Bismillahirrahmanirrahim.
Kita ingat benar benarlah bekas Timbalan Menteri Kewangan iaitu Husni Hanadzlah benar benar mahu meninggalkan portfolionya dalam Kementerian Kewangan kerana terkesan dengan 1MDB seperti yang beliau dakwa sebelum ini.
Dengan alasan mahu mendalami ilmu agama di luar negara maka segala jawatan beliau dalam partinya diserahkan cuma jawatan sebagai Ahli Parlimen saja yang beliau kekalkan.
Mengimbau kembali 15 bulan yang lepas dimana ada satu ketika dalam perbahasan dalam Parlimen beliau mempertikaikan keperluan keberadaan 1MDB dan adakah sosok sosok yang terlibat akan dibawa kemuka pengadilan?
Namun dengan pertanyaan tersebut beliau telah dipanggil untuk memberi keterangan di ibu pejabat polis.
Selepas itu sosok Husni Hanadzlah terus ghaib dipersada arus perdana politik.
Samaada benar benar beliau pergi untuk melanjutkan pengajian agamanya diluar negara tidak pula diketahui. Hanya beliau saja yang tahu jawapan nya.
Hujan tidak ribupun tidak, tetapi kalau hujan dan ribut membadai Pulau Pinang dan sebahagian negeri Kedah itu kita fahamlah, sebab cuaca dan serta taburan hujan yang tinggi pada satu hari. Maka wajiblah banjir dan kecoh satu negara.
Ini tidak.. ketika dalam.sidang parlimen.. tup tup ..meletup menuduh ada "anak buah" nya diliwat olih Anuar Ibrahim.
Peergh...Bolih bikin gawat ni....
Adakah Husni Hanadzlah pasti dengan tuduhan atau dakwaan itu?
Apa yang diucapkan dalam perlimen pasti dicatat semuanya.
Kita sebagai seorang manusia yang sempurna akal fikiran dan berpegang pada kitab Allah SWT , bolih kah kita menerimanya segala tudhan mahupun dakwaan Husni Hanadzlah itu tanpa disokong dengan bukti?
Peergh...Hancur pegangan umat Islam ni.
Adakah kerana Husni Hanadzlah mahu "mengendurkan" kepanasan Najib terhadap dirinya , yang lantang tentang bicara nya berhubung 1MDB dan sosok sosok yang terlihat dahulu?
Kalau benarlah tuduhan Husni Hanadzlah terhadap Anuar Ibrahim itu mahu dipersaksikan olih Allah SWT, sepatutnya beliau menyebut dengan nama Allah SWT dan jadikan Allah SWT sebagai saksi kepada kata katanya, barulah , kata kata atau tuduhan HUSNI Hanadzlah itu bolih diangkat tanpa ragu.
Tetapi kalau sekadat mahu mengangkat Boss dan takut kepada terbongkarnya rahsia rahsia sendiri, maka, nanti kan lah azab api neraka atau tunggulah azab dunia dari Allah SWT didepan rumah kamu.
Memohon keampunan dan kemaafan dari manusia lebih berat berbanding mohon keampunan dari Allah SWT.
Jadi...bersihkanlah hati..Dan ingat Allah SWT banyak banyak.
Cahaya Al Majid.
No comments:
Post a Comment