Wednesday, 7 March 2018

THE PEOMISED LAND:APA.MAKSUD' BALIK KE PANGKAL JALAN"

Bismillahirrahmanirrahim.

Perpatah orang Melayu selalu mengingatkan apabila tersesat jalan maka 'berbaliklah kepangal jalan'.
Apa pengertian sebenar kata kata suruhan ini?

Semua sedia maklum, bahawa orang Melayu amat kaya dengan kata kata bidalan, namun adakah kata kata bidalan ini semata mata " kata kiasan" yang tidak perlu dikaji akan kepentinganya?

Selalunya kata kata ini menjurus atau ditujukan kepada sesiapa yang telah melakukan kesalahan mahupun kejahatan ataupun telah tersesat atau tersasar dari arah tuju.

Maka mencari jalan atau berpatah balik kejalan 'berpunca" nya 'tersesat" tadi, dijadikan iktibar sebagai panduan untuk meneruskan perjalanan.

Begitu jugalah dengan perjalanan dalam kehidupan dalam beragama ini.

Apakah jalan yang dituntut dalam agama, yang mana semua nya telah disunnahkan melalui kehadiran Junjungan kita, Nabi Muhammad saw, mahupun yang telah diwajibkan olih Allah SWt keatas manusia yang mengaku Islam ini?

Apakah terdapat contoh terbaik untuk manusia atau umat Islam untuk kembali kepangkal kalau jalan?

Ada.
Cuma manusia selalu terlepas pandang atau terkhilaf dalam "pengertian dalam mentafsir " kenapa dan mengapa Nabi Muhammad itu adalah contohan terbaik buat semua manusia terutama umat yang mengaku Islam ini.

Cuba cermin diri kita sendiri dan tanya diri kita, kenapa kita didatangi dengan bermacam macam dugaan terutama dalam pengertian beragama, kesihatan, kekayaan kemiskinan mahupun bolak balik dalam keimanan walaupun kita rasa bersempurna dalam hal hal suruhan terhadap Allah SWT.

Adakah kerana kita "terlepas' akan suruhan Allah SWT sehinggakan kita perlu diperingatkan olih Sang Pencipta dengan berbagai bagai dugaan seperti penyakit mahupun ketidak tenangan hati?

Kenapa?

 Tidak cukupkah dengan segala dugaan mahupun cubaan dari Allah SWT agar kita tetap yakin dan berpegang teguh dengan jalan Allah SWT? Maka dugaan akan didatangkan bersileh ganti?

Atau "dugaan" itu sebenarnya " signal" atau tanda dari Allah SWT bahawa anda tersesat jalan?

Bersambung...,

Cahaya Al Majid.








No comments:

Post a Comment