Wednesday 5 May 2021

THE PROMISED LAND: MERENTAS NEGERI HARAM KATA MUFTI??.

Bismillahhirrahmannirrahim.

Bukankah "halal dan haram" hanya terpakai pada peraturan Allah SWT yang terkandung didalam Al Quran saja.

Kenapa peraturan manusia perlu adalah istilah 'halal dan haram".

Allahhuakbar! Allahhuakbar! Allahhuakbar!!

Sudah dua orang Mufti telah menyifatkan bahawa hukum bagi mereka yang "merentas negeri' yang telah digazettekan Ulul Amri atau pemimpin Kerajaan  adalah haram hukumnya.

Peergh...senangnya Mufti Mufti ini menghalalkan.hukum Kerajaan.

Benar negara kini dilanda Covid 19 dan sedikit rakyat terkesan dan terjejas kerananya,namun, menfklasifikasikan rentas Negeri sebagai haram adalah keterlaluan dan memesongkan akidah umat Islam.

Perlu ditelili ,bukan semua manusia dan kawasan dinegara ini dijangkiti virus. Kini keadah menghindarinya pun telah dikeluarkan, olih itu adakah perlu Mufti ini mengeluarkan pandangan bahawa sekiranya larangan.ini tidak diikuti maka "haram" adalah natijahnya.

Jangan suka suki menjatuhkan hukum .

Kini penghukuman haram telah dipahatkan terhadap rakyat. Adakah orang bukan Islam juga akan terkait dengan hukum ini? Atau hanya ditujukan kepada orang Islam saja?

Adakah mereka mereka yang diberikan "surat.surat kebenaran merentas' ini terkecuali dari "hukum haram" yang dibuat olih Mufti ini? 

Atau adakah surat kebenaran perjalanan merentas' ini merupakan satu lesen dihadapkan Allah SWT nanti untuk menentukan halal haram perbuatan tersebut. 

Terpakaikah????

Atau!!!

Adakah Raja Raja, Menteri Menteri, Ulama dan Ustaz  yang telah terbukti melanggari sekatan merentas negeri' ini juga tergolong dalam kategori "haram" juga? atau "hukum haram" ini hanya terpakai atau dibelitkan kepada tengkok rakyat marhean saja???

Wahai Mufti jangan sewenang senangnya "meminjam kalimah Allah SWT iaitu 'haram" dalam mengharamkan yang halal seperti yang nyata didalam Al Quran.

Wahai Mufti Mufti gunakanlah pendekatan atau istilah lain dalam menghukum perbuatan "rentas negeri" ini dan jangan sekali kali  kaitkan dengan hukum Agama untuk menghalalkan perbuatan kamu.

Pandangan Mufti Mufti ini lebih menampakkan kejumudan dan kedangkalan ilmu yang difahami.

Cahaya Al Majid.


No comments:

Post a Comment