Wednesday 9 June 2021

THE PROMISED LAND: KEGILAAN PN: RAKYAT MATI BERIBU TAK PA!!!.

Bismillahhirrahmannirrahim.

Kerana kegilaan PN mahu mendemonasi Kerajaan Sabah, kini balanya tetimpa kepada rakyat Semenanjung. 

Kini ribuan rakyat telah terkorban kerana terjangkit Covid 19,semuanya kerana kegilaan Mahiaddin dan PN untuk meluaskan kuasa.

Semuanya berpunca apabila pilihan raya Negeri terpaksa diadakan kerana Kerajaan Shafei Afdal telah diasak sehingga  hilang sokongan  dari Ahli Parlimen yang dahulunya menyokong Shafei. 

Mereka sanggup lompat parti kerana didorongkan kuasa serta imbuhan harta yang diumpankan dan akhirnya ini meruntuhkan Kerajaan semasa.

Itulah hebatnya kuasa 'wang ringgit dan habuan kedudukan"kepada sang katak yang semuanya sanggup digadai walaupun nyawa rakyat terpaksa dikorbankan. 

Hebat Mahiaddin dan PN ni..

Setelah PRN Sabah selesai, maka penularan Covid-19 mula meningkat diSabah dan jumlah mencanak diSemenanjung .

Namun tidak seorang pun pemimpin politik  dari pihak PN mahupun Mahiaddin merasa bersalah diatas tindak tanduk mereka serta melakukan pemohonan maaf kepada rakyat, terutama terhadap keluarga yang telah kehilangan ibu bapa, anak anak dan orang tersayang. 

Kerana kedurjanaan Mahiaddin dan Kerajaan PN pimpinanya, kini rakyat terpaksa menjalani berbagai PKP sehingga ramai yang hilang pekerjaan.

Adakah kesusahan rakyat telah dapat menginsafkan mereka mereka ini?

Namun !!semuanya adalah kerana kegilaan Mahiaddin dan PN.

Sebenarnya Mahiaddin atau Kerajaan PN nya telah runtuh ketika 2 orang Ahli Parlimen UMNO yang telah menarik sokongan terhadap beliau mahupun Kerajaan PN pimpinanya,namun disebabkan "Darurat" telah diistiharkan melalui kuasa YDP Agong, maka,Persidangn Parlimen digantung olih Mahiaddin. Maka, tertangguhlah akan 'keruntuhan' Kerajaan PN buat seketika.

Kini Covid 19 sudah melumpuhkan banyak sistem dalam negara. Bukan saja sistem Kesihatan sudah terjejas teruk malahan keadaanya sekarang sangat lah nazak . Kematian pesakit berpuluh puluh, pesakit terjangkit beribu ribu, katil ICU tidak mengcukupi, peti mayat tidak mengcukupi,petugas hospital kelelahan, pusat kuarantin terpaksa ditambah dan bermacam macam lagi.

Kini Ekonomi negara semakin menguncup dan berada pada paras hidung dan bila bila masa bolih tengelam dan kelemasan. Namun hakikat ini masih mahu dilindungkan dari rakyat.

Terkini ekonomi rakyat kelas M40 dan B40 pula sudah berada dalam zon merah dan bila bila masa bolih terhenti atau mati. Walaupun ada bantuan dihulurkan namun bantuan tersebut tidak memadai. 

Bayangkan RM100 diberikan kepada golongan orang muda tetapi adakah RM100 dapat menampung kehidupan untuk 14 hari bagi setiap individu.bujang?

Walaupun hari ini YDP Agong telah mula menerima mengadap beberapa pemimpin politik sejak berbulan mendesak, namun,cahaya dihunjung terowong yang terlihat masih amat jauh untuk dicapai.

Tetapi diucapkan terima kasih juga kepada Iswardy Morni yang dilihat secara biadap olih Kerajaan PN dalam 'mengetuk' pintu Istana terutama terhadap YDP Agong, dan kemungkinan keresahan kebiadapan rakyat dari terus merebak , dan kemungkinan ini juga telah "membangunkan' Raja Raja Melayu.

Alhamdullilah.

Sebenarnya waktu yang dimiliki negara semakin singkat dan penuh gelombang.

Kemudharatan besar sedang menunggu negara dihadapkan.

Salah perhitungan Ulil Amri dan Pemerintah masa depan negara akan pasti hancur.

Cahaya Al Majid.









No comments:

Post a Comment