Tuesday 25 January 2022

THE PROMISED LAND: JOHOR DIKELIRUKAN??

Bismillahhirrahmannirrahim.

Hahahah 🤣😂🤣😂.

Kelompok yang mahu menentang BN dan UMNO dah mula mencanai .

Kalau sebelum ni, PAS mendabik dada kerana meyakini bahawa Mahiaddin atau Bersatu mahupun PN yang dianggotainya bolih menghadirkan "kerusi DUN' di PRN Melaka, heeem...akhirnya..yang dikejar tak dapat..malahan yang dijaniikan BN pun melepas dan akhirnya PAS sendiri yang kempunan dan terkulat kulat..

Hahahah 🤣😂🤣🤣

Bagai hidung yang tak mancung...kini PAS mula menyorong diri,untuk berkerjasama dengan BN atau UMNO di PRN Johor pula.

Atau PAS dah lupa atau buat buat lupa bahawa mereka (PAS) kini adalah sebahagian dari PN. Dah kenapa masih meratip akan keberadaan Mufakat Nasional yang telah 'ditalkinkan' sendiri olih PAS sewaktu diPRN Melaka?

Kepada lebai.lebai PAS cukup cukup lah jadi  golongan "munafik politik" yang hanya menjual jenama "penyatuan Islam" demi keuntungan diri sendiri. 

Pengundi tak nak beli lagi..lagu serupa..

Hari ini pemimpin Bersatu mula mencadangkan agar semua parti pembangkang bergabung dibawah satu khemah demi berdepan BN dan UMNO.

Hahahah 🤣😂😂.

Bukankah Bersatu atau PPBM sebelum ini merupakan komponen Pakatan Harapan ke? Sanggup kah Pakatan Harapan.yang kini diterajui olih Anwar Ibrahim serta Lim.Guan Eng dan Mat Sabu menelan.apa.yang dicaci dan dimaki olih Mahiaddin dan pemimpin PPBM sebelum.ini?

Sanggup kah Anwar,.Lim Guan Eng mahupun Mat Sabu menerima cadangan Bersatu mahupun PN ini? 

Dalam PH ada Amanah dan dalam PN ada PAS.

Hahahah 😀😂 berghamuklah ..sampai.kesudah.

MUDA nak bertanding 42 kerusi, Pejuang pun nak bertanding 42 dikerusi yang sama juga. PN pun nak bertanding 42 kerusi ditempat yang sama juga.. 

hahahaha 🤣😂😂 lawan jangan tak lawan!!

Berghamuklah ..

Tetapi apa yang pasti.. rakyat sudah terjebak 22 bulan dibawah Pakatan Harapan pimpinan Mahathir..yang kesudahanya.. hanya dendam Mahathir terhadap Najib saja yang berjaya dilaksanakan, selain nya semua kelaut..nasib rakyat dan negara..lingkup dikerjakan rakan samaada PPBM mahupun sekutu mereka DAP PKR mahupun Amanah, semua sama saja.

Begitu juga dengan Mahiaddin, hanya bertahan 17 bulan, kerana peselingkuhan dalam langkah Sheraton untuk berkuasa, akhirnya Kerajaan yang dipimpin Mahiaddin yang dinamakan Kerajaan PN, melingkup negara kerana "darurat' dan PKP . Apa yang kita lihat darurat' dibuat hanyalah demi kelangsungan kuasa dia. 

Akhirnya apabila  YDPA bertitah  kerana terlampau.banyak Mahiaddin "bersilat', maka akhirnya merudum Kerajaanya apabila ditunjukkan jalan ke Parlimen.

Kerana kebebalan dan kerakusan kuasa akhirnya, seluruh rakyat dan negara yang menerima bala dan bahananya.

Kerajaan Ismail Sabri  yang ada sekarang ni pun hanya meneruskan legasi Mahiaddin walaupun Ismail Sabri dari UMNO.

Lembabnya Ismail Sabri ini, mengalahkan Mahiaddin. Langsung tak leh pakai. Tiada pendirian. 

Berdirinya Ismail Sabri dipersada jawatan PM  hanyalah bersandarkan dari sokongan Mahiaddin serta katak' katak' politik dari PPBM.

Itulah kekuatan Ismail Sabri yang sedang menjawat jawatan Perdana Menteri di Putrajaya kini.

Inshaallah, negeri bakal berada dilandasan sebenar bila mana PRN diJohor bakal disandang olih BN dan UMNO.

Parti siapa bakal pupus dan parti siapa bakal berpecah nantikan selepas keputusan PRN.

Yang menariknya kini, sekali lagi PKR bakal jadi mangsa dan DAP bakal hilang banyak kerusi dan MCA bakal diterima semula olih masyarakat Cina. 

Kaum Cina amat terkesan dengan mainan Mahathir ketika dia memerintah. Kaum Cina juga terpedaya dengan mainan silapmata DAP.

Ini mengakibatkan ramai peniaga kecil dan besar kaum Cina terjejas teruk akibat dari dasar Mahathir dan dari dasar Kerajaan Mahiaddin pula, kaum Cina mula susut kekayaan dan mula hilang punca pendapatan kerana darurat' serta lockdown PKP berpanjangan.

Kini orang Johor sudah tidak termakan dakyah pembangkang lagi. 

Bersatu menwar war kan agar semua parti pembangkang bergabung.

Tujuan pengabungan semua parti pembangkang hanyalah untuk menjatuhkan BN dan UMNO saja kerana tidak mahu BN dan UMNO kembali berkuasa. 

Kalau itulah matlamatnya, maka, akan berulang lagi cerita cita cita Mahathir iaitu "mahu menjatuhkan Najib". Menjatuhkan dengan apa cara sekali pun.

Cerita pembangkang untuk membangunkan Negeri langsung tidak berbunyi. 

Yang didendang pembangkang hanyalah "pembubaran DUN  dan mengadakan PRN Johor hanyalah untuk menyelamatkan Najib dan Zahid dari kes Mahkamah.

Apa punya gila.. pembangkang!!! Tak da kaitan langsung antara kes Mahkamah dengan PRN Johor.

Nanti kita sambung lagi!!

Cahaya Al Majid.





No comments:

Post a Comment