Monday, 1 January 2018

THE PROMISED LAND : RENUNGAN 2018 : MANUSIA, KHALIFAH DAN ULUL AMRI

Bismillahirrahmanirrahim.

KEJAHILAN DAN KEMUNGKARAN

Dalam sistem pemerintahan negara kita, terdapat dua kelompok yang akan dihisap olih Allah SWT  terdahulu sebelum umat yang ramai.

Khalifah adalah kelompok yang menaungi negara ini yang terdiri dari Raja Raja mahupun Sultan. Mereka mereka ini yang mengaku sebagai ketua agama bagi rakyat dalam jajahannya adalah yang pertama sekali yang akan di persoalkan tentang amanah yang mereka berjanji diatas nya dan yang memikul amanah.

Keberadaan mereka adalah untuk menegur mahupun menasihati pemerintah yang dipilih rakyat.

Sebagai khalifah, kebertanggungjawapan beliau terhadap kemaslahatan umat Islam dan rakyat dibawah naungannya adalah perkara utama.

Sementara Ulul Amri pula adalah golongan yang diberikan kuasa olih rakyat . Kelompok ini pula diangkat rakyat dan diwakilkan dan diberikan amanah olih rakyat untuk mentadbir kerajaan.

Keberadaan mereka ditampuk kuasa diberikan olih rakyat kepada  melalui pilihanraya.

Dan dari kelompok Ulul Amri inilah maka seorang Perdana Menteri dilantik untuk mengetuai Kerajaan yang dinaungi olih Klalifah iaitu yang bergelar Yang Di Pertuan Agong.

Apa yang dikesalkan Khalifah khalifah yang menaungi beberapa buah negeri mahupun Khalifah utamanya yang bergelar Yang Di Pertuan Agong juga dilihat amat lemah dalam "memayungi" rakyat terutama dalam hal hal yang melibatkan kepentingan negara dan rakyat amnya.

Beberapa isu yang melingkari batang tubuh Ulul Amri yang telah diamanah kan dan diberikan kuasa  olih rakyat dalam urusan mentadbir negara didapati  "culas' atau ' pecah amanah" .

Beberapa skandal yang melibatkan dana dan harta milik negara dan harta dari keringat rakyat  telah dengan sengaja diselewengkan.

1MDB  yang telah tersalah bayar kepada syarikat BVI di Virgin Island yang berjumlah melebihi USD 1billion dollar tidak diambil tindakan seperti sepatutnya.

Hartatanah negara yang diambil dengan harga dibawah pasaran dijadikan 'asset" atau dijadikan sandaran untuk mereka mengolah "punca duit" bagi  menutup hutang mereka.

Duit dana simpanan rakyat digunakan sesuka hati termasuklah Tabung Haji, KWAP serta dana dana lain.

Tanah FELDA yang dimiliki melalui hasil keringat peneroka dijual tanpa kesedaran.

Hotel luar negara dibeli dengan harga mahal tetapi sebaliknya terpaksa dijual kerana kekeringan kantung pengurusan. Namun penjualan pula pada harga yang meragukan namun salahlaku pula gagal disiasat atau dibuktikan mahupun dengan sengaja melewatkan lewatkan dapatan.

Tak cukup dengan itu institusi MARA juga melalui frasa yang sama. Penyelewengan dan salah guna kuasa juga tengah meranapkan kepentingan bangsa Melayu. Penubuhan yang bertujuan untuk membantu bangsa Melayu pun telah 'layu" dan yang menyedihkan " kelompok Ulul Amri" inilah yang melaung laungkan slogan "demi bangsa dan agama" , puak ini jugalah tu Ang menjahanamkan bangsa dan agamanya.

Nampaknya dua kelompok ini samaada Khalifahnya mahupun Ulul Amri nya, kedua duanya dilihat gagal dalam menjalankan tanggungjawab serta gagal dalam menjunjung amanah yang dipertanggungjawabkan Allah SWT keatas mereka.

Apa yang terlihat dimata, kelompik Klalifah dan Ulul Amri in hanya suka "berseronok' dengan segala limpahan rezeki yang didatangkan secara percuma kepada mereka diatas keringat rakyat yang terpaksa bergelumang peluh dari terbitannya matahari sehinggalah terbenamnya matahari dan terkandang telangsung  sehingga waktu " tahajud".

Tetapi untuk mereka merasakan kesusahan serta kegetiran rakyat dalam "berusaha" dalam memakmurkan keharmonian dalam pendudukan negara, selalu diremehkan olih mereka.

Mendaulatkan suku kaum sendiri serta mengayakan kaum kerabat sendiri serta kroni sekelilingnya mereka adalah keutamaan.

Al Quran dan sunnah Rasul yang sepatutnya dijadikan landasan dalam penghidupan kini semua itu  hanya sekadar penyedap kata kata yang tidak membawa maksud apa apa kepada mereka.

Halal haram, salah benar, syurga neraka bukan lagi kegerunan buat mereka tetapi sebaliknya KETAKUTAN  hilang kuasa dan hilang pengaruh dalam politik melebihi ketakutan terhadap siksaan Allah SWT.

Kini Khalifah dan Ulul Amri sendiri telah memilih jalan kemungkaran jadi..

Kalau.dalam agama pun tiada paksaan buat umatnya,,.

Jadi tiada kewajipan juga untuk kita mentaati mereka lagi kerana keangkuhan mereka terhadap Allah SWT juga semakin nyata dan sifat hipokrit mereka juga telah terserlah dengan terang.

Cahaya Al Majid.








1 comment:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete