Bismillahirrahmanirrahim.
DANA RAKYAT BERSEPAH
DISELURUH DUNIA KERANA 1MDB
KENAPA NAJIB TAK TUNTUT?
Ramai penyokong dan pentaksub UMNO mendakwa bahawa isu yang melingkari batang tubuh Najib terhadap 1MDB adalah palsu belaka.
Tak pasti pula, samaada golongan ini sebenarnya "dibayar untuk percaya" atau sememangnya " tak cerdas otak" atau sememangnya hanya sekadar Pak Turut hanya mereka saja yang tahu.
Dari awal penubuhannya lagi, tiada siapa yang tahu malahan terdapat juga dikalangan pemimpin tertinggi UMNO dan BN juga "Lost" , apabila skandal 1MDB ini meletup sehinggalah apabila "skandal" ini meletup diluar negara, baru semua orang "melopong".
Bermula dari dana RM1juta yang disalurkan kerajaan kepada 1MDB sehinggalah 1MDB menjana hutang melebihi RM40 billion, dan, gagal dalam "mentadbir" hutang, kerana, kelemahan pengurusan, maka, isu Najib terima RM2.6 billion keakaun peribadinya, menambahkan lagi keraguan rakyat terhadap ketelusan dan integriti diri Najib sendiri.
Beralasan bahawa dana Rm2.6 Billion itu sebagai " derma" dari Putera Arab, yang pada awalnya kemasukkan wang tersebut dinafikan sekeras kerasnya, namun, pada akhirnya Najib mengakui akan kemasukkan dana tersebut atas alasan " digunakan bukan untuk kepentingan diri sendiri".
Bermacam macam persoalan ditimbulkan dan bermacam macam pula alasan diberikan Najib untuk 'membenarkan pengkreditan" duit tersebut.
Namun "money trail" YANG didedahkan portal dari luar negara "mengkantoikan" alasan alasan Najib sendiri.
Saman yang dikata Najib akan bermula dari hari "Selasa",sehingga kini, berpuluh puluh hari Selasa telah berlalu, namun, saman Najib terhadap mereka yang menuduhnya tetap tidak terjadi.
Sehingga kini hutang 1MDB yang menggunung "dialihkan" kebahu Kerajaan atau rakyat.
Kerana tiadanya punca kewangan 1MDB maka segala harta tanah negara yang diperolehi 1MDB dengan harga "dibawah pasaran" dijual dengan murah demi "melunaskan" pinjaman .
Syarikat yang dikata menjadi Penaja Jamin Bond Pinjaman 1MDB, iaitu IPIC, telah dibayar dua kali, walaupun bayaran terdahulu yang dikata IPIC.
Walaupun Aabar BVI bukan anak syarikat IPIC Seperi yang didakwa namun 1MDB dan Najib tetap tidak meyaman atau mengambil tindakan diatas "penipuan terancang" yang melibatkan wang melebihi $3billion ini.
Kenapa???
Begitu juga dengan penipuan berasal dari dana 1MDB yang didakwa DoJ ini juga tidak diambil peduli olih 1MDB mahupun Najib. Walaupun berpuluh billion dollar US digunakan syarikat milik Jho Low's dan Anak Najib untuk beli hartanah serta bermacam macam lagi seperti didakwa DoJ,yang telah disita, namun, 1MDB dan Najib tetap mengatakan bahawa "tiada ketirisan dalam dana 1MDB" telah berlaku.
Kalau nak.ungkit , berkajang kajang tak akan.berpenghujung..Walaupun serata dunia dah "mengadilinya" samaada dimahkamah mahupun sebagai nya, namun, 'kebisuan" Najib dan 1MDB tetap sama.
Tetapi akhirnya Irwan Siregar KSP, telah mengungkapkan bahawa hutang 1MDB akan dilunaskan melalui dana.atau hasil dari projek Bandar Malaysia, TRX mahupun melalui ECRL dan sebagainya.
Katanya hasil dari projek ini.bakal digunakan untuk melunaskan segalanya hutang piutang 1MDB.
Yang kita tak faham tidakkah semua dapatan berhubung hutang yang dicipta Najib dan 1MDB ini tidak membebankan rakyat dan negara?
Kenapa dakwaan.dakwaan negara luar terhadap salah laku 1MDB dan "pengubah wang haram" ini, tidak diambil serius olih pemimpin Kerajaan.
Kalau.semua.dakwaam ini palsu dan fitnah, kenapa, Kerajaan Malaydia pimpinan Najib tidak mahu menyaman mereka?
Kenapa?
Kenapa Najib sanggup "meletakkan" beban hutang ini keatas bahu rakyat dan kenapa sisa sisa dana penyelewengan yang bolin dituntut samaada di Swiss berjumlah USD400 juta serta.beberpa billion dollar US lagi diAmerika, tidak diusahakan?
Begitu juga dana melebihi USD1billion tersalah bayar kepada Aabar BVI, kenapa tidak dituntut?
Kenapa??????
Cahaya Al Majid.
salam, Dah dasar Penyamun tarbus.
ReplyDelete