Bismillahirrahmanirrahim.
KAJIAN ATAU DAPATAN AKHIR ZAMAN YANG TIDAK BOLIH DIKETEPIKAN
SIAPA BAKAL MELEDAKAN
KETIBAAN AL MAHDI
Siapakah diantara watak watak pemimpin Islam yang benar benar menegakkan syiar Islam dan jasanya di rasai olih umat Islam di dunia dan "meledakkan' kesayuan hati umat Islam " kerana "malapetaka" keatasnya adalah di rancang.
Apakah kematianya mahupun pembunuhan terhadap watak watak ini adalah permulaan kepada kedatangan watak yang dinanti iaitu Al Mahdi
Adakah Raja Salman dari Arab Saudi ?
Adakah Sultan Hassanal Bolkiah dari Brunei Darussalam?
Adakah Jokowi dari Indonesia?
Adakah Tayyip Erdogan dari Turki atau
Adakah Hj Hadi selaku Timbalan Ketua Kesatuan Ulama Muslim Sedunia?
Atau......
Kerana watak yang dicari ini telah mencetuskan 'keriuhan" serta ' kegemparan' diserta dunia kerana ' kelantangan' suara dan tindak tanduknya dalam mempertahankan Islam dan kebiadapan musuh Islam.
Adakah pembunuhan mahupun kematian watak ini bakal mencetuskan fenomena yang akan dirasai di serata pelusuk dunia termasuk yang dilangit.
Kita lihat satu persatu watak yang disebutkan.
Raja Salman dari Arab Saudi.
Naik takhta pada tahun 2015. Memulakan intervensi terhadap Yaman dan berperang sehingga sekarang.
Untuk membuat justifikasi bahawa beliau adalah seorang yang telah memakmurkan dunia Islam, rasanya belum layak lagi dan untuk mendatangkan kegemparan mahupun keriuhan didunia Islam juga belum lagi.
Mungkin Yamen ATAU Syria serta Iran juga tidak akan terkesan sekira apa apa yang bakal berlaku kepada beliau.
Justifikasi untuk mengaitkan Baginda bakal meriuhkan dunia Islam tentang kedatangan Al Mahdi bolih dipertikaikan.
Tetapi permulaan terhadap perpecahan dan peperangan sesama sendiri dibumi Arab Saudi kebarangkalian untuk berlaku adalah amat tinggi.
Dan punca kepada pertembungan ini bakal menghadirkan Al Mahdi diBumi Mekah.
Sultan Hassanal Bolkiah Brunei Darussalam.
Baginda merupakan satu satunya Raja mahupun Sultan dari Negara Islam yang memerintah negaranya paling lama dan paling kaya.
Kalau dilihat secara mendalam
Baginda tidak mungkin ada musuh diluar mahupun dalam negara nya sendiri.
Disegi keutamaan agama pula, Baginda hanya dilihat sebagai Sultan yang hanya menjaga hal ehwal kepentingan negaranya dan rakyatnya saja.
Keterlibatan beliau dalam isu isu besar yang memungkinkan agama Islam tercemar dikalangan masyarakat dunia selalu dijauhi.
Dengan watak yang tidak keras dan tidak meninggalkan "uumph' atau " wow' factor kepada umat Islam dunia maka Baginda bukanlah salah seorang dari faktor itu.
Presiden Joko Jokowi Indonesia.
Beliau merupakan Presiden ke 7 buat Indonesia yang mengambil alih kepimpinan dari Bambang Yudhoyono. Beliau satu satu nya Presiden yang bukan berlatarbelakang tentera yang menggapalai negara Indonesia.
Merupakan orang ke 11 paling berpengaruh didunia Islam pada 2016 dan dilahirkan pada June 1961.
Walaupun beliau telah menerima bermacam macam anugerah dari luar negara namun keberadaanya dalam posisi ketua negara amatlah baru.
Untuk meletakkan beliau sebagai salah satu watak yang dapat menggegarkan dunia sekiranya malapetaka menimpa beliau dan ditangisi olih seluruh warga Islam , mungkin belum sampai tahap.
Walaupun negara Indonesia membarisi 90 peratus rakyatnya beragama Islam, namun jasa serta kelantangan suara beliau di peringkat dunia terutama berhubung isu Islam masih belum'memberangsangkan'
Untuk itu Jokowi bukanlah pencetusnya.
- Bersambung-
Cahaya Al Majid
No comments:
Post a Comment