Monday, 1 January 2018

THE PROMISED LAND : SIAPA KHIANAT ALLAH?? PAS ATAU MAHFUZ???

Bismillahirrahmanirrahim.

SIAPA SASARAN SEBENAR PAS
MAHFUZ ATAU NAJIB

Tak habis habis PAS ni mensandarkan nama Allah SWT dan agama Islam dalam mempertahankan parti.

Hanya kerana perkataan arab  'bai'ah" yang digunakan dalan mengikat hati ahli dan penyokongnya, walaupun Mahfuz yang juga telah bergelumang selama 30 tahun besama PAS serta bergelumang keringat dalam menaikkan nama PAS juga tidak terlepas dari bidasan terutama dari kepimpinan tertinggi PAS.

Ada juga yang mendakwa bahawa hasil atau gaji yang diterimanya selama bersama PAS adalah haram malahan ada juga yang berpendapat bahawa "membatal bai'ah' dengan PAS.juga dianggap mengkhianati janji Allah SWT.

Begitu lah "buruk'nya perangai mahupun buruknya peribadi yang ditonjolkan olih ahli PAS mahupun teladan yang dipertontonkan oleh pemimpin tingginya  "yang mengaku "terlebih Islam dari orang lain".

Sedar atau tidak bahawa gaji.mahuoun imbuhan yang dinikmati olih Mahfuz bukannya datang dari PAS tetapi gaji dan imbuhan yang diterima adalah dari duit rakyat.

Untuk mengatakan beliau tidak menjalankan kewajipanya sebagai Ahli Parlimen yang dipilih rakyat adalah satu tuduhan yang amat dangkal macam "orang tak sekolah".

Selagi mana seseorang itu berjuang dalam menolak kemungkaran dan kebhatilan dan tidak bersekutu dengan mereka mereka yang menghalalkan kemungkaran dan berjuang atas nama kebenaran, inshaallah, perjalanan dan perjuangan itu tetap diberkati Allah SWT.

Kepada pemimpin mahupun ahli ahli  PAS yang tidak  senang dengan pendirian Mahfuz sebaiknya muhasabah diri adalah terlebih baik barbanding "merapu dan meraban" benda benda yang tidak bermenafaat.

Kalau penyalah gunaan kuasa , rasuah dan bermaksiat yang berleluasa dipihak Kerajaan Pemerintah itu masih lagi mahu dipertahankan oleh PAS , apa gunanya, " bai'ah".?

Takut nanti "laknat" Allah SWT yang didambakan terhadap Mahfuz..alih alih Laknat Allah SWT pula yang dihujani kepada PAS pula.

Jadi eloklah bersangka baik dan doa kan yang terbaik buat Mahfuz, sesungguhnya perbuatan itu terlebih mulia disisi Allah SWT.
Itupun kalau PAS benar benar menjunjung perintah Al Quran lah...

Cahaya Al Majid.




No comments:

Post a Comment