Saturday 10 February 2018

THE PROMISED LAND: " BAIAH"

Bismillahirrahmanirrahim.

CUKUP CUKUPLAH PAS
MENJUAL NAMA ISLAM NI!!!
MUAK...TAHU TAK???

Hari ini ada seorang lagi lebai PAS yang masih mendendangkan " bai'ah".

Perlu beliau ingat adakah  'baiah' yang Rasulullah saw ungkapkan itu sama tarafnya ataupun sama tujuanya dengan " bai'ah" yang PAS lakukan bertahun tu.

"Baiah" yang baginda Rasullullah buat itu adalah semata mata berjuang untuk menegakkan agama Islam yang dibawa Baginda seperti yang diwahyukan Allah SWT kepada baginda saw.

Ketika itu "bai'ah" yang dibuat Baginda Rasullullah adalah sebagai "pengikat diri" buat sahabat sahabat mahupun pengikutnya yang sanggup berjuang dan bergadai nyawa dan berperang, demi kerana Allah SWT dalam memerangi pihak "kafir" atau mereka yang memusuhi Baginda Rasullullah saw Dan juga agama yang baru Baginda "ratibkan" kepada penduduk Mekah.

Tetapi kini agama Islam telah tertegak dan dianuti oleh semua lapisan manusia didunia .
Disemua pelusuk dunia dari utara hingga keselatan mahupun dari barat ke timur,.Penganut Islam.ataupun agama Islam ada dimana-mana.

Tidak ada kita dengar pun penganut politik mahupun rakyat marhean nya " berbaiah' kepada Parti mahupun kepada pemimpin mereka malahan  dinegara yang memiliki umat Islam terbesar didunia juga tidak melakukan ' bai'ah" kepada pemimpin mahupun kepada parti politik mereka.

Kenapa pulak dengan PAS ni?

Atau adakah PAS sedang bermimpi  disiang hari?
Atau PAS hidup dalam dunia fantasi?
Atau adakah dalam dunia PAS "agama Islam" tidak tertegak lagi ataupun pegangan agama Islam ahli ahli PAS sedang 'goyang" atau sedang " berkecamuk fahamanya"?

Sedarlah wahai ahli PAS.

Agama Islam bukan saja terdapat di kalangan ahli PAS saja, malahan , ahli ahli parti parti yang berada di negara ini juga samada UMNO ke , PKR ke, PPBM ke, mahupun Parti Parti dari Sarawak dan Sabah, rata rata ahlinya yang berbangsa Melayu, semuanya beragama Islam .

Termasuk juga yang tidak berparti , ada juga India Muslim, China Muslim dan macam macam muslim lagi,

Berbaiah' kita hanya pada Allah SWT dan bukan kepada Parti mahupun Pemimpin Politik.

Yang membezakan mereka hanyalah yang beriman dan tidak saja.

Cukup cukuplah menjual nama " bai'ah" ini demi keuntungan politik sendiri. Tak kemana pun.

Kalau benarlah Parti PAS itu yang didakwa  berjuang atas nama Islam , takkanlah Allah SWT, tak ganjarkan apa apa kepada pejuangnya terutama terhadap Presidennya Hj Hadi.

Kalau Hj Hadi tu namanya besar dan pemimpin yang berkeromah dan bermulut masin bak kata orang orang Melayu, tak kan Hadi sanggup senyap sunyi bila mana Najib berdalih dalih dalam wang yang masuk keakaun peribadi Najib sendiri?

Tak kan Hj Hadi tak berani "menegakkan" kebenaran dalam kes penyelewengan dana rakyat mahupun dalam kes pembunuhan Altantuya.

Yakinlah kalau perjuangan parti PAS itu adalah benar dan berlandaskan Al-Quran dan Sunnah takkahlah Allah SWT kecundang kan PAS di Terengganu dalam PRU yang lepas.

Sebenarnya apa yang diperjuangkan PAS hanyalah ideologi ideologi yang 'mengembung" kan poket pemimpin atau memperbodohkan ahli saja.

Nak jaga Islam?
Haha..Parti sendiri tak terjaga!
Nak pimpin negara?
Negeri sendiri (Kelantan) pun terkebelakang dan miskin.
Nak perjuangkan Islam?
Islam jenis apa yang nak diperjuangkan?
Agama Islam pun dibawah kuasa Raja Raja Melayu.
Olih itu nak gebang apa lagi wahai PAS??

Cakaplah nak sambung lagi sebagai Yang Berhormat . Kan senang... supaya boleh dapat duit gaji free, elaun free dan macam macam free.

Cukup cukup lah membohongi orang lain.
Ahli PAS bolih lah kau temberang..

Tanpa PAS pun agama Allah SWT iaitu Islam tetap utuh dinegara ini . Tak usahlah jual nama Islam mahu pun jual sunnah nabi demi kelangsungan Parti yang songsang tu.  Cukup cukup lah.

Harap harap pada PRU 14 ini, dikuburkan terus PAS ni dari muka.bumi Malaysia olih rakyat.
Merosakkan nama Islam.je..

Cahaya Al Majid.







No comments:

Post a Comment