Sunday 15 October 2017

THE PROMISED LAND: "NAFSU SHAHWAT TINGGI"

Bismillahirrahmanirrahim.

TAPI PAS TAK STIM!??

Tak terkata kata apabila Tok PA melafazkan  kecamannya terhadap PAS dengan ungkapan " nasfu shahwat tinggi" yang saya rasa paling "world" diwaktu ini.

 Diwaktu Annuar Musa sedang sibuk mengatakan bahawa "persefahaman" antara UMNO dan PAS sedang terjalin "kecaman" terhadap PAS terpacul olih mulut Tok PA.

Mengungkit ungkit segala pemberian olih kerajaan Pusat kepada Kelantan dijadikan landasan untuk membalun kegagalan PAS dalam membangunkan Kalantan dan mengalakkan ekonominya.

Nampaknya apa yang dilaungkan olih Annuar Musa terhadap "penyatuan" dua gerombolan politik ini hanya mainan mulut manis UMNO dan Annuar Musa saja demi mengelak alik hati dan fikiran akar umbi PAS.

Dalam hal yang lain pula PAS tetap melekeh perhimpunan yang dianjurkan Pakatan Harapan. Bermacam macam perbandingan dilakukan.  Dengan angkuh PAS mengaku bahawa mereka berjaya mengumpul lebih kurang 200,000 ahlinya dalam perhimpunan diTerengganu dua minggu lepas.

Namun apa yang pasti hala tuju PAS dilihat kabur dan tidak jelas dalam perjuangan mereka . Tidak tahu apa dan keperluan apa untuk mengangkat PAS sebagai Pemerintah dimana kerusi yang ingin ditandingi juga tidak cukup untuk membentuk Kerajaan.

Apa yang.ingin diperjuangkan untuk rakyat juga tidak diterjemahkan kepada rakyat. Dan apa menafaat buat rakyat juga tidak dinyatakan secara details .

Tidak seperti Pakatan Harapan, walaupun kehadiran penyokongnya tidak mencapai angka yang diinginkan  namun kehadiran lebih 10000 ribu orang sudah memadai kerana hala tuju dan tujuan serta keazamananya  dalam memulih imej sebagai negara KELEPETROKASI adalah jelas kelihatan dan terang.

Keazaman untuk meringankan bebanan rakyat kerana kemerosotan ekonomi dan kemerosotannya nilai matawang adalah keutamaan disamping mengheret mereka yang menyebabkan hutang 1 MDB RM 50 billion SERTA kes dana FELDA lesap atau diseleweng yang menyebabkan rakyat dan warga peneroka menjunjung hutang akan disiasat dan didakwa.dimahkamah.

Hala tuju Pakatan Harapan Amar jelas dan nyata namum.buat PAS apa yang digembar gemburkan hanyalah RUU 355 yang entah kemana dan tidak.berkesudahan.

Samaada PAS sedar atau.sengaja membutakan hati, tanpa sokongan dari pengundi bukan Melayu atau gabungan dari parti bukan Melayu , peluang untuk beroleh kemenangan adalah mustahil .

Kemungkinan strategi PAS adalah untuk bergabung dengan UMNO bila mana UMNO atau BN kurang majoriti untuk membentuk Kerajaan dan disinilah helahnya.

Walau apapun.yang ingin dicapai olih PAS mahupun Pakatan.Harapan atau UMNO dan BN keperluan undi Sarawak dan Sabah adalah penentu segalanya dalam membentuk Kerajaan.

Siapa yang dapat "membeli" hati pengundi Sabah dan Sarawak, maka,  kelompok merekalah yang bakal menerajui negara untuk itu keupayaan PAS amatlah diragui.

Cahaya Al Majid

1 comment: