Bismillahirrahmanirrahim.
URUSIN TEPI KAIN KAMU
JANGAN REPOT REPOT HAL
RUMAHTANGGA KAMI.
Hanya Melayu yang tiada jati diri saja yang mahu mengangkat " suku" nya.
Kalau di Indonesia pun mereka tetap mengaku sebagai " bangsa Indonesia", dan bukan mahu dikenali melalui suku kaumnya maka apa hal Jusuf Kalla mahu Dr Mahathir minta maaf tentang isu suku Bugis pulak?
Hebat sangat kah suku Bugis di Indonesia tu??
Bagida Sultan Johor dan putera putera Baginda pun dari keturunan Bugis.. Tidak pulak Baginda Sultan mahu di kenali sebagai Bangsa Bugis.mahupun berbangga dengan suku Bugis tetapi , sebaliknya Baginda mahu diri Baginda dikenali sebagai orang Melayu Bangsa Johor .
Baginda perihatin dan arif , bahawa, sekiranya rakyatnya terikat dan terbawa-bawa dengan "suku kaum" maka ianya hanya akan menggagalkan penyatuan rakyat seperti yang diinginkan baginda Sultan tetapi apabila Baginda meletakkan Bangsa Johor sebagai ' jati diri rakyatnya maka perpaduan dikalangan rakyat terbentuk secara sendiri. Tahniah Tuanku.
Kini semua bangsa dan keturunan di Johor, amat berbangga sekali untuk mengaku diri sebagai Bangsa Johor.
Waima kaum Cina dan India pun berbangga untuk mengaku sebahagian dari rakyat Bangsa Johor.
Ini baru Sultan yang berpandangan jauh dan peka dengan peradaban bangsa serta kemahuan rakyat.
Barulah Sultan disanjung dan disayangi.
Olih itu tidak usahlah Jusuf Kalla cuba menangguk ikan diperairan Malaysia.
Sekiranya Jusuf Kalla selaku Timbalan Presiden Indonesia masih mahu " suku Bugis"nya diangkat, angkat lah semahunya dinegaranya sendiri, kerana di Malaysia kita mahu mengangkat bangsa Melayu sebagai cerminan jati diri yang bersultan dan Beraja kan Raja Raja Melayu serta yang bertuankan kepada Yang Di Pertuan Agong sebagai lambang penyatuan Bangsa bangsa dinegara ini.
Untuk itu kepada Jusuf Kalla jagalah tepi kain sendiri dari cuba mengintai apa yang ada dalam balutan kain tersebut.
Salam.
Cahaya Al Majid.
Jusuf Kallu seharusnya memohon maaf kepada Malaysia dan rakyat negara ini bagi pihak Indonesia kerana berkali2 menghina negara ini dan rakyatnya. Ingat tak para demonstran membaling najis ke arah keduataan Malaysia di Jakarta: itu satu insiden sahaja. Banyak lagi boleh diungkit. Apa Jusuf Kalla buat? Takut pada rakyat sendiri dan membiarkan mereka membuat apa sahaja mereka suka terhadap Malaysia?
ReplyDeleteKini Tun M bercakap tentang manusia yang mengistiharkan dirinya pahlawan Bugis yang tak akan menyerah kalah dan sedia berperang dengan musuh2nya. Apa kena mengenai dengan Jusuf Kalla. Sudahlah Kalla Kalla. Jagalah negara sendiri supaya tak menghina negara lain yang sama berdaulat.
.....^.....
ReplyDeleteSEKALI PANDANG BUGIS DGN DAENG SATU RUMPUN SAMA SERUPA.
DUA KALI PANDANG RUPANYA BUGIS DGN DAENG SEDIKIT BERBEDA..
ORANG2 BUGIS ADA BERTARAP WARGA BIASA ADA YG BERDARAH RAJA.
ORANG2 BUGIS BERJIWA BERANI PELAYAR PINTAR BERMAIN SENJATA.
HINGGA ORANG2 BUGIS DIKENALI DGN IDENTITI PENDEKAR BUGIS.
BAGEIMANA PULA IDENTITI ORANG2 BUGIS BERDOLAT BERDARAH RAJA.?
KAPAN NASAB AHLULBAIT NABI SAW BERNIKAH DGN PUTERI2 RAJA BUGIS,
LAHIR ZURIAT MAKA PUTERA/PUTERI MEREKA DISEBUT DGN GELARAN DAENG.
MAKA "DAENG" ITU GELARAN KPD RAJA2 BUGIS YG SUDAH BERDARAH SYED,
MEREKA DARI DNA CAMPURAN NABI SAW YG WAJIB KITA MULIAKAN HURMATI.
SELAIN DAENG DARAH CAMPURAN BUGIS/NABI SAW ADA PADA RAJA2 MELAYU,
IANYA JUGA ADA PD VVIP2 MELAYU & ADA PD WARGA BIASA RUMPUN2 MELAYU.
OLEH ITU HATI2 BERBICARA CAKAP SIANG PANDANG2 CAKAP MALAM BISEK2..
KALO CUBIT PEHA KIRI PEDEHNYA MENJALAR DIPEHA KANAN TERASA JUGA..
DAENG BIJAKSANA PEKAKKAN TELINGA ITU KESAH "KELING KARAM" PEDULI APA..
( SEDIKIT DIARI IM DARI CATATAN SEJARAH "SANG SAKA MERAH PUTEH".. )
..... i .....