Wednesday, 14 October 2020

THE PROMISED LAND : ANTARA KUASA DAN NIAT DIRI: MUHYIDDIN DALAM DILEMMA!

 Bismillahhirrahmannirrahim.

Baru semalam dituliskan dalam posting tentang untung nasib Muhyiddin dan Kerajaanya bilamana Anwar dijemput YDP Agong untuk menghadap.

Walaupun Anwar mengatakan telah menyerahkan nama nama Ahli Parlimen yang menyokong beliau tetapi dinafikan pula olih Istana akan perkara yang dinyatakan olih Anwar namun.susulan dari itu,berantaian perkara terjadi.

Tak kan ada apa apa, cuma Anwar buat gempak!! Tajuk posting..tetapi

Walaupun Muhyiddin merasakan kedudukan beliau "terselamat" dari gerakan Anwar sehingga sanggup membuat "live facebook" seolah olah beliau tidak terkesan dan mempertontonkan kepada umum namun kegusaran tetap terlihat diwajah beliau.

Apa yang saya tulis semalam mengatakan bahawa Muhyiddin tetap tidak selamat terutama dari 'ketidakpuasan hati UMNO", terhadap PN dan melalui mesyuarat  UMNO malam tadi, pemimpin UMNO telah membuat keputusan bahawa "pertimbangan" terhadap sokongan kepada Muhyiddin dan PN bakal berubah sekiranya tuntutan UMNO tidak dipenuhi.

Hahahah.. disini lah letaknya 'niat' masing masing, samaada nak mendahului "kehendak hati" atau 'kuasa".

Walaupun kesepakatan bakal dimeteri diantara Muhyiddin dan pemimpin UMNO yang dibuat demi kelangsungan masa depan masking masing dan kepentingan diri kedua pihak, namun, dihujung cerita, akan ada Ahli Parlimen UMNO yang "membatalkan' dan keruntuhan Kerajaan Muhyiddin dan hilang sokongan pasti berlaku dalam masa terdekat.

Perkara ini berbangkit kerana hilangnya kebolehpercayaan beberapa Ahli Parlimen UMNO terhadap Presiden.

Tempoh 90 hari yang saya tuliskan terdahulu masih berjalan dan masih berbaki 40 ke 45 hari lagi dan apa yang dituliskan nampaknya  menjurus terhadap apa yang dinyatakan.

Cahaya Al Majid.




1 comment:

  1. Insyaallah, masih ada jalan keluar. Apa yang penting, kesatuan ummah melebihi kepentingan peribadi dan politik kesukuan.
    Ada jalan keluarnya tu. Sabarlah.

    *Jika UMNO bercium mulut dengan DAP, nescaya rakyat memandang jijik dan penolakan UMNO dalam PRU15 akan terjadi. Pada masa itu nanti, UMNO total runtuh dan tidak dapat bangkit lagi sebagai UMNO.

    2 tahun lepas saya membayangkan PAS mempunyai sinar harapan. Oleh itu, dgn lekukan peristiwa yang telah, sedang & akan berlaku ini,
    pesan saya kepada PAS, istiqomahlah dengan PN (kerajaan Mahyuddin) agar dilihat rakyat sekalian melayu mereka mendahulukan maslahah dan kepentingan ummah serta agama.

    "ADA JALAN LURUSNYA NANTI UNTUK BANGSA MELAYU"

    ReplyDelete