Wednesday 16 January 2013

KETETAPAN ALLAH DALAM AL QURAN :- MUNGKIN INI BOLEH MEMBANTU ANDA

SUNGAI DIDALAM LAUT : KEBENARAN  NYATA AYAT AYAT   ALLAH DIDALAM  AL QURAN  DITUNJUKKAN SECARA REALITI  :  TIDAKKAH KAMU MAHU BERIMAN DENGAN 'NYA"   LIHAT  KEBENARAN YANG TERSURAT AGAR  KEIMANAN TETAP TEGUH

 MENARIK & MENAKJUBKAN  MENGENAI AL-QURAN
 Oleh : Ustaz Mohammad Asraff  Ayob Al-Hafiz

Berapa banyakkah jumlah Surah Makkiyyah dalam Al-Quran? 
 86 Surah. 

Berapa banyakkah jumlah Surah Madaniyyah dalam Al-Quran? 
 28 Surah. 

Berapakah jumlah ayat  Makkiyah dalam Al-Quran? 
 4,475 ayat.

Berapakah jumlah ayat Madaniyyah dalam Al-Quran?
 1,761 ayat.

Berapa kalikah perkataan ‘Allah’ disebutkan dalam Al-Quran? 
 2,697

Berapakah jumlah perkataan ‘Muhammad’ dalam Al-Quran?
Sebanyak 4 kali, iaitu dalam :
1) Surah Ali-Imran ayat 144
2) Surah Muhammad ayat 2 
3) Surah Al-Fath ayat 29
4) Surah Al-Ahzaab ayat 40.

Berapa kalikah perkataan ‘Al-Quran’ diulang-ulang dalam 
Al-Quran? 
 68 kali.

Berapakah jumlah perkataan ‘Injil’ dalam Al-Quran?
 12 kali.

Berapakah jumlah perkataan ‘Taurat’ dalam Al-Quran? 
 18 kali.

Berapakah jumlah perkataan ‘yahudi’ dalam Al-Quran? 
 8 kali 

Berapakah jumlah perkataan ‘nasaara’ (nasrani) dalam Al-Quran?
 14 kali 

Berapa kalikah nama Malaikat Jibril disebut dalam Al-Quran? 
 3 kali iaitu dalam Surah Al-Baqarah ayat 97 dan 98, dan 
Surah At-Tahrim ayat 4.

Apakah perkataan yang terletak di tengah-tengah Al-Quran? 
 ‘walyatalattof’ dalam Surah Al-Kahfi ayat 19

Apakah perkataan lawan makna yang diulang-ulang sama banyak 
jumlahnya dalam Al-Quran iaitu sebanyak 168 kali?
Perkataan ‘Solihaat’ (Baik) dan ‘Sayyi’aat’ (buruk). Setiap perkataan 
diulangi sebanyak 168 kali dalam Al-Quran.

Apakah perkataan lawan makna yang diulang-ulang sama 
banyak jumlahnya dalam Al-Quran iaitu 88 kali?
Perkataan ‘Malaikat’  dan ‘Syaitan’.

Apakah perkataan lawan makna yang diulang-ulang sama banyak 
jumlahnya dalam Al-Quran iaitu sebanyak 145 kali?
Perkataan ‘Mauta’ (kematian) dan ‘Hayaat’ (kehidupan)

Berapa kalikah perkataan ‘Sab’a Samawaat’ (7 lapis langit) 
diulang-ulang dalam Al-Quran? 
7 kali 

Berapa kalikah perkataan ‘Syahr’ (bulan) diulang-ulang dalam 
Al-Quran?
 12 kali 

Berapakah jumlah perkataan ‘dunya’ dan ‘akhirat’ dalam Al-Quran?
 114 kali  

Berapa jeniskah jumlah binatang, burung dan serangga disebut 
dalam Al-Quran? 
27 jenis binatang, burung dan serangga yang pelbagai jenis 
disebut dalam Al-Quran.

Apakah angka yang terbesar dan terkecil disebut dalam 
Al-Quran?
Angka terbesar ialah 100,000 ribu (Surah Sooffat, 147) sementara 
angka terkecil ialah Satu persepuluh (Al-Mi’syar) dalam Surah Saba’ 
ayat 45.

Apakah jenis warna yang ada disebut dalam Al-Quran?
Terdapat 5 jenis warna yang disebut dalam Al-Quran iaitu :
1) Merah (Al-Ahmar)
2) Kuning (Al-Asfar) 
3) Putih (Al-Abyad)
4) Hitam (Al-Aswad)
5) Hijau (Al-Akhdar)

Apakah nama bulan-bulan islam yang ada disebut secara jelas 
dalam Al-Quran? 
2 bulan iaitu nama bulan Ramadhan dan bulan Muharram.

Apakah hari yang disebutkan namanya dalam Al-Quran?
Hari Jumaat (dalam Surah Jumu’ah ayat 9) dan hari Sabtu (dalam 
Surah An-Nahl ayat 124).

Siapakah perempuan yang namanya disebutkan secara jelas 
dalam Al-Quran? 
Maryam anak Imran iaitu ibu Nabi Isa A.S. Namanya disebut dalam 
Al-Quran sebanyak 34 kali 

Tahukah anda nama 8 jenis angin dalam Al-Quran? 
Dalam Al-Quran, 8 jenis angin itu digelar sebagai : 
1) An-Nasyirat (Surah  Al-Mursalat, 3) 
2) Mubasyyirat (Surah  Ar-Ruum, 46) 
3) Mursalat (Surah  Al-Mursalat, 1)
4) Zaariyat (Surah  Az-Zariyat, 1)
5) Al-Aqiim (Surah  Az-Zariyat, 41)
6) Sorsor (Surah  Al-Haaqah, 6)
7) Al-Aa’sif (Surah  Al-Mursalat, 2)
8) Al-Qoshif (Surah  Al-Isra’, 69)

Apakah ‘doa’ permintaan Iblis yang telah dimakbulkan Tuhan? 
Dipanjangkan umur hingga hari Kiamat. Rujuk Surah Al-A’raf, ayat 14.

Siapakah 2 perempuan yang telah dijadikan contoh dalam        
Al-Quran akan keteguhan iman mereka?
Asiah isteri Firaun dan Maryam ibu Nabi Isa A.S. Rujuk Surah  
At-Tahrim ayat 11-12.

Apakah ayat yang elok dibaca untuk menghilangkan kesedihan? 
Doa yang pernah diucapkan Nabi Yunus A.S iaitu dalam Surah         
Al-Anbiya’ ayat 87 :
    : "Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) 
melainkan Engkau (Ya Allah)! Maha suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah 
daku)! Sesungguhnya Aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri".

Apakah ayat yang elok dibaca sebagai doa untuk menghilangkan 
sakit?
Doa yang pernah dipanjangkan Nabi Allah Ayyub A.S iaitu dalam 
Surah Al-Anbiya’ ayat 83.
      : "Sesungguhnya Aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih Mengasihani 
daripada Segala (yang lain) yang Mengasihani".


Apakah binatang yang telah menjadi mangsa fitnah dalam 
Al-Quran?
Serigala. Ia telah difitnah membunuh Nabi Yusuf oleh saudara -
saudaranya. Lihat Surah Yusuf ayat 17. 

Semua perkataan ‘salawat’ dalam Al-Quran bermaksud ibadah 
atau rahmat, kecuali 1 tempat yang bermaksud ‘rumah ibadah’. 
Dimanakah ayatnya? 
Perkataan ‘salawat’ dalam Surah Al-Hajj ayat 40 :

Menurut Al-Quran, nafsu terbahagi kepada beberapa jenis.           
Sebutkan 3 jenis pembahagiannya. 
1) Nafsu ‘Ammarah bissu’ : nafsu yang sentiasa menyuruh kita 
berbuat jahat dan dosa. Lihat Surah Yusuf ayat 53.
2) Nafsu ‘Lawwamah’ : Nafsu yang menyesali dirinya sendiri. 
Lihat Surah Qiyamah ayat 2.
3) Nafsu ‘Muthma’innah’ : nafsu atau jiwa yang tenang. Lihat 
Surah Al-Fajr ayat 27.
'Berapa lamakah tempoh penurunan Al-Quran kepada Rasulullah 
S.A.W? 
Ia diturunkan beransur-ansur selama 22 tahun 2 bulan 22 hari.

