Sunday, 3 May 2020

THE PROMISED LAND : ADAKAH HASIL ARAK LEBIH BERHARGA BERBANDING NYAWA MANUSIA?.

Bismillahhirrahmannirrahim.

ADAKAH KERAJAAN KETAGIH AKAN
HASIL ARAK?

Berdegar degar ahli politik mengaku bahawa agama resmi negara adalah Islam.

Sejak dari zaman Tunku Abd Rahman sehinggalah ke Mahathir yang berjaya menjadi Perdana Menteri sebanyak 2 Kali dan digantikan pula olih Muhyiddin namun isu arak dan perkara perkara yang diharamkan disegi hukum Agama  Islam masih lagi berlaku.

Tetap juga seperti dahulu sehingga sekarang,samaada, arak ke, judi ke, pelacuran ke atau apa saja yang berkaitan dengan perbuatan haram tetap saja berleluasa dan tetap tak haram mahupun diharamkan olih Kerajaan memerintah.

Atau adakah kerana hasil  duit haram ini yang bergantung sangat Kerajaan terhadap nya?

Disebabkan arak dan peminum arak yang mabuklah menyebabkan ramai orang Islam atau Melayu mati, kerana dilanggar olih sipemabuk yang kebanyakkan dari orang bukan Islam.

Hari ni berulang lagi, seorang anggota keselamatan pula yang dilanggar sehingga menyebabkan kematian gara gara dilanggar olih pemabuk.

Tak cukup lagi kah orang Melayu mati dilanggar olih peminum arak?

Atau adakah kerajaan sengaja menunggu sampai orang Melayu hilang akal dan mengambil keputusan ditangan sendiri dengan membakar semua kilang arak atau tempat tempat haram sekali baru nak ambil tindakan?

Kenapa Kerajaan berlembut sangat dengan.kaum minoriti yang suka bermabuk mabuk ini?

Cukup cukuplah bertolak.ansur..

Jatuhkan kesalahan mandatori terhadap mereka yang mendatangkan kecelakaan terhadap orang lain dengan hukuman penjara seumur hidup sekiranya kemalangan yang melibatkan kehilangan nyawa berserta rotan terhadap pemandu mabuk.

Sudah berpuluh tahun negara merdeka dah, tapi isu arak dan judi tak pernah selesai.

Bila Ahli politik bercakap seolah olah mereka saja yang betul dan pandai tetapi pada hakikatnya.. mereka lah yang menjadi pengkhianatan terhadap agama Islam. Kalau cakap hal Agama merekalah yang champion.


Yang menjadi mangsa adalah rakyat terutama bangsa Melayu, yang mendapat busuk adalah Agama Islam.

Cahaya Al Majid.

No comments:

Post a Comment