Thursday 12 October 2017

THE PROMISED LAND : RENUNGAN JUMAAT : DILEMMA BUAT MELAYU DAN UMAT ISLAM .

Bismillahirrahmanirrahim.

PENYATAAN ALLAH SWT
                 DAN
PEGANGAN MANUSIA

Firman Allah SWT tentang pelebelan olih ALLAH SWT terhadap orang kafir adalah nyata dan terang serta disebutkan didalam Al Quran.

Tetapi kini, pelabelan dari Allah SWT melalui Firman Nya seperti yang dinyatakan didalam Al Quran dijadikan senjata pula olih orang bukan Islam dalam mempertahankan 'hak dan diri mereka' agar pelabelan dari Allah SWT itu tidak ditujukan terhadap mereka.

Inilah yang telah dilakukan dan yang telah diucapkan olih Zamihan ketika beliau berucap diceramah ceramahnya sebelum ini.

Adakah pelabelan olih Allah SWT terhadap kaum yang dianggap kafir olih Allah  SWT dan apabila kita mengulangi amaran Allah SWT itu melalui ceramah mahupun dakwah, adakah ini merupakan satu kesalahan?

Tidak boleh kah kita memanggil mereka yang tidak beriman dengan Al Quran dan yang menafikan bahawa Tuhan sebenar tuhan atau Yang Maha Esa adalah Allah SWT sebagai orang kafir menjadi kesalahan dinegara ini.

Adakah menjadi kesalahan juga apabila kita mengatakan orang Kristian dan bangsa lain yang tidak menyembah Allah SWT  itu sebagai kafir?

Salahkah Zamihan apabila didalam ceramah nya  beliau mentakrifkan Christian atau penganut agama lain sebagai kafir didalam penyampaian kuliaah beliau mahupun ceramahnya apabila rata rata yang hadir dan mendengarnya adalah umat Islam?

Adakah apa yang disampaikan oleh Zamihan.itu merupakan satu hasutan?

Kalau.benar. kes ini ingin dikategorikan sebagai akta hasutan maka adakah pemerintah Malaysia.ingin malebelkan bahawa Al Quran itu juga  berunsur hasutan  dan firman Allah SWT itu juga hasutan dan adakah Nabi Muhammad yang dijunjung Umat Islam itu juga mahu dilabel sebagai pembawa agama hasutan??

Yang mana satu umat Islam dan umat Melayu mahu mempertahankan?

              Cahaya Al Majid


3 comments:

  1. LUASKAN PEMBACAAN, MAKA LUASLAH PANDANGAN.

    Baik basuh mulut kamu dulu sebelum cela orang, pesan Rozaimi pada Zamihan
    MALAYSIA DATELINE
    Seorang pengkaji hadis, Dr Rozaimi Ramle menasihati pihak tertentu agar membasuh mulut dahulu sebelum mencela orang lain yang tidak membasuh diri dengan air selepas membuang air.

    “Saya kira elok juga kita ‘basuh mulut’ kita sebelum nak cela orang lain tidak basuh diri selepas buang air,” tulis beliau dalam Facebooknya ekoran panas isu seorang penceramah menghina orang bukan Islam dan Sultan Johor.

    Penceramah agama yang juga kakitangan Jakim itu kini ditahan reman polis bagi membantu siasatan.

    “Viral satu video seorang ustaz yang menyebut bangsa Cina yang dikatakan biasanya tidak basuh kemaluan setelah buang air.

    “Oleh kerana itu, beliau menyokong diasingkan dobi antara muslim dengan bangsa Cina untuk memastikan pakaian Muslim ‘suci lagi menyucikan’,” tulisnya mengulas isu berkenaan.

    Penceramah agama kontroversi, Dr Zamihan Mat Zin ditahan polis selepas memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi semalam.

    Zamihan mencetuskan kontroversi apabila mengkritik Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkaitan isu dobi untuk orang Islam.

    Bagi Rozaimi yang mempunyai PhD dalam ilmu hadis itu, beristinja’ atau menyucikan najis dari badan bukan sekadar menggunakan air sahaja bahkan boleh dengan kertas tisu.

    Benar, katanya Islam mengajarkan cara bersuci. Bahkan Islam adalah agama yang menitikberatkan tentang kebersihan.

    Namun katanya, memandang lekeh suatu bangsa kerana tidak membasuh anggota kemaluan setelah membuang air secara semberono adalah tidak wajar.

    Ini kerana istinja’ (menyucikan diri setelah buang air) tidak hanya terhad dengan basuhan air.

    “Bahkan ia boleh menggunakan tisu, batu dan semua benda yang kesat dengan syarat minima 3 kali sapuan dan menghilangkan fizikal najis berkenaan. Ini adalah rukhsah (kemudahan) yang Islam gariskan,” katanya.