Berapa lamakah tempoh penurunan Al-Quran di Makkah?
Selama 12 tahun, 5 bulan dan 13 hari.

Berapa lamakah tempoh penurunan Al-Quran di Madinah?
Selama 9 tahun 9 bulan dan 9 hari.

                            Terima kasih kepada  Ustaz Mohammad Asraff  Ayob Al-Hafiz 

Ikhlas dari :- Cahaya Al Majid

















2 comments:

  1. ..ALQURAN DGN MUQADDAM NABI - MANA LEBEH UTAMA..??
    Bermula Kitab AlQuran itu perhimpunan Kitab2 dan Suhuf2 para Nabi.
    Dasarnya kesah para Aulia Anbia Nabi dan Rasul utk rujukan diimani .
    Maka AlQuran itu 2 bahagi Kitab AlQuran dan Kitab Muqaddam Nabi.
    Tidak lengkap Kitab AlQuran selagi tidak ujud Kitab Muqaddam Nabi....
    Bermula Muqaddam Nabi keGua Hiraq Jabal Nur bertapa selama 44 hari.
    Turun Wahyu Pertama Surah AlAlaq segumpal darah asal ciptaan Insani.
    Ikraq baca oleh-mu Bismi Allah Rahmani Rohimi terserap ghoib dlm Diri.
    Selama 44 hari bertapa turun 44 Surah terhimpun dlm Kitab Muqaddam Nabi....

    ReplyDelete
  2. .. ALQURAN DGN MUQADDAM NABI - MANA LEBEH UTAMA ..??
    KITAB MUQADDAM 44 MUKJIZAT PUSAKA NABI PALING UTAMA
    UTK TERAJUI KEBANGKITAN SEMULA ISLAM DIAKHIRUL ZAMAN INI ..

    Ada pun Kitab AlQuran itu perhimpunan Kitab2 dan Suhuf2 para Nabi.
    Dasar AlQuran kesah para Aulia Anbia Rasuli Nabi utk rujuki diimani.
    Para Nabi ada kitab suhuf masing2 termasuk Muhamad ada kitab sendiri.
    Itulah Kitab Muqaddam Nabi hasil dari pertapaan Nabi selama 44 hari..

    Tidak lengkap Kitab AlQuran selagi tidak ujud Kitab Muqaddam Nabi.
    Maka AlQuran itu 2 bahagi AlQuran Usmani dan Kitab Muqaddam Nabi.
    Dlm Quran Usmani malangnya Muqaddam Nabi terletak terbelakang sekali.
    Inilah akibatnya Quran Usmani dijilidkan tidak dirujuk dulu Imam Ali..

    Bermula Muqaddam Nabi keGua Hiraq Jabal Nur bertapa selama 44 hari.
    Turun Wahyu Pertama Surah AlAlaq segumpal darah asal ciptaan Insani.
    Ikraq baca oleh-mu Bismi Allah Rahmani Rohimi terserap ghoib dlm Diri.
    Selama 44 hari bertapa turun 44 Surah terhimpun dlm Kitab Muqaddam Nabi..

    Disalin oleh Imam Ali atas sekeping Kulit Unta diawasi Baginda Nabi..
    Kitab Asli Kulit Unta telah hilang dari Madinah kemana ia dibawa pergi?
    Dibumi mana Kitab Kulit Unta berada dibumi itu telah bangkit Imam Mahdi.
    Setelah dibawa keluar oleh Wali 7 kini berada ditangan Ratu Adil Sejati..

    ( Sedikit dari Khidir AS / Imam Mahdi AS / Zulqarnaen Prophecy... )

    ReplyDelete