Friday 6 September 2019

THE PROMISED LAND : TUAN APA MELAYU ITU, SOAL MAHATHIR.

Bismillahhirrahmannirrahim.

BAHAGIAN PERTAMA.

Ungkapan  itu diangkat olih Mahathir dan diluahkan mengikut apa yang beliau lalui dan ingin bandingkan bermula dari era zaman beliau remaja dahulu sehinggalah kini.

Perlu kita hayati bahawa Mahathir telah memulakan karier politik seawal usia dewasa atau setelah beliau melepasi zaman pendidikan tinggi atau zaman Universitinya.

Semua orang dah tahu susur galur halangan dan pencapaian politik beliau seawal zaman Perdana Menteri Tunku Abd Rahman lagi. Dan ketika itu beliau menganggap dan mengkategorikan diri beliau sebagai "ultra melayu".
Itulah apa yang beliau rasa...

Apa yang diperjuangkan dahulu adalah " mengikut kemahuan"nya saja yang beliau merasakan bahawa "ajenda" beliau adalah yang terbaik berbanding ajenda dan pandangan orang lain.
Itu sebab beliau sanggup "mengkhianati" Tunku Abd Rahman.

Apa yang cuba dipakaikan olih Mahathir kepada bangsa Melayu ialah pakaian Melayu sebagai " pemalas" dan Melayu kurang berusaha berbanding kaum lain mengikut pandangan beliau.

Buta ke Mahathir..???
Sudah beribu ribu anak Melayu yang telah berjaya ke menara gading dan berkerjaya Professional. Sejak.61 tahun dahulu  sudah banyak anak Melayu berjaya samaada diera beliau lagi dan kebanyakkannya mereka telah banyak menghambakan diri didalam Kerajaan.
Bukan itu.ke yang dibanggakan olih Kerajaan BN yang dipimpin beliau dahulu.

Dari pengarah dan semua sub sektor Kerajaan semuanya dipenuhi olih anak anak Melayu..atau..adakah sebenarnya Mahathir nak menuduh bahawa anak Melayu ini .dipilih atas faktor bangsa dan bukan kelulusan??

Itulah yang cuba dimainkan olih Mahathir  semenjak menjadi PM kali kedua dan diera Tunku Abd Rahman dahulu Mahathir meluahkan kesemuanya diatas sebuah buku The Malay Dilemma sehingga dikecam Tunku.

Cuba tanya Mahathir..siapa yang menjadikan bangsa Melayu sebagai nelayan, penoreh getah , penanam padi, askar mahupun polis? Adakah itu kemahuan mereka atau ahli politik yang merencanakan ideologi ini kepada Melayu.

Yang paling win, kenapa dizaman itu "dikerah" semua anak anak Melayu untuk menyertai Tentera mahupun Polis untuk mempertahankan kemerdekaan negara dari ancaman komunis dan bukan terhadap kaum Cina dan India?

Dan apakah slogan Parti Perikatan atau UMNO  yang Mahathir anggotai itu,  yang didendangkan kepada umat Melayu ketika itu??
"Demi tanah air ,rela berkorban nyawa".


Dan tidak sedarkah Mahathir ketika itu??dan kenapa Parti yang dianutinya tidak mencuba "memperkasakan" ekonomi orang orang  Melayu serta memberi peluang ekonomi untuk sama sama bersaing dengan bukan Melayu ?

Kalau Mahathir menganggap dirinya amat berpandangan jauh seperti yang didakwa kenapa dia tidak cuba menyadarkan kaum Melayu yang dipimpinnya akan kepentingan pengukuhan ekonomi Melayu???

Cuma apa yang dihadam Mahathir adalah mencari "kuasa" dan "kuasa" sehingga hari ini.

Sedarkah Mahathir bahawa dia berpeluang selama 22 tahun sebagai Perdana Menteri dan beberapa tahun juga sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Penuh , apa kuasa yang digunakan untuk menaikkan taraf ekonomi orang Melayu??

Sedarkah  Mahathir bahawa terdapat ramai orang politik dibawah kekuasaan Parti beliau iaitu UMNO ketika itu hidup kaya raya yang melebihi penndapatan mereka.yang.bolih dipertikaikan "puncanya " tetapi ,adakah Mahathir ambil  kisah??

Jadi siapa dia tokoh diera beliau yang telah berjaya diheret dan didakwa dimahkamah kerana salah guna kuasa dan rasuah diera Mahathir??

Yang kita nampak keempat empat nak beliau berada dipersada Billionair mahupun millionair Malaysia yang berjaya diera beliau berkuasa.

Mahathie...Ooh..itu.usaha mereka sendiri..mereka kerja.kuat siang dan malam bukan macam orang Melayu.lain.yang pemalas , kurang berusaha dan bangsa menanti subsidi..

Cahaya Al Majid.




1 comment:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete