Saturday, 22 September 2018

THE PROMISED LAND : SEPINTAS LALU NEGARA KU

Bismillahhirrahmannirrahim.

SANTAI HARI MINGGU

Alhamdullilah, PRU 14 telah pun berlalu dan kini Kerajaan Pakatan Harapan yang dipimpin olih Dr Mahathir sedang mengemudi negara ini.
Walaupun tiada satupun Parti yang berjaya menguasai kerusi Parlimen secara total ataupun menang bermajoriti namun disebabkan 'persepakatan' diantara PKR, DAP, Amanah, PPBM serta parti Warisan dari Sabah, maka, kelompok ini dinobatkan sebagai Kerajaan Pemerintah.

Parti yang menaungi Kerajaan pemerintah selama 60 tahun iaitu Barisan Nasional yang membarisi UMNO, MCA, MIC , Gerakan serta beberapa lagi parti kecil dari Sabah telah 'kecundang' dengan teruknya.

Akibatnya, kini, Barisan Nasional yang menjadi "tunggangan" parti parti tersebut dilihat sedang tenggelam atau 'ditenggelamkan' olih pemimpin mereka sendiri dilautan yang tidak bertepi ini..

Bukanya kerana 'Bahtera' mereka berlubang mahupun terlanggar batu karang tetapi semuanya disebabkan olih nahkodanya yang tidak tahu 'mengemudi'  tetapi disebabkan tersilap 'mengemudi' mengakibatkan bahtera itu 'terdampar' dibeting pasir yang cetek.

Kata orang terlanjur perahu bolih undur tetapi kerana terlanjur kata kata, semuanya binasa.
Kita tidak ingin mengulas apa yang terjadi kepada nahkodanya iaitu Najib Razak mahupun gerombolan Barisan Nasional. Tetapi apa yang ingin disulam secara halus adalah kemana dan apa yang bakal dilalui olih rakyat negara ini pada 2 ditahun yang akan datang .

Kini telah melebihi angka 130 hari Kerajaan Pakatan dibawah Dr Mahathir memerintah.  Walaupun bermacam macam 'lagu syahdu' didendangkan berserta 'bait bait' lagu menusuk kalbu dinyanyikan namun 'keberadaan' tentang ''kemeriahan ekonomi' masih lagi dibawah paras 'nyawa nyawa ikan'.
 Dengan menggambarkan bahawa keadaan hutang negara telah berada pada paras RM1 Trillion, namun, angka sebenar adalah lebih rendah dari itu.

Apa yang terjadi kini setelah Pakatan Harapan berjaya menguasai Kerajaan, apa yang dilakukan hanyalah 'mengorek' segala salah laku Kerajaan terdahulu terutama terhadap Najib ataupun skandal 1MDB.

Sebenarnya rakyat tidak heran pun terhadap skandal tu, tetapi keutamaan rakyat sebenarnya adalah 'harga barangan keperluan' mestilah rendah dan setimpal dengan pendapatan purata rakyat marhean.
Itulah yang dinanti nantikan olih rakyat marhean dan yang diharapkan terhadap Dr Mahathir agar dapat merubahnya.

Tetapi apa yang jadi kini walaupun GST telah dihapuskan dan diganti dengan SST namun kadar harga barangan tetap lagi tinggi dan masih lagi ada harga barangan yang tidak berubah langsung malahan sesetengahnya semakin naik.

Lupakan isu itu dahulu.

Seperkara yang mungkin orang kita tersalah taksir adalah terhadap pengundi kaum Cina.
Sedar atau tidak undi kaum Cina sebenarnya 'sebulek' kepada DAP. Kalau adapun diantara mereka yang mengaku bahawa mereka adalah anggota MCA ke.Gerakan ke atau mungkin ahli PKR, tetapi pada realitinya undi kaum mereka ini hanya terarah kepada mengundi DAP .

Meraka tidak akan sekali kali memberikan undi mereka kepada pemimpin Melayu atau India samaada dari BN, mahupun UMNO ataupun PAS. Tetapi itulah realiti sebenarnya pengundi kaum ini.

Perhatikan majoriti kerusi dibandar semuanya didemonasi olih kaum Cina dan hanya segelintir kawasan sub bandar diperuntukkan kepada kaum India yang mewakili parti DAP sebagai 'mengambl hati'..

Kini undi orang Melayu telah terbelah kepada beberapa bahagian.  Pecahan terbanyak orang Melayu sebenarnya terarah kepada UMNO diikuti olih PAS dan selebihnya tertumpah kepada PKR ,Amanah mahupun PPBM.

Walaupun dilihat PKR seakan akan Parti yang didemonasi olih orang Melayu tetapi pada hakikatnya peratusan orang Melayu didalam PKR tidaklah sebanyak Melayu didalam UMNO mahupun PAS tetapi disebabkan majoriti kaum India dan segelintir kaum Cina berada didalam PKR maka, kekuatan dirasakan 'terletak' keatas mereka.

Pemerintahan negara kita sebenarnya berada dalam persimpangan kuasa.
Walaupun Dr Mahathir mengakui tidak terdapat 'bara hangat" dalam Pakatan Harapan, namun, pada hakikatnya, keadaan mereka ketika ini sedang bergelora dan sekali sekala dilambung ombak.
Perbedzaan keberadaan diantara kelompok Dr Mahathir dan Anwar Ibrahim amat menyerlah ketika ini cuma yang tidak berkocak hanyalah DAP dan Amanah saja.
Tetapi sejauh mana mereka bolih bertahan atau mahu menyorokkan kebenaran hanya 'detik' bakal menentukan.

