancuran? Cuma berapa ramai yg benar2 sedar dan inginkan perubahan?
    Saya tidak sekali2 ingin bersekongkol dgn sebarang kemungkaran. Menukar yg buruk kpd yg lebih baik dan diredhai Allah adalah tugas KITA. Namun persoalan pokoknya tetap satu..
    MAHUKAH KITA ?
    Bagi saya.....WAJIB!
    Sesungguhnya tiada sebarang alasan yg mampu menyekat.

    ReplyDelete