Wednesday 11 October 2017

THE PROMISED LAND: PAKATAN HARAPAN VRS PAKATAN PASUMNO

Bismillahirrahmanirrahim.

HELAHNYA UNTUK PERPADUAN
MELAYU

Kerana keyakinan akan kecundang di PRU 14, maka strategi penyatuan Bangsa dan Agama dijadikan alasan.

Melalui kenyataan yang dibuat olih Ketua Penerangan UMNO  Annuar Musa, UMNO telah memberikannya "lampu hijau" untuk Najib meneruskan perbincangan mengenai kerjasama politik atau Pakatan Politik .

Tidak tahu apa haleh sebenar UMNO melontarkan persetujuan pakatan ini, tetapi kalau dilihat dari segi politik nya, amat ketara sekali bahawa " keterdesakan" UMNO amat terserlah.

Mengambil kira dari ulasan ulasan terdahulu dari pemimpim pemimpin PAS, pakatan.yang hendak jelmakan ini agak mustahil untuk di laksanakan.

Perbezaan pendapat dan pandangan dari kepimpinan tertinggi PAS terhadap UMNO juga nampak kejanggalan yang nyata.

Sejauh mana keputusan UMNO dan Najib dalam menubuhkan Pakatan ini akan dapat diterima olih seluruh ahli PAS amatlah diragui. Tetapi Mengeliru dan memanipulasi fikiran ahli PAS adalah ajendanya.

Sekali pandang dapatlah disimpulkan bahawa tujuan Annuar Musa dan UMNO dalam isu pakatan ini politik adalah bertujuan untuk mengekalkan kuasa atau mengekalkan kerusi kerusi wakil rakyat yang mereka miliki agar ahli PAS tidak menolak calon mereka tetapi sebaliknya menolak calon dari Pakatan Harapan.

Samaada kepimpinan PAS sanggup menafikan semua  kenyataan Annuar Musa ini , semuanya bergantung kepada kata putus Presiden PAS iaitu Haji Hadi.

Cahaya Al Majid


No comments:

Post a Comment