    Beliau memberikan satu hadis yang bermaksud:

    “Sesungguhnya Nabi Muhammad s.a.w. melarang kami menghadap kiblat sewaktu buang air, larang kami beristinja’ menggunakan tangan kanan dan melarang kami beristinja’ menggunakan kurang dari tiga biji batu dan larang kami beristinja menggunakan tahi kering (haiwan) dan tulang.” (HR Abu Daud dan Tirmizi, kata Tirmizi: hadis ini hasan sahih)

    Jelas katanya, dalam hadis ini beristinja’ menggunakan batu dibenarkan dan ulama luaskan maknanya dengan mengatakan semua benda kesat selain tulang, tahi kering dan makanan dibenarkan. Walaupun beristinja’ dengan air itu afdhal.

    “Saya tidak pasti apakah hinanya beristinja’ dengan selain air?” katanya.

    Berkaitan kenyataan Zamihan bahawa “pakaian orang Islam perlu suci dan menyucikan”, beliau menyifatkannya sebagai mengelirukan.

    “Benar pakaian orang Islam perlu suci terutama jika ingin melakukan solat. Namun baju yang menyucikan itu bagaimana? Adakah beliau berwuduk dan mengangkat hadas dengan baju beliau? Atau beliau berwuduk atau beristinja’ dengan baju beliau? Sehingga baju beliau dianggap menyucikan?” katanya.

    Kenapa benci Cina

    Rozaimi menegaskan, umat Islam tidak boleh membenci bangsa lain khasnya Cina.

    “Kepada bangsa Cina, saya menegaskan bahawa Islam tidak membenci bangsa anda. Jika ada ustaz yang menyemai kebencian kepada mana-mana bangsa itu hanyalah pandangan peribadi beliau dan ia tidak mewakili Islam. Saya kesal dengan kekeliruan ini,” kata Rozaimi yang mempunyai ramai pengikut itu.

    Rozaimi juga menegaskan, isu pengasingan dobi layan diri adalah hak peribadi pemilik dobi.

    “Namun jika pengasingan disebabkan alasan pakaian bukan Muslim kotor atau najis secara pukal adalah tidak wajar dan saya menjunjung titah Tuanku Sultan Johor dalam isu ini,” katanya.

    Katanya, Islam tidak pernah memperlekehkan mana-mana bangsa secara pukal.

    “Islam sangat menghormati kemuliaan insan tidak kira dari apa bangsa sekalipun. Perbuatan menghina bangsa secara pukal bukanlah ajaran Islam walaupun yang menghina itu memakai serban dan berjubah,” katanya.

    ReplyDelete
  2. Kesimpulannya, orang kecik tak boleh hina orang besar.

    Orang ada kuasa boleh hina orang tak ada kuasa.

    Melayu boleh diusik sampai ke lubang cacing..tetapi tidak pada "yang" lain.

    ReplyDelete
  3. Bukan berkaitan orang kecik atau orang besar tetapi berkaitan JIWA kita.
    Jiwa kita besar atau kita berjiwa kecil dan sempit.......?????
    Berjiwa besar, kita tak tumpukan perhatian kepada isu-isu remeh temeh
    sampai di bincangkan berminggu-minggu dan berbulan-bulan.
    Jiwa besar tak menghina bangsa dan agama lain sebaliknya berusaha
    untuk memajukan diri supaya dikagumi dan ingin diikuti oleh mereka.
    Kalau asik memikirkan benda yang remeh temeh, kekallah
    kita tak berubah. Sentiasa merasa diri superior sedangkan sebenarnya
    kita berserabut dengan rasa inferiority komplek sebab itu kita susah
    payah cari keburukan orang lain.
    Kita kata Melayu Singapura ketinggaln,tersepit dan hina sebab duduk di bawak kerajaan yang dipimpin bukan melayu dan b ukan Islam.
    Padahal, jika di bandingkan Islam di Malaysia dengan Islam di Singapura, Islam di Singapura jauh advance.
    Mereka tida tumpu perhatian kepada benda remeh temeh.
    Ya, orang kapir berkuasa, so........????
    Adakah kita perlu menagis dan kutuk mereka............???
    Belajarlah jadi mansuia berjiwa besar.
    Di Singapura, orang kapir pun kagum dengan pengurusan mesjid.
    Mesjid bukan sahaja menjadi tempat orang beribadah tetapi juga
    pusat dakwah, pusat latihan kemahiran, disediakan makanan dan
    tempat tinggal untuk para musafir tidak kira agama dan bangsa.
    Akhirnya, even orang kafir jadi terpesona.
    Ramai kafir masuk Islam kerana terpesona dengan 'jiwa besar' orang
    Islam di Singapura.
    Sesekali, bukalah minda dan melawat mesid dan pusat-pusat kemasayarakatan Islam di Singapura.
    Tengok dengan mata kepala sendiri.
    Terasa diri amat kecil berbanding dengan kejayaan mereka dalam dunia yang serba terhdempet.

    ReplyDelete