Tuesday 10 October 2017

THE PROMISED LAND: BANGSA YANG SEDANG DIRUDUMKAN NAJIB!

Bismillahirrahmanirrahim.

UMNO DALAM MENANAM KETAKUTAN

Hari ini maka berkata katalah si Salleh Keruak yang bertujuan untuk menakutkan orang Melayu terutama ditujukan terhadap Melayu UMNO bahawa Lim Kit Siang berharapan untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia kerana dakwa nya Parti DAP adalah parti paling dominan atau mempunyai kerusi lebih berbanding rakan sekutu lain dalam Pakatan Harapan.

Sedih dan kesian juga terhadap pemikiran wakil UMNO dari Sabah ini.
Tak tahu nak kata apa lagi.

Apa yang bolih ditakrifkan terhadap otak Menteri yang dilantik ikut pintu belakang ini cuma satu saja, iaitu " Melayu Semenanjung" bukan tidak berotak seperti beliau. Itu saja.

Mungkin Melayu atau bumiputera terutama UMNO  Sabah jenis bangsa yang suka makan dedak dan ikut telunjuk pemimpin yang mana jari pemimpin mereka tetap berkait.

Kerana ketakutan hilang jawatan dan kuasa maka " isu DAP jadi Perdana Menteri" diulang ulang ditelinga Melayu dan Bumiputra.

Itulah perumpamaan yang sepatutnya buat mereka.

Berhentilah menggunakan sentimen Cina DAP dalam meraih sokongan dari rakyat. Kalau benar UMNO dan BN selama ini benar benar mementingkan hak Melayu dan Bumiputera serta Perdana Menteri tidak berdolak dalik dalam kemasukkan dana RM2.6 billion keakaun peribadi beliau serta tiada keborosan mahupun ketirisan dalam pentadbiran, nescaya, rakyat akan menyokong.

Tetapi disebabkan terlalu banyak keborosan pemerintahan Najib serta ketirisan dalam projek yang dilaksanakan sehingga memudaratkan ekonomi serta kehidupan rakyat, maka, hari ini, rakyat telah mula menyuarakan ketidakpuasan hati.

Salah kah rakyat mahu mengubah Kerajaan pada PRU14?

Kita sebagai  umat Melayu yang beragama Islam dan berpegang teguh kepada ajaran Al-Quran  berasa amat.malu dan terhina apabila pemimpin yang terang terangan melakukan kemungkaran tetapi masih  mahu dipertahankan?

Kegilaan apa kah ini??

Kalau Najib ingin diangkat oleh kelompok Menteri nya serta ahli ahli UMNO dan BN, kategori apa yang layak dipadankan terhadap Najib bilamana anak tirinya sendiri , yang amat rapat dengan dirinya, sanggup menerbitkan filem lucah, bapa atau ketua keluarga jenis apa kah ini?

Adakah Najib dan Rosmah berjaya mendidik dan mentarbiah anakmya mengikut ketetapan agama Islam?
Kalau ahli keluarga sendiri pun gagal beliau bimbing.inikan rakyat yang ramai.

Jadi kepada Salleh Keruak cukup cukuplah dalam cubaan untuk memperbodoh dan menakutkan rakyat.
Tak dapat mana nya!!!

Lagipun dalam UMNO dan BN pemimpin nya ramai yang korup dan tak berakal.
Macammana nak dijadikan mereka ini contoh atau teladan untuk anak anak muda dan umat Islam.

Jadi eloklah rakyat berusaha untuk mengubah apa yang ada sekarang agar negara ini selamat dari bala.

Cahaya Al Majid






2 comments:

  1. Dari segi perlembagaan Lim Kiat Siang boleh jadi PM.........apa nak dihairankan?

    ReplyDelete
  2. KALO DOLU-DOLU LIM KIT SIANG SATU-SATUNYA MUSOH KETAT MADEY
    BILA TERSEPIT LIM KIT SIANG KAH3 DAH JADI KAWAN AKRAB MADEY
    JANGAN LUPA MADEY PAKAR KAMBING-HITAMKAN KAWAN DAN LAWAN....

    ReplyDelete