Bismillahhirrahmannirrahim.
Tak da masa dah" kata Mahathir.
Itu kata kata Mahathir yang dilayangkan kepada semua pengundi diJohor pada PRN Johor yang bakal diadakan dalam beberapa hari ini.
Tujuannya tidak lain dan tidak.bukan hanyalah mahu "melekatkan stigma' dalam minda rakyat agar menolak pemimpin Pusat UMNO yang telah labelkan sendiri olih Mahathir sebagai "kluster Mahkamah".
Pelabelan.ini sekarang telah diguna pakai olih seluruh kepimpinan pihak yang melawan UMNO.
Sedar atau tidak, kluster Mahkamah yang didendang olih Mahathir ini tiada seorang pun dari mereka ini akan bertanding pada PRN Johor.
Bolih ke ADUN BN/ ADUN UMNO yang menang nanti bolih merubah keputusan Mahkamah atau keputusan Hakim terhadap kluster Mahkamah ini?
Kini Ismail Sabri yang berjawatan Perdana Menteri pun tidak mampu merubah keputusan bersalah terhadap Najib dan merubah keputusan pendakwaan terhadap Presiden UMNO.
Olih itu bagaimana.mungkin secara logik akal bahawa keputusan Mahkamah bolih dipengaruhi olih Pemimpin UMNO yang berjawatan didalam Kerajaan?
Kini hanya tinggal beberapa hari saja untuk pengundian bagi memileh Wakil Rakyat atau Parti mana satu yang berjaya membentuk Kerajaan akan diadakan .
Tarikh 12 haribulan Mac adalah penentu kepada segala ketidaktentuan politik yang berlaku selepas PRU 14.
Dengan segala carca marba politik yang diberlaku selepas PRU 14, inshaallah, pada 12 haribulan ini semuanya bakal berakhir.
Kini semua Ahli gabungan Pakatan Harapan yang terdiri dari Bersatu, PKR, DAP dan Amanah semuanya telah terpecah.
Blog Bersatu telah berpecah 3 bahagian iaitu Mahathir menubuhkan Pejuang, Syed Sadik menubuhkan MUDA manakala Mahiaddin tetap bersama PPBM atau Bersatu setelah Mahathir diketepikan.
Blog Pakatan Harapan tetap sama cuma PKR tidak lagi menggunakan lambang Pakatan Harapan seperti di PRN Melaka.
PKR akan menggunakan logo sendiri manakala DAP dan Amanah atau PAN saja yang masih menggunakan lambang Pakatan Harapan.
Manakala MUDA difahamkan akan menggunakan lambang sendiri juga tetapi "persepakatan" yang dikata terjalin antara MUDA dan PH mahupun PKR kini menjadi perbalahan.
Seperti yang saya tuliskan terdahulu, BN akan menang bergaya kali ini di PRN Johor. Ini adalah ketentuan 'perjalanan".
Mahathir sengaja menuduh Najib mahu jadi PM buat.keli kedua.
Ini hanyalah "mainan sentiment" saja bagi "memecahkan hati" rakyat. Dan kini keberadaan Najib di kempen PRN Johor telah meninggalkan pihak lawan ditahap yang paling memalukan.
Walaupun Najib bukan lagi Perdana Menteri mahupun seorang Menteri Kabinet tetapi setiap kali Najib turun padang untuk berkempen, alhamdullilah, rakyat menerima beliau seadanya berbanding pemimpin pihak lawan.
Dari mata hari pihak lawan, samaada Mahathir ke, Mahiaddin.ke, Anwar Ibrahim ke mahupun pemimpin dari DAP , keterujaan rakyat untuk bersama Najib amat luar biasa sekali. Ini yang dikatakan bahawa "darjat' seseorang hanya Allah SWT saja yang mengetuai.
Dengan berbagai penghinaan, cacian, makian serta sumpah seranah yang dilontarkan terhadap diri Najib, namun dilihat dari perwatakanya, Najib amat cool dan tidak melatah malah mematahkan serangan terhadap dirinya dengan fakta nyata.
Itulah ketakutkan terbesar Mahathir, Mahiaddin, Anwar Ibrahim, Mat Sabu mahupun DAP terhadap Najib , UMNO mahupun BN..
Inshallah BN bakal meraih 42 Kerusi DUN di PRN Johor, dimana parti Mahathir bakal menerima kemaluan terbesar dalam sejarah politik negara.
Begitu juga dengan PN dimana PAS berteduh mereka juga bakal menerima nasib yang sama seperti Pejuang.
MUDA akan tetap menjadi Muda dan tidak akan masak sampai bila bila.
Nasib malang buat DAP, kerusi mereka juga bakal menyusut pada PRN kali ini.
Kemenangan UMNO dan BN.kali ini adalah "jalan jalan" rintis untuk satu prasa yang lebih besar pada PRU 15.
Walaupun Ismail Sabri hanyalah penyambung mandat Mahiaddin dan Kerajaan PN dalam rupa Keluarga Malaysia, namun, semuanya berakhir sedikit masa lagi.
Nantikan... inshallah...
Cahaya Al Majid.
No comments:
Post a Comment