Tuesday 10 October 2017

THE PROMISED LAND: KEUTAMAAN NEGARA TIDAK DISENTUH!

Bismillahirrahmanirrahim.

Mana satu lebih utama
    Isu Dobi Islam atau
    Isu KLEPTROKASI

Maka bertitah lah Majlis Raja Raja Melayu tentang keperluan untuk umat Islam bertelorensi dengan bangsa asing.

 Apa yang dikategori sebagai bangsa asing adalah merujuk kepada Kaum Cina dan India yang menjadi komposisi utama dalam masyarakat Malaysia.

Sebenar nya isu Dobi yang viral sebelum ini bukanlah perkara "besar" pun untuk diulas olih Mufti mahupun Ulama politik.

Tetapi apabila isu ini disambut olih rakyat terutama umat Islam yang merasakan kesucian agamanya mahu diangkat ke satu tahap lebih tinggi tetapi malangnya isu ini ditentang.

Tetapi kini Majlis Raja Raja Melayu mengeluarkan kenyataan yang mahukan agar umat Islam mengamalkankan sikap toleran serdahana dan inklusif.

Tidak cukup kah toleransi umat Islam terhadap bangsa lain?
Tidak cukup kah perpaduan yang ditonjolkan olih umat Islam terhadap bangsa dan penganut agama lain dinegara ini?

Atau apa lagi yang mereka mahu??

Cahaya Al Majid


2 comments:

  1. 1. Isu pengasingan dobi layan diri adalah hak peribadi pemilik dobi. Namun jika pengasingan disebabkan alasan pakaian bukan Muslim kotor atau najis secara pukal adalah tidak wajar dan saya menjunjung titah Tuanku Sultan Johor dalam isu ini.

    2. Islam tidak pernah memperlekehkan mana-mana bangsa secara pukal. Islam sangat menghormati kemuliaan insan tidak kira dari apa bangsa sekalipun. Perbuatan menghina bangsa secara pukal bukanlah ajaran Islam walaupun yang menghina itu memakai serban dan berjubah.

    3. Benar Islam mengajarkan cara bersuci. Bahkan Islam adalah agama yang menitik beratkan tentang kebersihan. Namun, memandang lekeh suatu bangsa kerana tidak "basuh" anggota kemaluan setelah buang air secara semberono tidak wajar. Ini kerana istinja' (menyucikan diri setelah buang air) tidak hanya terhad dengan basuhan air. Bahkan ia boleh menggunakan tisu, batu dan semua benda yang kesat dengan syarat minima 3 kali sapuan dan menghilangkan fizikal najis berkenaan. Ini adalah rukhsah (kemudahan) yang Islam gariskan. Salman al-Farisi berkata:

    Maksudnya: sesungguhnya Nabi muhammad sallallah alaih wasallam melarang kami menghadap kiblat sewaktu buang air, larang kami beristinja' menggunakan tangan kanan dan melarang kami beristinja' menggunakan kurang dari tiga biji batu dan larang kami beristinja menggunakan tahi kering (haiwan) dan tulang. (HR Abu Daud dan Tirmizi,kata Tirmizi: hadis hasan sahih)

    Jelas dalam hadis ini beristinja' menggunakan batu dibenarkan dan ulama luaskan maknanya dengan mengatakan semua benda kesat selain tulang, tahi kering dan makanan dibenarkan. Walaupun istinja' Dengan air itu afdhal.

    Saya tidak pasti apakah hinanya beristinja' Dengan selain air?

    4. Berkaitan kenyataan beliau: "pakaian orang Islam perlu suci dan menyucikan" itu juga mengelirukan. Benar pakaian orang Islam perlu suci terutama jika ingin melakukan solat. Namun baju yang menyucikan itu bagaimana? Adakah beliau berwuduk dan mengangkat hadas dengan baju beliau? Atau beliau beliau berwuduk atau beristinja' dengan baju beliau? Sehingga baju beliau dianggap menyucikan?

    5. Kepada bangsa cina, saya menegaskan bahawa Islam tidak membenci bangsa anda. Jika ada ustaz yang menyemai kebencian kepada mana-mana bangsa itu hanyalah pandangan peribadi beliau dan ia tidak mewakili Islam. Saya kesal dengan kekeliruan ini.

    6. Saya kira elok juga kita "basuh mulut" kita sebelum nak cela orang lain tidak basuh diri selepas buang air.

    Dr Rozaimi Ramle




    ReplyDelete