Bismillahhirrahmannirrahim.
Hari ini diberitakan bahawa Anwar Ibrahim telah diperkenan untuk mengadap YDPA Agong pada minggu hadapan, bersamaan hari Selasa.
Apa BENARKAH Anwar mempunyai cukup nama Ahli Parlimen untuk dipersembahkan kepada YDP Agong?
Benar!!! Anwar sememangnya mempunyai nama Ahli Parlimen yang lengkap untuk dipersembahkan kepada YDP Agong.
Namun apa yang membataskan usaha beliau adalah, beliau terpaksa membuktikan bahawa PENAMA tersebut sememangnya menyokong beliau.
Walaupun nama nama yang dipersembahkan itu merupakan nama nama sebenar Ahli Ahli Parlimen tetapi"Kesahan" penama penama yang didakwa "menyokong' beliau tersebut juga agak meragukan.
Disini lah timbul keraguan bagi pihak YDP Agong.
Satu Malaysia sudah tahu bahawa ramai dikalangan Ahli UMNO dan BN telah menafikan 'apa yang didakwa" Anwar.
Jalan terakhir yang akan berlaku,Anwar terpaksa membuktikan "Kesahan sokongan" terhadap diri beliau perlu dilakukan di Parlimen saja.
Niat atau impian Anwar Ibrahim untuk "menggulingkan" Kerajaan Muhyiddin atau menganggap '"Kerajaan Muhyiddin Tumbang" seperti yang didakwa dua minggu lepas, akhirnya bakal kecundang.
Istilah membawa nama dan istilah 'cukup sokongan' melalui SD yang berlaku dibeberapa DUN negeri sehingga bertukarnya kepimpinan negeri tidak akan terpakai dalam istilah pertukaran Ketua Negara dalam tuntutan Perlembagaan Negara.
Kecuali,sekiranya terdapat beberapa orang Ahli Parlimen dengan terang terangan atau membuat pengumuman sendiri olih Ahli Parlimen terbabit, samaada memgumumkan keluar Parti dan menyokong Anwar atau mengatakan hilang sokongan terhadap kepimpinan Parti mereka dan keluar menjadi Ahli Bebas, maka, "tergugur"nya Kerajaan Muhyiddin jugs perlu dirujuk ke Parlimen.
Olih itu dimana "impian" Anwar Ibrahim mahu disandarkan?
Tetapi kedudukan Muhyiddin ketika ini juga bolih diibaratkan sebagai "telur dihujung tanduk".
Menantikan pembentangkan belanjawan pada November ini, ini akan mengecutkan hati Muhyiddin. Samada pembentangkan tersebut akan disanggah Pembangkang atau ditentang olih mereka yang dahulunya Pro PN, semua nya bakal, terjawap diwaktu sidang Belanjawan nanti.
Terbubar atau tergugurnya Kerajaan PN Muhyiddin akan terjawap disidang Parlimen November ini.
Menantikan detik detik tersebut, nyawa PN dan kedudukan Muhyiddin tetap berada pada "paras hidung".
Cahaya Al Majid.
P/s : U Tube Channel Cahaya Al Majid. Dengarkan pendedahan ini diBahgian 4.
Ken Paddler menyaksikan kejadian nyata di Zurich tetapi masih tidak mahu menerima hakikat.
Kata Ken Peddler ' I'm the choosen one'.. Kenapa saya tahu rahsia "NOMAD'? Akhirnya saya dimaki kaw kaw. Allahhuakbar!!!!
No comments:
Post a Comment