Wednesday, 13 July 2022

THE PROMISED LAND : ISMAIL SABRI MENGKHIANATI UMNO???.

Bismillahhirrahmannirrahim.

Adakah Ismail Sabri akan menerima nasib yang sama seperti Mahiaddin?

Ismail Sabri didakwa telah membuat keputusan sendiri tanpa merujuk kepada kepimpinan tertinggi partinya ketika menandatangani perjanjian tentang keperluan melantik seorang Timbalan Perdana Menteri dari PPBM atau Bersatu.

Kewujudan "perjanjian" ini telah sahkan sendiri olih kepimpinan Bersatu termasuk olih Mahiaddin sendiri.

Hahahah 🤣🤣🤣🤣 mana Ismail Sabri nak lari!!!! terang terang mengencing seluruh Ahli UMNO.

Dikhawatiri President Parti mahupun Timbalan Presiden mahupun MKT sebenarnya tidak dimaklumkan tentang perjanjian sulit antara Ismail Sabri dengan Mahiaddin dari Bersatu yang didakwa telah temeteri sewaktu Ismail Sabri belum dicalonkan Mahiaddin atau PPBM sebagai PM.

Kesahihan cerita tentang perjanjian ini tiada maklumat langsung yang telah disampaikan kepada pucuk pimpinan UMNO mahupun kepimpinan tertinggi Parti dan ini telah disahkan olih Mat Maslan sendiri.

Nampakknya Ismail Sabri lebih mementingkan jawatan untuk diri sendiri berbanding kepentingan Parti UMNO.

Kerana mungkin merasakan diri nya lebih pandai,hebat atau lebih berpengaruh berbanding Presiden mahupun Timbalan Presiden itu sendiri, maka, membuat keputusan tanpa merujuk kepada kepimpinan parti dilakukan secara senyap senyap.

Persepakatan untuk mengonar UMNO ini dilakukan antara Ismail Sabri dengan Mahiaddin atau Bersatu dengan dibantu olih Annuar Musa, Takiyuddin dan Hamzah Zainuddin dan satu "perjanjian"telah temetri

Peergh!!!!

Ismail Sabri kini dilihat sebagai "kaduk naik junjung" atau mungkin akan dilabel sebagai 'pisau dalam lipatan"  ataupun "menjadi duri dalam daging" kepada Parti UMNO itu sendiri.

Apakah kepimpinan tertinggi UMNO mahupun MKT  akan mengambil tindakan terhadap"musuh dalam selimut " ini?

Hahahaha 🤣🤣🤣🤣

Siapa jadi mangsa dan siapa dimangsakan .. nantikan... walaupun negara kini berada diebing  lurah kegelonsoran ekonomi...namun..haprak ini tetap mendahulukan kepentingan kuasa in untuk diri sendiri.

Kemaslahatan ekonomi negara dan nasib rakyat bukan lagi keutamaan mereka. Namun berstrategi untuk mengekalkan jawatan dan kepentingan peribadi adalah pilihan mereka..

Walauapapun jajaran untuk Mat Hasaan untuk  kepersada jawatan Perdana Menteri semakin nyata dan pengakhiran riwayat politik Ismail Sabri serta mereka mereka yang bersengkokol dengannya sudah semakin dekat hanya menunggu saat saja.

Alhamdullilah.

Cahaya Al Majid 




No comments:

Post a Comment