Sunday 8 October 2017

THE PROMISED LAND: HILANG PUNCA

Bismillahirrahmanirrahim.

BEROKAH YANG HILANG

Bangsa Melayu yang beragama Islam sedikit demi sedikit mula hilang pegangan. Semua nya kerana mereka mula taksub dan terlena dengan kata kata samaada dari Pemimpin, ulama mahupun pengaruh pengaruh sosial media.

Berlandaskan kepada kekangan ekonomi yang membelangu keluarga serta kurangnya pendapatan maka gejala "menurut kata" atau " mejual harga diri" demi untuk mendapat sedikit bantuan demi kelangsungan hidup terpaksa dilakukan.

Pemimpin menjanjikan bermacam macam perkara demi "melembutkan" hati hati mereka yang " memberontak" namun apa yang sampai kepada mereka tidak seberapa jika diukur dari pengorbanan rakyat yang "terpaksa mendepani cukai" atau " membiayai kerajaan" dengan cukai GST setiap hari.

Namun begitu para para pemimpin politik tetap "menjual" cerita rekaan pemimpin demi "melalaikan" fikiran rakyat dengan dakyahnya.

Ada cerita yang dapat dihadam olih rakyat dan ada juga yang mempertikaikan namun keresahan tetap mengamit kehidupan seharian rakyat yang dalam terumbang ambing dan tidak menentu.

Kalau dahulu graduan tidak perlu risau untuk mendapat pekerjaan tetapi hari ini lulusan universiti belum tentu akan mendapat pekerjaan tetapi apa yang pasti " hutang PTPTN" adalah pasti buat mereka untuk ditanggung.

Kalau dahulu pendapatan Rm3000 sebulan bagi setiap seorang ketua rumah mampu untuk membeli rumah kediaman dan membiayai keluarga untuk sebulan tetapi kini RM3000 tidak lagi cukup menampung seisi keluarga dan mana mungkin cukup untuk membayar kos  bulanan pinjaman perumahan.

Kalau dahulu harga sebuah rumah teres setingkat tidak melebihi RM70 ribu tetapi kini telah meningkat 3 kali ganda. Kalau dahulu RM 20 ringgit cukup untuk belanja dapur seharian tetapi kini tidak lagi.

Alasan alasan yang diberi adalah peningkatan kos atau penawaran melebihi permintaan.

Dari segi pegangan dan kepercayaan terhadap  agama pula dilihat amat bercambah dan rancak. Namun dalam kerancakan ini, keterlanjuran kepercayaan, ramai yang sesat jalan.

Kalau dahulu Ulama dan ustaz banyak memainkan peranan penting dalam pembangunan masyarakat madani. Tetapi kini terdapat pula Ulama atau Ustaz yang berpaksikan kepada parti parti politik.

Kecondrongan ulama ulama dan ustaz ustaz politik dalam hal keagamaan , ramai yang dilihat extrim dan berat kepada kepentingan blok sendiri.

Lihat saja antara ulama atau ustaz politik, pandangan mereka selalunya menimbulkan perbezaan yang ketara apabila sesuatu isu berbangkit.

Isu RUU yang dibawa atau yang diusul olih PAS, perbezaan pendapat dan perbalahan pandangan selalu digoreng. Apa yang pasti mengaut keuntungan atau meraih laba politik telah menjadi kan masyarakat Islam berpecah.

Tetapi apa yang sedih, mengikut Perlembagaan Negara atau Perlembagaan Tubuh Kerajaaan dinegeri negeri, ketua Agama adalah Raja Raja ataupun Sultan, tetapi, ahli politik dan puak yang berkepentingan selalu membelakangkan Institusi Beraja ini.

Apabila isu agama atau kepentingan agama diambil alih olih orang orang politik, maka, timbul lah bermacam macam kelompok dalam masyarakat.

Renung kembali isu Memali, kenapa benda ini terjadi atau kenapa timbul kumpulan Daesh ,IS dan bermacam macam lagi kumpulan? Semua ini tumbuh kerana dendam dan kepercayaan yang ekstrim yang dibawa olih " kelompok cari makan dengan jalan mudah". Jual agama demi kepentingan itulah yang terjadi.

Makanya, hari ini apa yang telah disemai sedari dahulu telah mula membuahkan hasilnya.
Ramai dikalangan masyarakat tidak lagi menghormati institusi agama. Bahkan fatwa fatwa yang dikeluarkan olih Kerajaan juga mula dipertikai keberkesananya.

Ulama dan Ustaz tidak lagi dipandang tinggi olih masyarakat sebabnya kebanyakkan dari mereka ini diangkat olih orang politik dan bukan lagi dari Istana Raja mahupun Sultan. Inilah yang membezakan.

Kalau dahulu Raja Raja mahupun Sultan meletakkan Ulama dan Ustaz sebagai role model bagi masyarakat Melayu dan Islam, tetapi kini , semua itu hanyalah sejarah.

Disebabkan keterlekaan pemimpin politik dalam membolot kekayaan dan kuasa, maka tempias dari kerakusan mereka itu telah mula menyusahkan kehidupan rakyat.

 Kepentingan agama bagi mereka bukan lagi keutamaan tetapi dianggap  sebagai barang dagangan.

                Cahaya Al Majid




2 comments:

  1. Dari rakyat sampailah kepada raja..

    Ada sesiapa lagi di bumi malaysia ini yang takut pada Allah (?)

    Kadangkala maksiat dan korup pun, si kapir yang beri peringatan kepada kita (?)

    ReplyDelete
  2. Betul Bro. Itu yang memalukan bangsa kita tetapi yang paling terkesan adalah agama Islam.

    ReplyDelete