Sunday, 3 May 2020

THE PROMISED LAND : YANG KU LIHAT DARI MATA KU.

Bismillahhirrahmannirrahim.

INI YANG KU LIHAT :

HANYA DARAH BERSEMAH DINEGARA
INI SAJA YANG BELUM LAGI TERJADI.

Lepas satu satu isu yang melanda masyarakat.

Tak cukup dengan isu orang politik yang menghangatkan rakyat,kini, warga negara luar yang datang mencari rezeki dalam negara ini pun mendatangkan masaalah juga.

Kalau dahulu kita hanya berdepan dengan pendatang asing dari Indonesia yang melambak lambak,tak cukup dengan itu kini negara berdepan pula dengan isu dari bermacam macam warganbangsa asing samaada dari India je, Pakistan ke, Nepal ke,Myanmar ke, Vietnam ke, malahan kini, bangsa kulit hitam dari Africa juga memeningkan.

Tak cukup dengan itu berduyun duyun pelancong warga negara China juga dikata tidak keluar keluar dari negara ini. Kalau datang setakat melancong tak pa la juga, tetapi ini tidak.

Mereka menggunakan pula negara ini sebagai hub "Judi Haram"terbesar mereka.
Beratus ratus "pelancong" Cina ini yang datang kenegara ini dan ramai diantara mereka telah ditangkap kerana "terlibat dalam kes "judi dalam talian'.

Tak cukup dengan itu, ramai juga pelancong dari Cina terutama wanita ditangkap kerana terlibat dalam kes pelacuran dinegara ini.

Ada pelacur dari Russia, Kazakstan, Mongolia dan dari seluruh dunia dan mereka menjadikan negara ini sebagai pusat pelacuran mereka.pula.

Begitu juga dengan scammer atau love scammer yang dikendalikan olih warga asing terutama dari benua Afrika, tetapi, kenapa mereka dilihat bebas dinegara ini? Kebanyakkan mereka ini berselindung disebalik  "visa pelajar' untuk menjayakan
ajenda busuk mereka ini.

Tidak sedarkan pihak penguasa negara terhadap isu ini?

Kebelakang ini pula, terdapat pula warga negara yang telah diberikan status warganegara' kerana keturunan mereka pendatang dinegara ini, sudah mula menunjukkan sikap kurang ajar.

Kaum ini sudah berani untuk memaki dan mencaci bangsa Melayu.

Wajar tak untuk kerakyatkan mereka ini ditarik balik?

Begitu juga dengan status warga China yang mempunyai Kad Pengenalan, kita mahu kerajaan menilai semula dan membuat penyaring semula terhadap mereka mereka ini dan tentukan bahawa pendatang pendatang yang telah memiliki status kewarganegaraan ,tidak dibenarkan berpolitik dan tidak dibenarkan mengundi sama sekali dimasa hadapan.

Akta penghinaan terhadap orang Melayu perlu digubal dan dikuatkuasakan.

Kalau benarlah Kes keluarga Jakel yang menghina orang Melayu ,maka,tindakan terhadap mereka ini wajib diadili di Mahkamah  kerana menghina Melayu .

Melayu itu sebenarnya  merangkumi Institusi Raja Raja Melayu dan Maruah Kedaulatan Raja Raja Melayu Dan Institusi YDP Agong yang berpaksikan kepada Bangsa Melayu.

Selagi mereka ini tidak diberi pengajaran, selagi itu mereka ini tidak akan bersyukur kerana hidup dibumi Melayu.

Cahaya Al Majid.

No comments:

Post a Comment