Monday, 19 February 2018

THE PROMISED LAND: "PELABURAN BERTARAF HUTANG" JADI PRODUK JUALAN NAJIB DAN UMNO.

Bismillahirrahmanirrahim.

AGAKNYA INILAH KEBANGAAN
NAJIB DAN UMNO.KOT!!

Sepatutnya Najib hanya "jual" segala kejayaan beliau saja selama 9 tahun ni sebagai Perdana Menteri. Itupun kalau ada banyaklah kejayaan seperti yang diwar-warkan.

Tetapi kalau diimbau kembali 9 tahun yang lalu sehingga kini, nampaknya, tiada banyak yang dirasai rakyat terbanyak kecualilah projek.seperti MRT .
Itupun yang merupakan projek yang telah terlaksana dizaman Mahathir, cuma Najib hanya menyambung saja kepada laluan baru.

Selain itu tiada kot kecuali pemberian BRIM yang dilaung.laungkan Najib yang dikata dapat meringankan bebanan rakyat .

Pemberian itupun "pemberian' berstatus berimbal balik kerana Kerajaan Najib mengenakan cukai GST kepada setiap warganegara , dari keperluan nak bersalin sehinggalah matinya seseorang individu tersebut, semuanya wajib membayar cukai GST.

Kalau nak sebut buat projek perumahan untuk rakyat , zaman Tun Razak pun dah ada "rumah murah" , tetapi sebaliknya dizaman Najib, tiada lagi istilah " rumah murah" tetapi dipanggil " rumah mampu milik", itupun jumlahnya tidak mengcukupi, malahan " rumah mampu lihat" , berlipat kali ganda didirikan, dimana, majoriti orang Melayu hanya mampu "lihat" saja.

Tetapi kebanyakkan projek yang dilaksanakan atau yang sedang berjalan kebanyakkannya merupakan projek yang tanahnya dijual dengan harga murah kepada  Syarikat Bermasaalah iaitu 1MDB .

Walaupun berbilion dolar dipinjam olih 1MDB melalui terbitan Bond yang di jamin Kerajaan namun kegagalan 1MDB telah mengakibatkan beberapa keping tanah yang dimiliki secara murah dari negara, dijual untuk melunaskan " bunga' pinjaman tersebut.

KWSP, Tabung Haji, PNB dan beberapa lagi GLC kerajaan " dikerah" secara tersembunyi untuk membeli tanah tersebut dengan harga mahal.

Adakah ini "kejayaan" Najib yang mahu didendangkan kepada rakyat?

Bandar Malaysia dan TRX merupakan dua "bakal"mercu tanda yang sedang dalam pembinaan . Tetapi taak tahulah bila projek Bandar Malaysia ni, nak dimulakan.  Namun apa yang dijual kepada pelabur hanyalah "keindahan' diatas kertas saja. Tetapi bila nak.siap.taj tahulah..10 tahun lagi kot!

Lagi satu yang dilelong kepada seluruh negara adalah pembinaan ECRL dan Kereta api Laju KL Singapura, itupun kita tak tahu samaada ianya akan "berlaku atau pun tidak". Sebab kos yang nyata melebihi RM100 bilion. Dan kosnya pula dipinjam daripada China .
Tetapi gebangnya , projek.ini adalah "pelaburan" dari China..Tetapi Malaysia kena bayar balik "pelaburan' tersebut .
Yang tak masuk.akalnya, semua "warga kerja, peralatan dan bahan asas" semuanya didatangkan dari China.
Hebat kan "pelaburan" Najib ni!

Tak cukup dengan itu, dari Pantai Timur sehingga Kepantai Barat, semua pelabuhan yang akan dibina atau dinaik taraf semuanya di"tapau" sebagai "pelaburan" olih China dan sebagai "pelaburan" jenis ini, negara kita perlu bayar balik.
Untung mana mana negara yang dapat "pelaburan" stail Najib.ni.

Tetapi disegi politik pula, Najib tak berani nak "gelembung' pelaburan ni,, asik asik beliau akan katakan ini adalah.baik untuk negara.
Baik ikut mana, hanya, Najib dan UMNO saja yang tahu.
Tetapi yang tak leh tahan..Najib asik asik menyindir Mahathir.

Samaada dia lupa atau semangnya "bingai" terhadap kejayaan yang telah dicipta olih Mahathir dalam membangunkan negara ini, serahkanlah kepada rakyat untuk menilainya.

Tak pernah pun kita dengar Mahathir menjaja apa yang telah dilakukan untuk negara ini . Bagi rakyat kejayaan dan kemampuan Mahathir , tiada siapa yang dapat menandinginya.

Apa.yang dibuat Najib hanya menambah sesak nafas rakyat kerana berbagai kenaikan harga barangan dan kemeruduman nilai ringgit.
Baru sehari dua nilai RM menokok, bagai ayam dicabut ekor lagaknya di Najib .


Cahaya Al


1 comment: