Friday, 13 September 2019

THE PROMISED LAND : MAHATHIR MASIH TAK MOVE ON

Bismillahhirrahmannirrahim.

Kerana UMNO dan PAS mahu memulakan iltizam baru dengan hala tuju dan perjuangan yang berkiblatkan kepada Melayu dan Islam, maka kini Mahathir dah mula gabra dan keresahan.

Ungkitan kisah istilah " kafir" olih PAS diera Mahathir mengetui Parti UMNO( yang telah berjaya mengayakan anak anak beliau) kini "zikir kafir"  diratip semula olih Mahathir  diambang kedua parti Melayu ini ( UMNO dan PAS)  memulakan jalan baru dan melupakan kisah silamnya.

Kalau dahulunya Mahathir sendiri menganggap bahawa parti DAP adalah parti rasis dan bersifat perkauman terutama kepada bangsa Melayu, tetapikini kenapa, Mahathir sangggup menjilat "kahak" yang beliau ludahkan?
Sudahkah Mahathir melutut dan memohon maaf daripada bangsa DAP terutamanya Lim Kit Siang mahupun Karpal Singh? Atau sememangnya Mahathir dan melutut dihadapan DAP untuk kuasa dan jawatan Perdana Menteri?
Begitu juga terhadap Anwar Ibrahim ataupun PKR?

Dalam kes pembunuhan Memali yang rata rata adalah Melayu PAS ,sudah kah Mahathir minta maaf kepada keluarga mangsa yang terkorban, kerana, beliau adalah Perdana Menteri ketika itu, walaupun Musa Hitam adalah Timbalan yang dikambing hitamkan

Bukankah kebertanggungjawapan dan memohon maaf itu seharusnya dipikul olih Mahathir kerana beliau adalah Perdana Menterinya??.

Dari apa yang rakyat nampak, kini Mahathir dah mula "kepanasan" kerana Melayu UMNO dan Melayu PAS sudahpun bersetuju untuk tujuan penyatuan UMMAH ini.

Kini bukan saja Mahathir dan PPBM dah mula melalak akan penyatuan ini, malahan,  cina DAP dan India DAP begitu juga dengan Melayu PKR serta Melayu Amanah pun dah mula mengata macam macam .

Nampaknya ketakutan Pakatan Harapan sudah menjadi jadi, ditambah pula beberapa isu kebelakang ini yang rata rata dimulakan olih Pakatan Harapan sendiri, seperti isu khat, pengajaran tulisan jawi, Zakir naik, pengutamaan produk Muslim dituduh boikot, isu Mycard dan macam macam lagi.

Tapi nak tanya jugak, adakah Mahathir merasakan ungkapan "kafir" melalui amanat Hj Hadi terhadap UMNO itu telah menjadikan Mahathir seorang kafir??

Cahaya Al Majid.

1 comment:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete