Tuesday 26 November 2013

THE PROMISED LAND :- ISLAM DIBUMI MEEM DIPERSIMPANGAN

ISLAM MELAYU IKUT SUKA 
Bismillah-hir-rahman-nir-rahim

Islam tumbuh subur, segar bugar diawalan dan dilihat amat bertepatan dengan suruhanNya. Dikala tanah bumi ini dinaungi atau diperintah olih Raja Raja Melayu , pegangan serta anutan Islam masih lagi terpelihara dan tidak tercemar.Malangnya apabila negara ini memeluk 'demokrasi' yang diilhamkan olih barat," pemesongan' mula bertapak dihati dan sanubari 'pemuja demokrasi'  dan makhluk ini yang 'bernafsu' syaitanpun   memulakan  satu episod baru didalam perkembangan dan pembangunan Islam agar tidak sejajar dengan tuntutan Al Quran..

 Diburukkan lagi apabila Raja Raja Melayu mula menandatangani perjanjian yang membolihkan ' pemimpin' yang dikata mewakili rakyat untuk menentukan hala tuju pemerintahan negara yang dikata untuk 'kesejahteraan' dan kemajuan  rakyat, kini telah mula 'membuahkan' hasil. Hasil yang dituai bukankan condong kepada kebaikan tetai apa yang dilihat'cepumas'nya adalah 'memudaratkan' pegangan umat Islam  serta h bangsa Melayu dibumi ini tanpa disedari.

Agama Islam dijadikan agenda olih pemimpin-pemimpin untuk meraih populariti. Kini rata-rata rakyat terutama yang beragama Islam telah dipecahkan kebeberapa kelompok, ada Islam UMNO, ada Islam PAS dan ada Islam PKR. Walaupun pada hakikatnya Islam itu adalah alat untuk 'penyatuan' namun semangat yang dibawa Islam telah dijadikan alat olih golongan pemimpin rakyat untuk memecah-belahkan kelompok umat Islam.

Yang menyedihkan lagi, kini, agama Islam telah dilabel olih bukan Islam sebagai agama 'perpecahan' atau ' agama menyeru' kepada 'perbalahan'. Perkara ini terjadi bukan kerana Islam itu tidak benar, tetapi penganut Islam itu sendiri yang 'tidak benar' atau terpesong' dari suruhan agama Islam. Kesedaran ini mula dirasai olih umat Islam, tetapi, olih kerana 'taksub' nya sesetengah pihak kepada 'ajaran politik' maka, 'perpecahan' ini tidak diendahkan atau diambil pusing.

Menyedari kelemahan 'umat Islam' sudah sampai kepuncak serta  ketejurumusan  umat Melayu kelembah 'menyekutukan' Allah SWT dan suruhanNya, maka. kesempatan ini digunakan olih musuh Islam untuk terus 'memunahkan' ''kesatuan' yang terbina sejak sekian lama. Pemimpin Melayu mula diatur 'langkah perjalanannya' olih tangan-tangan yang 'kotor' . Kotornya mereka kerena cintakan 'perpecahan', cintakan kekayaan, cintakan pembohongan, cintakan pujian serta cintakan 'kekuasaan'.

Memandangkan umat Islam sudah mula berlumba-lumba 'mencari nikmat dunia' sehinggakan perkara yang dilarang pun ,mereka 'langgar' maka perilaku ini menjadi 'contoh' kepada orang lain untuk mengikutnya. Dari sekecil-kecil perkara telah diubah sehinggalah kepada  yang besar semuanya telah dicontohi. Semuanya kini berkiblatkan 'kepada' ajaran bukan Islam. 

Memandangkan pegangan Melayu terhadap Islam semakin 'terpesong' dari ajaran Al Quran dan Sunnah, maka, kini untuk kita mengembalikanya kepada 'bentuk asal' bukanlah perkara mudah ditambah kini berbagai cerdik pandai yang mendakwa ahli ilmuan Islam agama mula timbul dan berbagai kefahaman mula menyaluti disetiap inci tanah ini.Tidak ketinggalan 'pemimpin politik' juga 'menjual' 'cerita agama' seperti menjual goreng pisang tanpa had dan lebih memburukkan lagi 'terdapat' juga bukan Islam menggunakan 'kata-kata Allah SWT' untuk menentang orang Islam sendiri. Dimanakan maruah 'Islam' kini? yang dikata menjadi pegangan orang Melayu?

Kalau dahulu kita mendahulukan orang pandai agama atau yang berilmu untuk berbicara tentang hal-hal keagamaan tetapi kini 'bahan agama' menjadi bahan 'lawak jenaka' untuk dipersendakan. Salah siapakah ini? Pemimpin kah atau diri sendiri ?

Diharap umat Islam lihatlah sekeliling diri , dimana anda? kemana anda? Kenapa anda berdiri disini? Untuk apa anda  disini? Islamkah diri ini? atau Tersasarkah 'ajaran' ini? Hanya anda yang bakal merubahnya!!! Jangan salahkan orang lain sekiranya anda 'tergelincir' kerana semuanya adalah anda sendiri.

                                                ikhlas dari :- Cahaya Al Majid

1 comment:

  1. Salam Tuan,,,
    Apakah pandangan tuan terhadap kehadiran komet ison. Adakah komet ini yang dimaksudkan dalam hadis sebagai bintang berekor yang menandakan kedatangan al-mahdi?

    ReplyDelete