Monday 4 December 2017

THE PROMISED LAND: FOREX DICUIT FATIHA LATIFF. UMNO MENGGELINTIN!!

Bismillahirrahmanirrahim.

"ISTILAH YANG CACA MARBA'

Orang yang belum lahir dizaman isu FOREX pun tetap mengatakan tiada faedah mengungkit kisah 30 tahun dahulu.

Fatiha Latiff yang mencuit isu itu melalui ruang Twitter.

Bukan Fatiha Latiff  seorang saja yang menganggap isu ini sudah lapuk malahan rakyat marhaen yang majoriti juga tak berminat lagi terhadap isu tersebut.

Lainlah sekiranya dalam kes Forex itu dahulu ada nama nama besar yang didapati ada kemasukkan duit beratus juta keakaun masing masing ataupun ada yang mati dibunuh atau terbunuh ketika isu itu tengah hangat ataupun tiada langsung siasatan dibuat terhadap kerugian tersebut, maka, berbaloilah, sekiranya isu itu mahu diungkit semula.

Tetapi mengungkit bila mana Gabenor nya sendiri iaitu Jaafar Hussein sendiri telahpun di soal' mungkar dan nangkir' dialam kuburnya manakala Ishak Tadin yang  juga bekas Ketua Audit negara juga telah hilang ingatan, maka adakah  'kepincangan' ini menghalalkan penyabitkan mereka iaitu Dr Mahathir, Anwar Ibrahim mahupun Daim Zainuddin yang menjadi seteru Najib masakini mengusarkan Najib dan UMNO?

Bukankah Najib dah mengatakan bahawa setiap keputusan Perdana Menteri itu juga merupakan keputusan bersama seluruh ahli kabinet nya jua membawa maksud " "kebertanggungjawapan bersama".

Tetapi kenapa dalam kes  FOREX yang berlaku diera Dr Mahathir , dimana Najib juga diantara salah seorang Menteri nya " mengenepikan" kebersamaan tanggung jawab" ini?
Kenapa?

Nampaknya diera Najib ini, bermacam macam istilah terungkap.

Kalau untuk Dr Mahathir seorang Perdana Menteri diistilahkan sebagai Penjawat Awam tetapi kalau melibatkan Najib Razak pula, Penjawat Awam tidak terpakai pada dirinya?

Inilah dianatara sila sila yang digunakan Najib.Razak untuk menghalalkan tindakan sendiri yang didokong olih mereka yang telah dibeli akan  " diri dan jiwa" mereka melalui pangkat mahupun ganjaran dunia.

Walauapapun tindakan ataupun jerat yang di pasang atau mahu  memalitkan getah Forex keatas diri Dr Mahathir, namun, belum ada satupun " cop jari" Dr Mahathir dikesan di atasnya.

Semoga segala kebhatilan yang mahu diangkat ini akan merubah hati manusia manusia yang mahu menegakkan kebenaran demi agama dan kesucian agama Islam.

Cahaya Al Majid.










4 comments:

  1. Alahhhh...bukan susah sangat.
    Peguam boleh je guna istilah 'NAJIB' bila berhujah.
    Itu keputusan HAKIM, Peradana Menteri BUKAN PEJAWAT AWAM.
    Jadi boleh apply untuk sesiapa pun

    ReplyDelete
  2. Salam CAMA, saya juga kagum dengan semangat FATHIA LATIF yang berjiwa Patriot dan berani menyampaikan "her piece of thought" dalam isu FOREX ini. Tiada perkara yang sempurna dalam pengurusan apa-apa organisasi. Apa lagi mengurus sebuah negara. Kalau hidup duk asyik nak cari kesalahan orang memang boleh cari. Tun juga adalah manusia dan ada antara usahanya Gagal disebalik BANYAK KEJAYAAN yang dibawanya berbanding yang ada kini yang TERLALU BANYAK KEGAGALAN dari Kejayaan. Tahniah FATHIA LATIF, anda adalah Serikandi sebenar. OSIU OH KAMANANG

    ReplyDelete
  3. Saya tertarik dengan satu komen..

    2012 Anwar gesa RCI Forex ke atas Tun.
    Najib dan seluruh kabinetnya tak buat, SEBAB?
    Tun masih sokong dia masa tu..

    Tahun 2017, budak setengah masak, azwan bro cadangkan RCI Forex..
    Najib dan seluruh kabinetnya bersetuju, SEBAB?
    Tun sudah tidak sokongnya lagi..

    Sudah jelas sekarang, APA MOTIF NAJIB..

    Alhamdulillah dengan izinNya, sejak penubuhan RCI hingga sekarang, semuanya kantoi dan makan diri Najib dan seluruh kabinetnya..

    Laporan cacat?
    Laporan belum diperkenan Agong, report polis sudah dibuat (mendahului)?
    Tun di klasifikasikan sebagai penjawat awam?

    # Ejaan yang tepat ialah SIDDIQ - MEMBENARKAN (salah satu akhlak Rasulullah)
    Ejaan "sidek" tidak mencapai maksud sebenar atau tidak membawa apa apa makna, useless,sidekick.

    ReplyDelete
  4. Salam bro KD. satu pencerahan yang short simple and clear. Baca terus faham maksudnya. Wasalam.

    ReplyDelete