Hanya waktu saja yang memisahkan mereka. Bila harta 'korun' telah mula terserlah dan menjadi buruan 'kartel kartel' politik, maka ditika itulah perebutan bakal tercetus. Kini bayang bayang peraih telah bergerak "selaju cahaya".
Kini akan mula kita lihat 'peraih peraih' dari kaum Cina mahupun kaum India akan mula 'membanjiri' kementerian kementerian yang dilihat dapat 'menganjarkan' pulangan diatas 'sokongan' mereka.

Walaupun Kerajaan Pakatan dibawah Dr Mahathir masih mahu menidakkan 'urusniaga' terselindung ini, namun, kesempatan yang dimiliki pasti tidak akan dilepaskan dan semestinya berlaku 'pertukaran' jalan belakang demi menjaga 'kawanan'..

Kini bebayang kertel telah mula 'mengekori' watak watak yang pernah ditaburkan jasa. Tiada istilah menolong kerana ikhlas tetapi sebaliknya 'bayar balik' atau ' balas budi' wajib dilakukan.

 Itulah yang menjadi mimpi buruk dan igauan ngeri yang menanti pemimpin kerajaan masa kini.

Walaupun Kerajaan melalui SPRM mahupun ajensi pencegahan salah guna kuasa diberikan mandat untuk menguatkan undang undang bagi pencegahan namun tindakan berpileh pileh pasti berlaku disana sini.

 Waima Dr Mahathir sendiri menguar uarkan akan memininum perbuatan rasuah namun istilah 'mengatur'  untuk keperluan perjuangan' akan mengagalkan apa yang dirancang dan pasti berlaku..

Perkara yang telah menjadi darah daging dalam setiap diri ahli politik manakan bolih berubah. Untuk itu siapa saja yang menjadi pemimpin Kerajaan mahupun kerabat pemerintah, semua ini adalah lumrah yang tidak akan berubah sampai bila bila, hanya kematian saja yang memberhentikan perbuatan sipelaku tersebut.

Seperkara yang ingin disebutkan disini, tiada apa yang berubah melainkan watak saja yang berbeza namun perlakuan mereka tetap sama sampai bila bila.

Samaada Mahathir mahupun Anwar atau sesiapa saja yang berkuasa 'istilah' harta korun adalah buruan setiap diri mereka.

Sebagai penutup kata, janganlah mengharapkan keajaipan dari Dr Mahathir mahupun Anwar Ibrahim dalam mengangkat kemeriahan ekonomi negara ini melainkan 'kekelaman" atau 'ketidak tentuan ekonomi' pasti melanda .
Semuanya kerana pegangan Islam bukan lagi keutamaan pemimpinnya dan 'keikhlasan' bukan lagi ukuran.

Cahaya Al Majid.

Tabung dana PRK Port Dickson

Nama : Norrizan bin Abdul Majid
IC No.  600127-05-5009
Bank : Bank Simpanan Nasional
Akaun  : 0500 4410 0006 1324

Untuk kemudahan  lain bolih gunakan
Maybank

AKAUN No. 1551 3514 5285

Muhammad Daniel Durrany bin
Norrizan.

Tkasih.







2 comments:

  1. Malaysia memang masih berada di dalam wad ICU dan Ta-Mim tidak pernah menafikannya. Yang mencederakan negara ini dengan teruk sekali ialah UmNo-BN pimpinan Najib sekalipun Najib kelihatan bersusah payah mahu membuktikan penafian dongeng ini.

    Walaubagaimanapun dengan PH pimpinan Ta-Mim mengambil alih, pendarahan telah berjaya dihentikan. Untuk itu sahaja kita patut amat bersyukur.

    Pemulihan sedang di dalam proses dan in shaa Allah Wawasan 2020 akan mencapai matlamatnya.

    AISYALAM MALAYSIA
    (Selamatlah Malaysia)

    ReplyDelete
  2. Bro CALM-Cahaya Al Majid,

    CALM would be a nice acronym, just a suggestion TENANG!

    Anyways, one need to look into certain traits or series of character before arriving at character assumption.

    In Tun M

    - monogamous meaning he had restrain first and foremost himself from the nature of man of more is might...nafs! Interprete whatever ways you wish ie. Sexual urge, Wants, Insatiable etc

    - meaning above Tun M is LOYAL to his cherished LOVE ie wife

    - that trait has him focused to his wish, vision, ambition by not being SELFISH!

    - he begets with the mantle ie PM a full privileges and wealth and respect but also hatred and flaks.

    - but he persevered only to help assist his people via affirmative actions but the results cannot be an accomplishment since failure could be seen on the receivers but the messengers since they don't deliver 70% of the time are also to blame!

    - he could only do so much yet ground zero does not replicate then identify who are to blame.

    - the wealth his sons get are out of advantage that any privileged offsprings get anywhere in this world...privileged do not face discriminations.

    - the differences are layman are always 1000 steps behind if not millions!

    What are all these about?

    We pick the lesser of 2 evils when there is no angel presence.

    Given the choice...would ANARCHY work? Ponder!

    Good luck and hoped you give that brader a bloody good run for his money. Better if you beat him square at PD.

    Salam.

    ReplyDelete