Tuesday, 24 December 2013

THE PROMISED LAND :- ADAKAH DR RANI MENGHALALKAN JESUS SEBAGI TUHAN??

SELAIN DARI MENYAMPAIKAN KATA KATA ALLAH
KITA TIDAK PERLU BERSERTA BAGI MERAIKAN 'HARI KESESATAN' TERSEBUT


Bismillah-hir-rahman-nir-rahim

Bukan hendak menuduh atau mencerca tetapi waktu yang dilakukan oleh Dr Rani  tidak menepati dan dilihat seolah-olah kepimpinan PAS yang didakwa bertunjangkan Islam 'menghalalkan Jesus @ Isa Putera Mariam' sebagai Tuhan.

Kemungkinan ungkapan "Marry Christmas' akan diucap kepada seluruh warga penganut Kristian didalam Gereja tersebut olih beliau. Namun pengucapan yang disebut itu sebenarnya 'bersalahan' kerana Kristian menganggap bahawa hari tersebut merupakan 'hari kelahiran' atau ' hari menjelmanya' "Tuhan' sebagai 'manusia' yang dipanggil 'Son of God' atau 'God". Tidakkah hari tersebut merupakan 'hari bersejarah' buat umat Isa Al Masih yang 'tersesat' dari tuntutan sebenar Tuhan.
                              Perlukan kita meraikan sama 'Hari Kesesatan' ini?
                        
Oleh itu amatlah tidak bersesuaian bagi umat Islam terutama pemimpin Islam untuk berucap dipentas 'Gereja' semata-mata untuk meraih 'populariti' politik.  Walaupun tidak terniat dihati beliau untuk 'menyekutukan Allah SWT' namun perlakuan atau tindak tanduk yang dilakukan menunjukkan seolah-olah 'beliau' yang mewakili PAS 'bersekutu' untuk 'membenarkan Jesus sebagai anak Tuhan".

Kita sebagai manusia boleh berbaik-baik dan berjiran dengan mereka tetapi kita diwajibkan untuk menyampaikan kebenaran 'kata- kata Allah SWT'' dihadapan mereka seperti yang dituntut dan Allah SWT telah 'menetapkan hati mereka dalam kesesatan' namun dengan perlakuan kita untuk 'berserta'  kaum mereka meraikan perayaan tersebut adalah merupakan satu 'kesesatan yang nyata.

Benar Islam mengunjurkan kebaikan dan persefahaman sesama manusia tetapi perlukan kita bersama-sama mereka sedangkan Allah SWT telah menetapkan 'hukum'nya kepada mereka yang menolak Allah SWT dan Al Quran berserta Nabi dan Rasulnya?

Fikirkankanlah..kemana kita..akhirnya? Kekadang perbuatan kita yang menyebabkan kita menjadi 'syirik' terhadap Tuhan yang kita sembah.

                                                     ikhlas dari :- Cahaya Al Majid

No comments:

Post a Comment