Thursday 15 February 2018

THE PROMISED LAND: NEGARA KECUNDANG : BALA DIBAWAH NAJIB???

Bismillahirrahmanirrahim.

WIRID DAN RATIP
YANG MENYONGSANG
NEGARA.

Kalau sebelum jadi Perdana Menteri semua orang tak tahu "perangai sebenar" anak Tun Razak ni.

Walaupun diawalanya ketika beliau menyandang jawatan Menteri Besar juga beliau telah didakwa "terpalit" dengan skandal sehingga 'bercerai" dan berskandal dengan bini orang namun,  indikasi, yang dihantar olih Sang Pencipta, tidak dapat dibaca olih Pemimpin teratas UMNO.

Atau mungkin pemimpin UMNO ketika itu teramat taksub akan "jasa jasa bapa nya" maka skandal itu telah membutakan hati mereka semua .

Begitu juga halnya ketika Najib masih lagi sebagai Menteri penting, namun, "Kaler" sebenar Najib juga tidak nampak sepenuhnya lagi.

Tetapi apabila skandal Scorpene dan pembunuhan model Altantuya meletus dan mengheret sama diri Najib, maka mula lah keperibadian beliau mula terserlah dan mula dipersoalkan.

Tetapi apabila beliau mula memegang kuasa sebagai Perdana Menteri, sedikit demi  sedikit " warna" sebenar Najib menyerlahkan lagi akan keberadaan beliau sebagai yang tidak menyenangkan.

Sebagai ketua negara maka tanggungjawab adalah teramat besar namun Najib perlu sedar bahawa segala malapetaka yang dilalui negara ini sebenarnya mencerminkan perjalanan dirinya.

Bukan Allah SWT sekadar memberikan ingatan malahan "signal" yang diberikan adalah untuk beliau dan juga kepada seluruh rakyat negara ini yang dipimpinnya.

Sedar atau tidak malapetaka sileh berganti telah datang menghujani negara ini. Adakah itu tandanya negara ini dirahmati?

Segala malapetaka yang menimpa negara ini dari kes MH370 yang hilang dan MH17 yang ditembak sehinggalah kemasukkan warga Zionist dalam program PBB Habitat diibunegara minggu lalu, semuanya menjurus kepada " keterserlahan" kegagalan pemimpin Islam negara ini iaitu Najib dan Melayu UMNO Islam yang terang terangan"terpesong" dari kehendak agama iaitu " menegakkan kebenaran dan menolak kemungkaran" yang tidak dijadikan "amalan sunnah" dalam pemerintahannya.

Dari Raja yang menaungi negara ini mahupun pemimpin politiknya, semuanya telah alpa dengan "keseronokan" dunia.

Ditambah burukkan lagi, diatas kealpaan dan kegagalan alim ulamanya juga dalam menasihati Rajanya mahupun Pemerintahan nya, maka itulah yang menjuruskan lagi"malapetaka" untuk terus berlaku sileh berganti.

Keyakinan dan ketakwaan yang didendangkan olih alim ulamanya hanyalah bersifat "ala kadar' atau bersifat " melepas batuk di tangga", namun " sifat" "mencari keuntungan diri" dan " menyalahkan orang lain dijadi "amalan sebagai manusia kamil".

Bertasbih, berwirid mahupun melaungkan kalimah kalimah Allah SWT hanya bersifat 'menunjuk.nunjuk" dikhalayak manusia namun " pengisian" sebenar amatlah menyedihkan.

Begitulah keadaannya negara ini dibawah pemerintahan Najib dan Kabinetnya. Perkara mungkar yang ditakrifkan olih Al Quran untuk dihindari, kini, amalan meratip dengan berbagai bagai kalimah yang bertujuan menghalalkan, dijadikan amalan harian.

Dari Penguasa SPRM mahupun PDRM ataupun AG sehinggakan kepada yang diamanahkan menjaga perbendaharaan, semuanya dilihat seperti kawanan " serigala" yang akan membaham mengikut " ratipan" tuannya.

Perasaan takut terhadap " bala" dan "malapetaka" dalam mempermainkan isu isu agama serta tempat suci seperti Mekah atau Kaabah mahupun Makam Rasullulah,.Dijadikan bahan "dagangan" untuk mengangkat diri.

Begitulah parahnya tahap negara ini bila pemimpin " tak kenal diri" dan " tak kenal Tuhan" apabila, memeluk kuasa bagi kepuasan diri.

Cahaya Al Majid.




2 comments:

  1. Dalam melihat kerakusan pemimpin dan kealpaan jemaah yang diamanahkan mungkin lebih baik kalau kita memilih untuk redha kepada satu bala dan malapetaka kepada negara jika itu dapat memberi pengajaran kepada semua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kerenggge@orangjohor16 February 2018 at 08:19

      sebenarnya kita hidup dalam persekitaran dan sistem yang sedang diatur oleh konco dajal dan gerombolan yakjuj makjuj yg berada di depan dan belakang serta sisi kanan kiri kita.
      jika mampu menjauhkan diri, menjauhlah dari sistem ini. ingat tak nabi dh cakap, dalam 1000 org yang dihumban ke neraka, 999 adalah kawanan yakjuj dan makjuj, 1 org islam beriman shj akan masuk syurga.
      kalau kita faham maksud hadis ini, kita takut jika kita terjerumus dalam kalangan dan golongan yakjuj mkjuj itu. Menjauhlah. jika kita dah tau sistem demokrasi acuan inggeris ini hanya memecah belahkan umah, jgnlah diikut sistem yg sedang berjalan. politik telah meracun umat islam malaysia supaya bergaduh, menista dan berpecah belah, kenapa lagi mau diikut? undi ala demokrasi sekular mengapa lagi mau bergaduh diikut? riba bermaharalela, umat islam berhutang2 tak sudah2 pwrmainan acuan siapa? bank tak kunjung sudah menyogok hutang kpd kita dgn mulut manis, arahan siapa.
      ternyata, kita telah lama terperangkap dan menjadi salah satu hamba dajal dan sedara mara yakjuj makjuj di neraka nnti. belumkah sedar lagi? sudah tau negara ini sedang menuju kehancuran, apa guna lagi bergaduh fasal si pulan dan si.pulan? jika kita masih mempertahan kan sistem ini, kita pun sama dgn si fulan dan si fulan. politik tanpa roh agama telah lama mati sejak kejatuhan kerajaan ottamaniah, diikuti kerajaan melayu2 lama dan terakhir melaka. sejak itu sistem kerajaan islam telah berakhir diganti dgn kerajaan sekular.
      dahulu saya "bising" mana alim wali sufi tidak ke depan membetulkan keadaan ini sehingga skrang telah parah tunggu nanah (bencana) akan pecah, skrg baru saya faham kenapa mereka lari dan bersembunyi (mendiamkan diri) kerana mereka tidak mahu berada dalam sistem yg sesat lagi menyesatkan ini.
      jika madih punya hutang ala riba, juallah harta benda kita, kambus hutang segera, betistigfar byk2 semoga kesilapan yg lepas Allah mahapkan kita dan menjauhlah kita dpd terjerumus sekali lagi dengan membawa lari anak cucu kita ke ujung kg kerana tidak syak lagi, BENCANA yg kita takutkan akan tiba tidak lama lagi.
      noktahnya, mau berubah atau terus hanyut dengan buaian tipuan dunia?
      anda tentukan sendiri hendak ikut kawanan mana? jaamah islam @ jamaah yakjuj makjuj lagi?

      Delete