Monday 9 October 2017

THE PROMISED LAND : KATEGORI AMPU AMPUAN

Bismillahirrahmanirrahim.

BODEK DAN AMPU SELAGI BOLIH
HARGA DIRI TAK BERNILAI LAGI

Ampu ada beberapa jenis ampu. Ada yang mengampu untuk jawatan ada ampuan untuk dapat nama dan ada ampu untuk mengangkat diri dan ada ampu sengaja untuk membodek.

Bukan saja mengampu pemimpin malahan mengampu Raja Raja dengan berbagai bagai hadiah atau sumbangan demi untuk mendapat gelaran juga semakin menjadi jadi.

Tetapi yang tak bolih tahan adalah ampuan pemimpin politik terhadap ketua atau Bos besar.

Apa yang ketara adalah pengampuan keatas Pemimpin atasan atas sebab diri sudah terpalit dengan berbagai skandal terutama rasuah atau sedang menghadapi siasatan salah guna kuasa .
Dengan harapan semoga kes yang dihadapi bolih diketepikan atau di"frozenkan".

Diantaranya Annuar Musa yang sedang disiasat terhadap kes penjualan atau pembelian hartanah MARA serta salah.guna kuasa tentang pembiayaan TRW olih MARA.

Isa Samad sebolih bolihnya mahu menyelamatkan diri dari di dakwa atas tuduhan atau dakwaan salah guna kuasa dan rasuah tentang kerugian FGV dan juga terhadap Felda.

Pengampuan Ahmad Maslan terhadap dasar Najib yang konon dengan cukai GST barang akan lagi murah.

Pengampuan Fuad Zarkashi yang kalah dalam PRU 13 terhadap Najib dengan "membalun" musuh besar Najib iaitu Bekas Presiden UMNO iaitu Dr MAHATHIR yang telah mengangkat nama UMNO diera pemerintahannya dengan telahan telahan yang meragui seperti pemberian RM 1 billion kepada Lum.Kit Siang.

PEMBODEKAN Rahman Dahlan dari Sabah yang dilantik Najib sebagai Menteri yang kebolehannya diragui olih orang semenanjung.

Begitu juga dengan ampuan silih berganti dan berapi api  Saleh Kruak terhadap kepimpinan Najib yang dilabel sebagai KLEPTROKASI olih dunia.

Tak.ketinggalan juga terhadap ampuan ampuan olih ahli Majlis Tertinggi UMNO terhadap Najib dan Rosmah kini juga.

Namun ampuan dan pembodekan ini membuatkan rakyat meluat dan loya apabila kata kata mereka terpapar di media.

Namun apa yang dilakukan adalah semata mata untuk kepentingan diri sendiri.

Namun perlakuan pengampuan mereka ini bakal diadili oleh rakyat apabila berlangsungnya PRU 14 yang dinanti.

Samada pengampuan dan pembodekan ini dapat merubah landskap pandangan rakyat, sama sama kita lihat keputusannya.

Cahaya Al Majid

1 comment:

  1. Pengampuan yang paling huduh dan hina tentunya mengampu diri sendiri dan menggunakan kuasa untuk orang akur dan setuju dialah yang hebat.

    Lebih teruk mengampu dirinya sendiri di hadapan publik.

    Pelacur pun kadangkala bersembunyi atau berlindung ketika menawar perkhidmatan.

    Wallahua'alam

    ReplyDelete