Tuesday, 7 November 2017

THE PROMISED LAND : WAKTU DIRI INI JUGA TERJEBAK.

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdullilah.

Allah SWT masih melindungi diri ini. Sepatutnya diri ini sudah pun memulakan perjalanan kebumi Ibrahim a.s  seawal November, namun, satu demi satu halangan yang datang sileh berganti seolah olah menghalang permulaan perjalanan diri ini.

Allah Maha Besar Lagi Tersembunyi Perancangannya.

Seindah namanya dan berdirinya rumah Allah dibuminya iaitu Kaa'bah dan sepatutnya perjalanan ini bermula  dengan keamanan dan ketenteraman didalam negerinya tanpa  rasa kerisauan dan keresahan hati  tetapi keadaan sebaliknya sedang melanda dan membelenggu Kerajaan nya.

Bergolak kerana persengketaan sesama bangsa mahupun persengketaan kerana berbeza fahaman, membuat kan Pemerintah nya " takut" pada bayang bayang sendiri.

Perseteruan diantara Kerajaan Yaman mahupun perseteruan dengan Kerajaan Iran dijadikan alasan untuk berbaik baik dengan kuasa Barat.
Pembelian senjata pada skala ratusan billion dollar dari Amerika telah dimateri ketika Trump melakukan lawatan pertama nya sebagai Presiden Amerika ke Arab Saudi.

Sebenarnya kerajaan Arab Saudi telah ditakutan melalui hela hela dari kuasa barat tentang keupayaan Kerajaan Iran dan tentera nya dalam membaham Arab Saudi dengan senjata ' nuklear' yang  didakwa dimiliki oleh Iran .

Mereka juga dimomokkan bahawa tentera Iran memiliki senjata canggih dan moden maka persarikatan diantara Nato dan tentera Amerika serta Malaysia dijadikan benteng kekuatan dan keberanian buat Arab Saudi.

Kini Arab Saudi terjebak didalam kencah perang yang disusun atur olih musuh Islam.

Ketegangan atau serangam terhadap Yaman sudah pun berlaku seawal 2015 hingga kini dan yang terbaru adalah perseteruan dengan Lebanon pula.

Kedua dua negara ini digambarkan atau ditakrifkan sebagai " belaci Iran' yang olih Barat mahupun Amerika dan kini Arab Saudi pula mendakwa bahawa puak Haouti didakwa menerima senjata senjata tajaan Iran untuk puak Haouti.

Maka, pegaseran sesama.mereka sedang dikemuncaknya dan saling tuduh menuduh pula.

Perlu diingat bahawa Amerika serta Eropah sedang membuai Pemimpin dunia dengan dakwaan Iran telah membangunkan "senjata nuklear" dan didakwa mahu digunakan terhadap Israel.

Alasan.yang serupa juga telah digunakan terhadap Iraq atau Saddam Hussein satu masa dahulu.  Negara Iraq dihancurkan dan Saddam Hussein dibunuh namun "bom membunuh' yang didakwa dimiliki Saddam Hussein ternyata " cerita kosong" saja ciptaan Amerika.

Begitu jugalah halnya tentang apa yang dirancangkan terhadap Iran. Mereka menggunakan Arab Saudi untuk menghalalkan pembunuhan umat Islam dan rakyat biasa demi menyelamatkan industri mereka serta kedaulatan Negara Israel.

Inshaallah, walaupun dilatkan perjalanan diri ini, namun dalam.ketentuan masa terhad ini saya akan gunakan waktu terluang untuk membukukan kisah perjalanan diri ini ketika bersama sama sahabat yang pernah " singgah' dalam perjalanan menuju Yang Maha Esa
Semuanya telah pun siap hanya menunggu untuk printing saja.

InshaAllah, doakan,.Semoga semuanya berjalan lancar

Alhamdullilah, segala ketentuan dan gerak rasa yang dipinjamkan ini semuanya adalah milikMu Ya Allah..

Allah Maha Suci.

Cahaya Al Majid






1 comment: