Bismillahirrahmanirrahim.
RAKYAT BANYAK DUIT
EKONOMI DAH MEMUNCAK
HARGA AYAM PUN DAN STABIL
IKAN PUN DAH MURAH
HARGA MINYAK PUN LAGI MURAH BERBANDING SINGAPURA KAN...
Pung pang pung pang Kerajaan Najib mengangkat kejayaan yang entah apa apa.
Berlandaskan dari input input yang dibekalkan olih kementerian yang dikendalikannya oleh para juak juaknya terutama dari menteri menteri yang takut hilang jawatan mahupun kedudukan,jawapan yang diberikan kepada rakyat semuanya hebat belaka.
Nak tanya ni.
Adakah kehebatan dan keunggulan 1MDB yang diideakan olih Najib dalam "menjana pendapatan" tambahan buat negara seperti yang didakwa Najib telah dapat meningkatkan pendapatan rakyat mahupun peluang pekerjaan buat rakyat?
Begitu juga dengan penyenaraian FGV, adakah "termakmur" seluruh warga peneroka Felda, kerana penyenaraian kedua terbesar didunia.
Adakah menafaat penyenaraian ini telah meringankan beban hutang peneroka mahupun meningkatkan ekonomi negara mahupun rakyat jelata?
Begitu juga dengan "terserah"nya tanah Felda kepadq Syarikat Promenade dijalan Semarak itu, telah, meningkatkan pendapatan warga peneroka mahupun telah meringankan beban hutang peneroka.
Adakah hasil dari "pemberian " tanah kepada Syarikat Promenade dijalan Semarak tersebut telah ' meningkatkan" kantung warga peneroka?
Adakah dengan projek projek Mega yang dilaksanakan oleh kerajaan Najib samada Projek Bandar Malaysia, TRX mahupun ECRL telah meningkatkan ekonomi rakyat ?
tetapi
MASAALAHnya kenapa kos sara hidup rakyat semakin meninggi dan kos barangan semakin menjulang kalau ekonomi kita meningkatkan dan kenapa ekonomi rakyat masih menyesak?
Kenapa rakyat dibawah ini tidak menikmati "pertumbuhan' dan kerancakkan ekonomi yang didakwa itu?
Kalau ekonomi kita dah meningkat dan diiktiraf badan dunia seperti yang didakwa, kenapa, Kerajaan Najib tidak.mahu meringankan beban rakyat?
Pulangkan lah subsidi yang dilupuskan itu, setabilkanlah "harga minyak" semula, juga, kurangkanlah percent GST itu, setidak tidaknya kepada 3%.
Kan ekonomi dan memuncak dan mengatasi pendapatan ekonomi negara jiran?
Ataupun sememangnya "petunjuk" atau prestasi yang dicanang itu, semata mata gula gula PRU?
Cahaya Al Majid.
No comments:
Post a Comment